20 Muharram 1433 Hijrah
KUALA LUMPUR, 15 Dis, 2011- Salah faham biasa tentang pelaburan Islam yang produk berlandaskan Syariah hanya eksklusif kepada Orang Islam, perlu diperbetulkan sebelum laluan yang jelas ditentukan bagi Malaysia untuk menembusi dengan lebih meluas ruang pelaburan global, kata seorang peserta industri.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Asian Islamic Investment Management Bhd (AIIMAN), Akmal Hassan berkata ia bukanlah keadaan sebenarnya dan menyatakan kira-kira 40 peratus daripada pelanggan perbankan Islam di Malaysia merupakan orang bukan Islam.
"Produk itu terbuka kepada setiap orang dan tiada diskriminasi terhadap siapa yang boleh melanggan dan melabur.
"Ini ditunjukkan menerusi dana luar yang diurus AIIMAN apabila kira-kira 60 peratus pelabur dalam kedua-dua Dana HwangDBS AIIMAN Growth dan Dana HwangDBS AIIMAN Income Plus adalah bukan Islam," katanya pada taklimat media mengenai "Salah Tanggapan dalam Pelaburan Islam" di sini, Khamis.
AIIMAN ialah syarikat induk HwangDBS Investment Management Bhd.
Beliau berkata salah faham lain mengenai produk pelaburan dan kewangan Islam ialah ia merupakan alternatif kepada produk konvensional, kurang kompetitif dari segi prestasi, inovasi dan pelbagaian.
Akmal juga berkata suatu yang mustahil bagi produk berlandaskan Syariah untuk berpindah atau menggantikan produk konvensional kerana keseluruhan sistem kewangan Islam menyumbang kurang satu peratus daripada sistem kewangan global.
Malahan, ia melengkapkan ruang konvensional dengan menawarkan cara alternatif yang kompetitif bagi mengendalikan urus niaga kewangan dan bukan berfungsi sebagai alternatif, jelasnya.
Beliau berkata produk berlandaskan Syariah hanya boleh menjadi kompetitif sekiranya pelaburan sejagatnya beraneka jenis sama seperti produk konvensional dan prestasi hanya boleh dicapai sekiranya terdapat kecairan yang mencukupi dalam pasaran.
Mengenai daya saing produk tersebut, beliau berkata pelaburan Islam dan pasaran sukuk menyediakan kaedah bagi merungkai nilai aset-aset terbiar seperti hartanah, komoditi, pembiayaan kapal, pajakan kapal dan pesawat kerana ia boleh mematuhi seperti aset berlandaskan Syariah.
Justeru itu, salah tanggapan ini perlu dihapuskan agar pelaburan Islam terus berkembang beransur-ansur dalam landskap tempatan yang dinamik, katanya.
Di masa depan, Akmal berkata peserta industri Malaysia perlu mendaftarkan produk berlandaskan Syariah dengan platform dana luar pesisir global agar ia dapat mempamerkan prestasi pengurusan aset Islam tempatan.
Terdapat peluang amat besar untuk meraih pelaburan institusi daripada dana harta asing, bank-bank pusat, takaful dan dana pencen, kata Akmal.
Sumber- BERNAMA
Pages
top_rightads
Khamis, 15 Disember 2011
Pasaran Harta Menyederhana Tahun Depan
20 Muharram 1433Hijrah
KUALA LUMPUR, 15 Dis, 2011- Pasaran harta dijangka menyederhana tahun depan dengan harga berkemungkinan menyaksikan pembetulan kecil disebabkan oleh persekitaran ekonomi global yang rapuh dengan krisis hutang Euro yang belum selesai dan ekonomi AS yang berterusan lemah.
Presiden Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta Pusaka dan Perunding Harta dalam Sektor Swasta atau PEPS yang baru menamatkan tempoh jawatannya, James Wong, berkata pembetulan harga akan dapat dilihat dalam sektor pejabat, kondo mewah dan pangsapuri berperkhidmatan di pusat bandar Kuala Lumpur.
