Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, May 22, 2013

TM Tawar HyppTV Kepada Pengguna Streamyx Pada Suku Ketiga 2013

12 Rejab 1434

KUALA LUMPUR, 20 Mei , 2013 - Telekom Malaysia Bhd (TM) menyasarkan untuk mengembangkan asas pelanggan perkhidmatan televisyen Protokol Internet (IPTV), HyppTV dengan membuka perkhidmatan itu kepada kira-kira 1.6 juta pelanggan jalur lebar Internet Streamyx pada suku ketiga tahun ini.

Pada masa ini, HyppTV hanya diterima oleh lebih 550,000 pelanggan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi.

Naib Presiden Eksekutif (Media Baharu) TM Jeremy Kung, berkata selain langgan UniFi, HyppTV akan ditawarkan dalam dua mekanisme mulai suku ketiga -- -- HyppTV Over Broadband, dan HyppTV Everywhere.

"Tawaran ini kepada pelanggan Streamyx memberikan impak positif kepada asas pelanggan kami, dengan potensi asas pelanggan 1.6 juta," katanya kepada satu sidang media hari ini.

HyppTV Over Broadband adalah untuk pelanggan Streamyx, sementara HyppTV Everywhere adalah tawaran pelbagai skrin pertama yang membolehkan pelanggan UniFi menonton HyppTV di mana sahaja.

HyppTV adalah perkhidmatan IPTV yang paling pesat berkembang di Malaysia dengan 112 saluran termasuk 28 berdefinisi tinggi (HD).

Sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...