5 Muharram 1440
Terdapat perbezaan di antara cukai jualan dan perkidmatan(sales and service tax-SST) dan cukai barangan dan perkhidmatan(goods and services tax- GST). Perbezaan kedua dua istilah ini perlu difahami agar kita mendapat maklumat yang jelas dan boleh membuat pertimbangan yang wajar dalam menghadapi isu isu semasa dan terkini di dalam negara.
Secara mudah SST adalah suatu sistem percukaian yang secara normalnya dikenakan pada satu peringkat seperti pengeluar atau penyedia perkhidmatan sahaja pada kadar tertentu dan pada barangan atau perkhidmatan tertentu. Kadarnya adalah bergantung kepada kadar yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Manakala bagi GST pula ia merujuk kepada sistem cukai yang dikenakan pada beberapa peringkat seperti pengeluar, penjual serta pengguna. Liputan sistem cukai ini dilihat lebih luas dan menyeluruh, namun masih ada item item yang mendapat pengecualian.Kadar yang dikenakan ialah bergantung kepada kerajaan atau negara.Sebagai contoh, angka yang popular di Malaysia adalah 6 peratus sebelum ianya ditukar kepada SST.
Penulis tidak bercadang membuat perbandingan kelemahan atau kelebihan kedua dua sistem cukai berkenaan.Ini disebabkan kerana, setiap sesuatu kelebihan bagi sesuatu pihak, sedikit sebanyak akan menghakis kelebihan pihak yang lain.Sebagai contoh kelebihan di antara pihak yang mengutip cukai dan pihak yang membayar cukai.
Wallahualam.
Pages
top_rightads
Sabtu, 15 September 2018
Jumaat, 14 September 2018
Usah Berkira Untuk Dapatkan Produk & Perkhidmatan Berkualiti
4 Muharram 1440
Para pengguna disaran agar tidak terlalu berkira jika ingin mendapatkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti kerana setiap produk dan perkhidmatan yang disediakan sudah tentunya memerlukan kos untuk menyediakannya.Agak sukar bagi penyedia untuk menjual pada harga yang amat rendah tetapi pada kualiti yang ditahap tinggi.
Jika adapun ianya bersifat sementara bagi membolehkan sesuatu penyedia memasuki pasaran atau bagi membunuh pesaing dan dalam jangka masa panjang harga akan dinaikkan juga. Lebih memburukkan lagi jika pengguna menggunakan kuasa politik bagi melayan karenah atau sikap mereka. Antara sektor yang dilihat menjadi mangsa sekarang ini ialah sektor seperti telekomunikasi, utiliti seperti pembentungan , pendidikan dan lain lain.
Jika sikap seperti ini terus berterusan, dikhuatiri lama kelamaan sektor seperti ini akan kekurangan pelabur dan negara dikhuatiri akan ketinggalan dalam sektor berkenaan. Mentaliti untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan pada harga murah atau percuma perlu dikikis bagi memastikan ekonomi negara terus mampan dalam tempoh jangkamasa panjang.
Wallahualam

Selasa, 11 September 2018
Belilah Barangan Keluaran Tempatan
1 Muharram 1440
Kerajaan dan rakyat disaran mengutamakan barangan tempatan bagi merancakkan semula perkembangan ekonomi domestik.Ini adalah kerana setiap sen yang dibelanjakan bakal dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia sendiri.
Selain daripada itu, pergerakan wang dari tangan ketangan rakyat akan bergerak lebih cepat dan ianya bakal memastikan kerancakan ekonomi sesebuah negara.Sebagai contoh, sektor kerajaan dan swasta perlu mengutamakan produk tempatan dalam pembelian kenderaan serta alat jentera, perlantikan juru perunding tempatan dan sebagainya.
Manakala rakyat pula perlu mengutamakan pembelian produk produk keluaran tempatan bagi menyokong kesinambungan industri domestik.Pihak kementerian berkenaan juga disaran agar untuk menggalakkan kempen penggunaan logo buatan Malaysia kembali bagi menjayakan hasrat ini.

Selasa, 29 Mei 2018
Malaysia Di Lihat Ke Arah Polisi Berdasarkan Kewangan Berbanding Polisi Fiskal
13 Ramadhan 1439
Malaysia dilihat sedang berubah ke arah penggunakan dasar kewangan(Monetary policy) berbanding penggunaan dasar fiskal(Fiscal Polisi) sebaik sahaja pembentukan kabinet awal kerajaan baru pasca pilihanraya umum ke 14 baru baru ini. Ianya merupakan perubahan drastik yang dilakukan oleh kerajan baru,yang mana dasar lebih yang lebih mesra percukaian seperti perlaksanaan GST(Goods & Service Tax) akan diberikan kadar sifar bermula 1 Jun 2018 akan datang, serta kemudiannya dihapuskan.
Dasar kewangan kini dilihat mempu memacu semula ekonomi Malaysia ke arah yang lebih berdaya saing seperti mana yang pernah dikecapi pada zaman pemerintahan Tun Mahathir yang pertama. Dasar ini dilihat lebih rumit bagi pihak pemerintah, kerana ianya memerlukan kepakaran yang tinggi bagi menguruskannya. Namun begitu, ianya dilihat akan melegakan rakyat kerana rakyat bakal dikurangkan daripada bebanan cukai yang terpaksa dibayar sebelum ini. Kejayaan dasar ini ini dilihat amat bergantung kepada kepakaran pihak yang berkenaan disamping sokongan yang perlu diterima oleh pelbagai pihak termasuk pelabur, peniaga serta rakyat jelata.

Sabtu, 21 April 2018
Ambil Kesempatan Era Digital Untuk Optimumkan Perbelanjaan
5 Syaaban 1439
Dalam zaman ekonomi yang tidak menentu pada masa kini ini, setiap ringgit yang dibelanjakan adalah penting bagi memastikan manfaat yang diperolehi. Ini bagi memastikan setiap individu atau bagi yang berkeluarga dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sempurna. Harus diingat, tak semua perbelanjaan dapat dipotong. Namun begitu setiap perbelanjaan dapat dioptimumkan bagi meneruskan kehidupan harian dengan lebih sempurna.
Dalam mencapai tujuan tersebut, pendigitalan bagi setiap urusniaga harian dilihat dapat membantu. Di zaman digital ini, sudah banyak penyedia perkhidmatan dan penjualan barangan telah menyediakan platform digital seperti perbankan, peruncitan dan sebagainya. Bahkan ada penyedia perkhidmatan yang menyediakan pembelian dan penghantaran bagi barangan dapur. Ini semua dapat mengurangkan kos pengangkutan dan menjimatkan masa. Selain daripada itu, kos kos lain semasa membeli belah juga dapat dijimatkan serta dapat dioptimakan, manakala masa yang terluang dapat disalurkan lebih kepada keluarga pula.

Langgan:
Catatan (Atom)