26 Syawal 1434
KUALA LUMPUR, 2 Sept , 2013- Perlis, yang secara strategiknya terletak bersebelahan negara jiran, Thailand, dan menghasilkan banyak bahan mentah, memberikannya kelebihan untuk membangunkan hab halalnya sendiri, yang berpusat di Padang Besar.
Pekan kecil itu bakal membawa masuk banyak bahan mentah seperti jagung dan kacang soya, sebaik siapnya pelabuhan darat dan landasan berkembar di situ, yang melibatkan nilai pelaburan lebih RM1 bilion.
Menteri Besar Azlan Man dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama, berkata projek mega itu, yang dijangka siap menjelang 2015, bukan sahaja dapat menampung keperluan negeri tersebut, bahkan bagi semua penduduk Malaysia.
"Dalam masa terdekat juga, Perlis akan membuka kilang-kilang yang mengeluarkan makanan untuk haiwan ternakan, seperti yang sudah lama diwujudkan di negara jiran," katanya, sambil berkata terdapat beberapa pelabur telah tampil menunjukkan minat dalam pembinaan kilang-kilang halal tersebut.
Katanya selain membawa masuk bahan mentah dari Thailand, Malaysia akan menyediakan sijil halal yang diiktiraf dunia bagi penghasilan produk yang dibawa masuk dari Thailand, yang tersedia di negara tersebut.
Perkara itu telah dibincangkan dan telah dipersetujui dalam satu lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perbincangan meja bulat bersama Perdana Menteri Thailand, termasuk para pemimpin industri kedua-dua negara.
"Ia merupakan situasi sama-sama menang," katanya.
Azlan juga berpendapat bahawa inisiatif Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) masih lagi relevan.
IMT-GT ditubuhkan pada 1993 oleh kerajaan Indonesia, Malaysia dan Thailand bertujuan mempercepatkan transformasi ekonomi di wilayah kurang maju, dengan sektor swasta memainkan peranan penting dalam menggalakkan kerjasama ekonomi di ketiga-tiga negara tersebut.
Berita lanjut: BERNAMA
Pages
top_rightads
Isnin, 2 September 2013
MAS Teroka Laluan Perjalanan Santai, Perniagaan Di India
26 Syawal 1434
NEW DELHI, 2 Sept, 2013- Malaysia Airlines (MAS) yang menambah Kochi di Kerala sebagai destinasi keenam di India, akan memberi tumpuan yang lebih ke arah menambah laluan yang menawarkan pasaran perniagaan dan santai, kata Naib Presiden Kanan Serantau (Asia Selatan dan Timur Tengah) Azahar Hamid.
Destinasi MAS yang lain di India ialah New Delhi, Mumbai, Chennai, Bangalore dan Hyderabad.
"Kami melihat potensi besar di Kochi, seperti yang anda boleh lihat penduduk Kerala di mana-mana sahaja. Oleh itu, pasaran bukan pemastautin India (NRI) di sini besar," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual sempena penerbangan sulung MAS ke Kochi pada Ahad.
Beliau berkata Kochi telah berkembang dengan pesat di tengah-tengah aliran masuk pelaburan NRI.
"Ini adalah tarikan utama dan MAS memutuskan terbang ke Kochi," katanya.
Penerbangan harian Kuala Lumpur-Kochi menerusi MH118 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 10.30 malam dan tiba di Kochi pada 12:01 manakala penerbangan balik Kochi-Kuala Lumpur menggunakan MH119 berlepas dari Kochi pada 12:50 dan tiba di Kuala Lumpur pada 7:40 pagi.
Pesawat Boeing 737-800 jenama baharu, digunakan untuk laluan baharu itu, katanya.
Azahar berkata penerbangan sulung itu dirancang bertepatan dengan perayaan terbesar di Kerala, Onam, yang disambut pada 16 Sept.
"Penumpang boleh terbang keluar dengan keluarga mereka dan menjadi sebahagian daripada perayaan berwarna-warni ini," katanya.