"Harga bagi harta tanah sektor industri dan peruncitan, bagaimanapun, masih stabil," katanya Khamis pada satu taklimat media mengenai Sidang Kemuncak Harta Malaysia kelima 2012 yang akan diadakan pada 17 Januari tahun depan di Pusat Konvensyen Sime Darby.
Beliau berkata pembeli berpotensi juga berkurangan kerana bank-bank mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati terhadap pemberian pinjaman dan langkah-langkah mengetatkan peraturan bagi pembelian harta seperti nisbah 70 peratus pinjaman berbanding nilai bagi pembelian harta ketiga.
Kata Wong, kawasan-kawasan pertumbuhan baharu pembangunan harta terletak dalam kawasan sambungan landasan LRT dan laluan MRT Sungai-Buloh dan Kajang.
Kawasan-kawasan lain yang sedang dimajukan, katanya, ialah bandar-bandar kecil seperti Setiawan, Bentong, Segamat, Kota Kinabalu, Batu Pahat dan Sandakan yang penduduknya mempunyai kuasa membeli disebabkan harga komoditi yang melambung seperti harga getah dan minyak sawit mentah.
"Jualan harta dan harga di kawasan-kawasan ini semakin meningkat," katanya.
Juruukur Bertauliah/Penilai Pengurus Harta Berdaftar dan Ejen Harta Pusaka, Datuk Mani Usilappan, berkata kewujudan sistem pengangkutan yang baik akan mempengaruhi harga harta.
"Pasaran harta tahun ini baik, dengan unjuran ia mencecah 400,000 transaksi bernilai RM120 bilion tahun ini," kata Mani.
Jawatankuasa eksekutif dan ahli PEPS, Foo Gee Jen, berkata kos tanah, kos tenaga buruh dan kos bahan yang semakin meningkat akan terus memberi tekanan kepada harga harta.
Sementara itu Presiden PEPS, Choy Yue Kwong, berkata bagaimanapun kemampuan tetap menjadi isu bagi banyak warga Malaysia kerana lonjakan harga harta tidak seiringan dengan kenaikan gaji.
Meskipun sekiranya pasaran harta bergerak ke arah segmen pasaran mewah dengan pemaju mempromosikan rumah-rumah mahal yang menampilkan konsep gaya hidup, kata Choy, kadar sewa tidak meningkat dengan ketara kerana banyak rakyat Malaysia masih mampu membayar kadar sewa yang tinggi.
"Kemampuan membeli rumah menjadi kebimbangan utama pembeli rumah kerana harga rumah yang semakin meningkat berbanding kadar upah yang tidak bergerak membimbangkan semua orang," tegas Choy.
Sumber-BERNAMA

PR1MA : Kerajaan Boleh Campur Tangan Dengan Menyediakan Dana-Najib
19 Muharram 1433 Hijrah
RASAH 13 Dis,2011 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Projek Kediaman Mampu Milik Berkualiti Sime Darby Bandar Ainsdale di Labu dekat sini hari ini.Projek itu mengandungi 2,200 unit rumah mampu milik yang berharga antara RM140,000 hingga RM250,000 yang dibina di kawasan seluas 61 hektar.
Pembinaan fasa pertama projek itu yang dibuat secara Sistem Pembinaan Industri (IBS) melibatkan sebanyak 1,420 unit dengan separuh daripadanya adalah hartanah bertanah (landed strata homes).Selain itu, sebahagian unit lagi adalah apartmen studio yang berharga RM140,000.
Najib pada sidang akhbar selepas majlis tersebut menyifatkan projek itu menepati konsep perumahan mampu dimiliki dan berkualiti yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan.Katanya, ia akan memenuhi keperluan golongan pertengahan berpendapatan antara RM2,000 hingga RM6,000 yang amat memerlukan rumah dan mereka tak mampu membeli rumah berharga sangat tinggi di pasaran.
"Konsep pembangunan ini iaitu kerjasama antara kerajaan dan swasta melalui perkongsian awam dan swasta akan dapat membekalkan rumah yang berkualti dan mampu dimiliki oleh golongan ini," katanya.
Menurut Perdana Menteri, konsep perumahan seperti itu adalah selaras dengan model perniagaan sosial yang mana pemaju tidak mengaut keuntungan tetapi tidak pula mengalami kerugian.
