28 Ramadhan 1434
KUALA LUMPUR, 5 Ogos , 2013 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin meluluskan bonus khas RM1,000 kepada kakitangan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) melalui pembayaran 'one-off' sempena Aidilfitri.
Beliau berkata pemberian bonus itu adalah sebagai menghargai kerja keras kakitangan PNMB terutamanya dalam mencetak kertas-kertas undi dan 'senarai daftar pemilih' bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas.
"Saya dimaklumkan bahawa pihak pengurusan ada memohon kelulusan khas (daripada) Kementerian Kewangan memandangkan bahawa kakitangan PNMB telah bekerja secara luar biasa mencetak kertas-kertas undi dan 'electoral list' pilihan raya, sehingga pihak pembangkang tidak dapat membawa sebarang bukti terhadap dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya baru-baru ini.
Maklumat lanjut : BERNAMA
Pages
top_rightads
Selasa, 6 Ogos 2013
Isnin, 5 Ogos 2013
Penduduk Luar Bandar Perlu Sertai PERKESO
27 Ramadhan 1434
KAPIT, 4 Ogos , 2013- Penduduk luar bandar yang bekerja di sektor swasta perlu menyertai Pertubuhan Keselamatan Sosial atau PERKESO bagi menikmati pelbagai skim perlindungan yang disediakan kepada ahli.
Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata PERKESO turut menyediakan perkhidmatan serta liputan lebih baik berbanding sesetengah syarikat insurans.
Beliau berkata demikian sebelum menyampaikan manfaat pengebumian sebanyak RM1,500 kepada Lily anak Duren, 39, balu Tujoh anak Lah, yang lemas apabila bot ekspres Kawan Mas karam selepas terlanggar sebatang balak hanyut di Bungan Rapid berhampiran Belaga pada 28 Mei lepas.
Bot itu, yang dibenar membawa 75 penumpang, bagaimanapun penuh sesak dengan 219 orang, kebanyakannya pekerja kem pembalakan yang ingin pulang untuk meraikan Pesta Gawai Dayak pada 1 Jun.

Ahad, 4 Ogos 2013
Datuk Abdul Farid Alias Dilantik Presiden & CEO Maybank
26 Ramadhan 1434
KUALA LUMPUR, 2 Ogos, 2013 - Datuk Abdul Farid Alias, 45, dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu Malayan Banking Bhd, berkuat kuasa hari ini.
Beliau sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Presiden dan Ketua Perbankan Borong Global.
Abdul Farid menggantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang meletak jawatan pada 4 Jun untuk menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk Unit Perancang Ekonomi (EPU).
Abdul Farid sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pelaburan Khazanah Nasional Bhd dan anggota lembaga pengarah cabang pelaburan kerajaan,
UEM Group Bhd, pada 2008.
Pengumuman hari ini dibuat oleh Pengerusi Maybank Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor pada sidang media di Menara Maybank.
Maybank ialah bank terbesar negara dan menduduki antara 100 bank terkemuka dunia.

Pekan Rabu Akan Diroboh
26 Ramadhan 1434
ALOR SETAR, 3 Ogos , 2013 - Pekan Rabu iaitu pusat perniagaan Bumiputra di bandar raya ini akan diroboh untuk dibina semula supaya lebih selesa dan lapang, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
"Kompleks Pekan Rabu yang moden akan didirikan semula di tapak asal," kata Mukhriz kepada pemberita selepas meninjau pusat perniagaan itu, di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri sedar Pekan Rabu penting kepada Alor Setar khususnya untuk industri pelancongan dan sehubungan itu pusat perniagaan berkenaan akan dibina semula agar lebih menarik.
Permohonan untuk tujuan itu telah diluluskan kerajaan persekutuan, katanya.
Pekan Rabu yang wujud sejak 1900 menjadi tarikan pengunjung serta sinonim dengan jualan makanan, kuih dan pakaian tradisional, tukang jahit, songkok, kraftangan tempatan, buku, kitab, majalah dan produk industri kecil dan sederhana (IKS).
Mukhriz berkata kompleks baharu itu akan mempunyai lebih banyak ruang perniagaan.
Mukhriz berkata semua peniaga Pekan Rabu akan dipindahkan ke tapak sementara milik Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) di sini untuk membolehkan kerja-kerja meroboh dilaksanakan dalam masa dua atau tiga bulan dari sekarang.

Khamis, 1 Ogos 2013
Measat Meterai Perjanjian Dengan TM Net
23 Ramadhan 1434
KUALA LUMPUR, 31 Julai , 2013- Measat Broadcast Network Systems Bhd (MBNS), anak syarikat milik penuh Astro Malaysia Holdings Bhd, telah memeterai perjanjian dengan TM Net Sdn Bhd (TMNET) untuk menyiarkan dua rangkaian Astro SuperSport dalam HyppTV.
Kedua-dua pihak juga telah bersetuju untuk menyiarkan rangkaian NJOI terpilih tertakluk kepada beberapa syarat, kata Astro Malaysia dalam satu kenyataan kepada Bursa.
Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport 2 HD Channels disiarkan mulai 1 Ogos, 2013 hingga 31 Julai, 2016, dan akan mengandungi siaran langsung daripada Musim Liga Premier Barclays 2013/14, 2014/15 dan 2015/16 serta lain-lain kandungan sukan.
Sumber - BERNAMA

Langgan:
Catatan (Atom)