Kerajaan diharapkan agar mengutamakan kepentingan umum berbanding kepentingan individu atau kumpulan tertentu dalam pembentangan bajet 2012 yang akan datang.Kepentingan umum adalah mewakili sebahagian besar daripada suara rakyat Malaysia. Ini penting kerana rata-rata golongan ini yang paling terjejas dalam kenaikan kos sara hidup pada masa kini.
Setiap inisiatif yang bakal dijalankan perlulah berasarkan dengan konsep ini selaras dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kesedaran ini adalah penting kerana, setelah sekian lama Malaysia merdeka tuntutan kumpulan-kumpulan tertentu yang sentiasa mempertahankan puak serta persatuan masing-masing sering kedengaran. Implikasinya kekayaan negara selama ini tidak dapat diagihkan dengan sewajarnya rentetan daripada budaya seperti ini yang sudah lama bertapak.
Sebagai contoh, rantaian perniagaan masih lagi dikuasai oleh golongan-golongan tertentu sahaja yang mana seringkali berlakunya manipulasi harga barangan dan perkhidmatan di pasaran yang menyebabkan golongan pengguna terus tertekan walaupun berlakunya pertambahan pendapatan. Pengenalan kedai Rakyat 1Malaysia perlu diperluaskan di seluruh negara.
Kerajaan juga perlu menimbang untuk memasuki rantaian industri hartanah secara aktif bagi membendung spekulasi bahan binaan dan harga hartanah yang semakin tidak munasabah. Pengambilalihan syarikat pengeluar bahan binaan oleh kerajaan dilihat amat kritikal bagi menstabilkan harga pasaran hartanah. Ini termasuklah mengambilalih kilang pengeluar simen, alatan pembinaan dan sebagainya menerusi syarikat berkaitan kerajaan khas yang ditubuhkan bagi tujuan berkenaan.
Pemberian pinjaman kepada pengguna dilihat kurang berkesan kerana pengguna masih perlu berhutang dengan jumlah yang banyak disebabkan harga hartanah yang tidak munasabah. Kerajaan juga disaran memantau syarikat-syarikat yang membeli hartanah untuk tujuan spekulai dengan memperkenalkan garis panduan tetentu bagi menjaga kepentingan awam. Dengan cara ini sedikit sebanyak keadilan sosial di kalangan rakyat Malaysia dapat ditegakkan.
Pages
top_rightads
Khamis, 6 Oktober 2011
Rabu, 5 Oktober 2011
Kenali Jualan Singkat Di pasaran Saham
Jualan singkat (short selling) adalah suatu aktiviti urusniaga yang agak sinonim di pasaran saham.Pertama, mari kita menggambarkan apakah maksud istilah jualan singkat a apabila anda membeli saham-saham. Dalam proses pembelian saham, kita sebenarnya membeli sejumlah pemilikan dalam sesebuah syarikat. Membeli dan menjual saham boleh berlaku dengan broker saham atau terus daripada syarikat melalui pendaftar saham yang telah dilantik oleh syarikat berkenaan.Pembelian melalui syarikat broker adalah yang paling biasa digunakan, lebih-lebih lagi melibatkan urusniaga di pasaran terbuka melaui bursa saham. Mereka bertindak sebagai perantara di antara pelabur dan penjual dan mengenakan bayaran untuk perkhidmatan mereka seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak industri dan kawal selia.
Apabila menggunakan broker, kita perlu untuk membuka akaun. Akaun yang diwujudkan ialah sama ada terdiri daripada akaun tunai atau akaun margin. Akaun tunai memerlukan anda membayar bagi stok anda apabila anda membuat pembelian, tetapi dengan akaun margin broker meminjamkan anda sebahagian daripada dana pada masa pembelian dan jaminan keselamatan yang bertujuan sebagai cagaran.
Apabila pelabur melakukan proses pembelian(long position) ke atas pelaburan, ia bermakna bahawa dia telah membeli saham yang mana pelabur mempercayai/berharap/meramal harganya akan meningkat pada masa akan datang. Sebaliknya, apabila pelabur melakukan proses jualan (short position), seseorang pelabur menjangkakan penurunan dalam harga saham akan berlaku.Proses ini bertujuan untuk mengambil untung atau mengurangkan risiko kerugian pada masa depan.
Jualan singkat ialah proses tindakan penjualan saham yang mana penjual sebenarnya tidak memiliki apa jua saham yang telah dijual tersebut terutamanya di dalam akaun CDS(Central depository System) pada masa jualan dilakukan. Lebih khusus lagi, ianya merupakan proses penjualan sekuriti/saham yangmana ia tidak dimiliki oleh penjual, tetapi penjual telah menjanjikannya untuk diserahkan kepada pembeli. Ianya berlaku apabila pelabur/penjual telah yakin untuk menjangkakan bahawa saham yang telah dijual berkenaan akan terus menyusut lagi dipasaran, dan penjual akan membeli semula saham berkenaan pada harga yang paling rendah. Ini membolehkan sejumlah keuntungan dapat diperolehi dengan menggunakan kaedah seperti ini. Kaedah jualan singkat telah diharamkan di Bursa Malaysia semasa berlakunya krisis kewangan hujung 90-an di mana penulis semasa itu bertugas sebagai ‘Credit Control” di salah sebuah broker saham yang mana sekarang ini dikenali sebagai bank pelaburan. Namun penulis kurang pasti, sama ada aktiviti ini sudah dibenarkan atau masih lagi diharamkan pada masa kini.