Pada masa yang sama, ujar beliau, kerajaan boleh campur tangan dengan menyediakan dana pemudah cara bagi menampung sebahagian kos pembinaan prasarana.Najib menarik perhatian, Sime Darby menjadi sektor swasta pertama melaksanakan pembangunan tersebut dan ia akan diikuti oleh beberapa pemaju swasta yang lain secara berperingkat-peringkat.
Tambahnya, Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) juga sedang dalam proses mengenal pasti lokasi sesuai di seluruh negara bagi membina perumahan tersebut.
Sumber: Utusan Malaysia

Rabu, 14 Disember 2011
Masih Ramai Tidak Faham Penggunaan Dinar Emas Untuk Dagangan Antarabangsa-Tun Dr Mahathir
18 Muharram 1433 Hijrah
KUALA LUMPUR, 13 Dis,2011- Masih ramai yang tidak memahami tentang kepentingan penggunaan dinar emas dalam perdagangan antarabangsa berbanding dolar Amerika, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Beliau berkata ramai yang mempunyai tanggapan bahawa dinar emas boleh dijadikan duit ringgit untuk pembelian semua barang mahupun dalam atau luar negara.
"Sekarang ini, kalau kita beli atau jual barang, kita menggunakan dolar Amerika. Nilainya kadang-kadang turun, kadang-kadang naik yang mana sebenarnya mata wang dolar tidak ada nilai.
"Nilai dolar Amerika ini tidak menentu dan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada industri perdagangan negara," kata beliau pada sidang akhbar selepas melancarkan Dinar Emas Larian Sahara 2012 di sini hari Selasa.
Beliau berkata dinar emas akan tetap mempunyai nilai di mana-mana sahaja mengikut berat emas. Oleh itu, kata Dr Mahathir, adalah penting untuk negara menggunakan dinar emas untuk bayaran jual beli dagangan antarabangsa berbanding dolar Amerika.
"Dulu satu aun emas dijual pada US$35 tetapi sekarang dijual untuk US$1,700 dan ini bermakna nilai dolar telah jatuh," kata beliau.

Selasa, 13 Disember 2011
BR1M - Phenomena Baru Melanda Negara
18 Muharram 1433Hijrah
Ketika penulis bercuti dikampung baru-baru ini, satu phenomena baru telah melanda penduduk di kampung penulis. Malahan ianya juga berlaku di bandar-bandar kecil yang mana ianya berkenaan dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) sebanyak RM500 bagi setiap isi rumah yang mempunyai kriteria tertentu.
Rakyat pelbagai lapisan dilihat berpusu-pusu membuat pendaftaran untuk mendapat bantuan berkenaan.Yang membangkang selama ini pula , masih mengekalkan ego hanya menghantar isteri atau wakil keluarga untuk membuat pendaftaran. Dari segi pendapat peribadi penulis, inisiatif ini telah mewujudkan phenomena di luar jangkaan berdanding dengan penambahan subsidi yang lain, kerana ianya dilihat memberi manfaat kepada segenap lapisan rakyat berpendapatan rendah dengan lebih meluas. Namun, penulis berharap agar kerajaan membuat pertimbangan dengan memberi lebih kelonggaran kepada warga emas yang tidak mempunyai pencen atau berpencen rendah, walaupun mereka mempunyai anak-anak yang sudah bekerja.Ini kerana, anak-anak sudah tentu mempunyai masalah tersendiri dalam menguruskan bebanan keluarga(dalam kebanyakan kes). Golongan ini juga dilihat mencuba nasib dengan membuat pendaftaran.
Sambutan yang luar biasa ini jangan dipandang remeh kerana ianya telah membuktikan bahawa rakyat di segenap lapisan masyarakat sedah mula yakin bahawa slogan 1 Malaysia,rakyat didahulukan bukan lagi hanya sebagai mimpi indah semata, tetapi sudah semakin menjadi realiti di kaca mata mereka. Persoalannya, adakah kerajaan mahu melepaskan sahaja peluang kepercayaan yang telah mula diberikan?
@MyIktisad

Langgan:
Catatan (Atom)