TM Kongsi Dengan Mentor Niaga Untuk Bantu PKS Islam
26 Syawal 1434
KUALA LUMPUR, 30 Ogos, 2013 - Telekom Malaysia Bhd (TM) mengadakan perkongsian dengan Mentor Niaga Resources Sdn Bhd untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Islam bergerak meningkat dalam rantaian nilai dan memperluas jangkauan perniagaan masing-masing.
Mentor Niaga Resources ialah sebuah organisasi yang menyediakan pelbagai platform bagi PKS untuk membina rangkaian dalam kalangan masyarakat perniagaan.
"Pintu kami sentiasa terbuka bagi kerjasama dengan pertubuhan dan persatuan PKS tempatan untuk memberikan pendedahan yang sesuai bagi keperluan yang berbeza-beza kepada PKS lain," kata Naib Presiden Eksekutif PKS TM, Azizi A. Hadi.
Di bawah perkongsian ini, TM dan Mentor Niaga Resources akan mengadakan dua sesi seminar dan konvensyen dari September hingga Oktober 2013 iaitu Konvensyen Usahawan Islam 'Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah' dan seminar '7 Mentor, 7 Industri'.

MTUC Tolak TPPA
26 Syawal 1434
KUALA LUMPUR, 1 Sept, 2013 - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan untuk tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana ia akan memudaratkan kesejahteraan 12.5 juta pekerja di negara ini.
Presidennya Khalid Atan memberitahu Bernama, maklum balas diterima daripada organisasi mesra buruh di Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara lain menunjukkan golongan pekerja akan menjadi mangsa kepada perbadanan besar kerana ia mengutamakan keuntungan pemegang saham.
Beliau berkata perjanjian itu juga meminggirkan banyak konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai hak pekerja dan dengan itu akan mendedahkan pekerja di Malaysia kepada eksploitasi.
Katanya turut menjadi kebimbangan ialah kos penjagaan kesihatan di Malaysia yang kini telahpun meningkat 10 peratus setiap tahun dan akan semakin meningkat ekoran harga ubat yang mahal, sekali gus semakin membebankan pekerja khususnya dalam sektor swasta.
Khalid berkata perjanjian itu juga akan membenarkan firma AS menggaji pekerja asing dan dengan itu memberi tekanan kepada kadar upah dan menjejaskan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Menurutnya, perjanjian itu juga akan memberi hak kepada syarikat AS untuk menyaman kerajaan menerusi penyelesaian pertikaian pelabur.

Senator Australia Xenophon Rancang Perkenal Semula Label Minyak Sawit
26 Syawal 1434
MELBOURNE, 31 Ogos, 2013- Senator Bebas Nick Xenophon merancang mendesak semula undang-undang baharu untuk menguatkuasakan pelabelan minyak sawit yang sesuai sebaik sahaja Parlimen Persekutuan bersidang semula selepas pilihan raya 7 Sept ini.
Beliau mendakwa minyak sawit digunakan dalam 40 peratus semua produk makanan walhal hasil tanamannya di Asia Tenggara telah mengancam habitat asli orang-utan.
Beliau memperkenalkan perundangan label yang sama pada 2009 dan ketika melalui Senat, ia gagal mendapat undian di parlimen selepas mendapat bantahan kuat daripada kerajaan Malaysia.
"Saya berazam untuk memperkenalkan semula rang undang-undang ini selepas pilihan raya, tidak kira parti mana yang berkuasa," kata Xenophon dalam satu kenyataan pada Jumaat.
"Saya mahu pastikan perkara ini dibincangkan kerana ia terlalu penting untuk diketepikan."
Xenophon turut mendakwa setiap tahun, ratusan orang-utan mati di Borneo dan Sumatra kerana pembersihan hutan untuk tanaman kelapa sawit.
Kawasan hutan yang dibersihkan setiap tahun itu bersamaan dengan keluasan 300 padang bola.
The Australian Associated Press melaporkan kempen Xenophon itu telah mendapat sokongan Yayasan Antarabangsa Orang-utan dengan duta Australia dan pakar bedah saraf terkemuka Charlie Teo menyatakan pemusnahan hutan hujan boleh menjuruskan kepada pupusnya orang-utan dalam tempoh beberapa tahun ini.
Berita lanjut : BERNAMA

Langgan:
Catatan (Atom)