Selasa, 4 Oktober 2011
Malaysia Perlu Lahir Intelektual Syariah Bagi Industri Kewangan Islam -Awang Adek
Bernama pada 3 Oktober 2011 telah melaporkan bahawa Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, beberapa strategi perlu dilaksanakan dalam memperkasakan kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa.Menurut beliau, strategi pertama yang dianggap penting ialah dengan melahirkanintelektual syariah yang dinamik bagi menyokong industri kewangan Islam.
Beliau menambah, para intelektual Syariah yang dinamik diperlukan untuk memainkan peranan dalam usaha menyahut seruan kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat rujukan amalan Syariah kewangan Islam global.Selaras dengan keperluan semasa, penguasaan ilmu oleh para ulama dan cendikiawan Islam pada hari ini sudah semestinya tidak terbatas kepada satu bidang keilmuan sahaja, katanya.
"Pengetahuan ekonomi, kewangan dan perundangan yang kukuh perlu digabungkan dengan kefahaman Syariah yang menyeluruh.Kombinasi ilmu yang mendalam merupakan alat kepada penetapan hukum syariah yang mendasari setiap produk dan perkhidmatan kewangan Islam," katanya dalam ucaptama dan majlis pembukaan Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam, KLIFF keempat .
Sumber-Bernama
@MyIktisad

Isnin, 3 Oktober 2011
Perbankan Islam Semakin Menyerlah
Utusan Malaysia pada 2 Okt. 2011 telah melaporkan bahawa produk-produk perbankan Islam semakin diminati berikutan potensi pasaran perkhidmatan kewangan Islam global menghampiri AS$4 trilion (RM12 trilion). Ia terus berkembang meluas sehingga hampir mengatasi produk-produk konvensional. Antara bahagian utama yang telah mendapat kesan positif bagi kewangan Islam adalah pasaran modal, pembiayaan korporat, perbankan runcit, takaful, pelaburan, unit amanah dan khidmat nasihat.Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Al-Amin Bank Bhd., Syed Abdull Aziz Syed Kechik berkata, Malaysia bakal mengukuhkan kedudukannya sebagai pemacu perbankan Islam dan bank itu akan terus menyokong hasrat negara mengembangkan industri kewangan Islam di peringkat global.
''Berkaitan isu itu, kami merasakan terdapat banyak peluang untuk berkembang dalam usaha menjadikan negara sebagai hab perbankan Islam dan kami percaya mempunyai peranan untuk dilaksanakan. ''Industri kewangan Islam dijangka menjadi pasaran bernilai trilion dolar pada masa hadapan. ''Malah laporan suku kedua Standard & Poor menunjukkan potensi pasaran perkhidmatan kewangan Islam menghampiri AS$4 trilion (RM12 trilion) mewakili penguasaan pasaran sebanyak 10 peratus komuniti Muslin di peringkat global,'' katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Syed Abdull Aziz berkata, sebagai tambahan lebih banyak kerajaan dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mula mengiktiraf kepentingan pasaran modal yang stabil dan berfungsi dengan baik bagi menyokong pembangunan ekonomi.''Kunci utama kejayaan Malaysia dalam kewangan Islam disebabkan oleh pelaksanaan polisi berbanding Timur Tengah, Singapura dan Hong Kong,'' jelasnya.''Perbankan Islam kini merupakan 20 peratus dari aset perbankan negara membuktikan bahawa pertumbuhan hanya berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Sumber: Utusan Malaysia

Sabtu, 1 Oktober 2011
Burukkan Negara Bakal Menyebabkan Ekonomi Terjejas
Sejak kebelakangan ini beberapa pihak sering memburukkan negara Malaysia tercinta di negara-negara jiran. Belum sembuh lagi luka apabila salah seorang pemimpin pembangkang di Malaysia yang membuat kenyataan bahawa produk batik Malaysia adalah "jelek" dan menjadi bahan ketawa di negara jiran, timbul lagi kenyataan daripada salah seorang pemimpin pembangkang yang menyatakan bahawa salah satu negeri di Malaysia iaitu di Johor tidak selamat.
Sesungguhnya kenyataan seperti ini tidak perlu timbul sama sekali jika kita sayangkan negara kita. Kita harus ingat, bahawa Malaysia adalah salah satu negara perdagangan yang mana setiap strategi perniagaannya bakal menjadi perhatian negara-negara lain yang turut bersaing. Jika benarlah ini tujuan utamanya untuk menyebabkan ekonomi terjejas dan pada masa itu pihak berkenaan ingin mempolitikkannya unuk berkuasa, maka ianya haruslah ditentang habis habisan.
Para pemimpin politik negara ini haruslah mendahulukan kemaslahatan umat berbanding kepentingan peribadi. Apa gunanya kalau kita dapat memerintah jika keadaan negara dalam keadaan rosak binasa dan sering serta senag diperkotak katikkan oleh negara asing.Sebagai rakyat biasa yang tidak mempunyai apa-apa, kita hanya mampu mempunyai kuasa mengundi bagi memilih parti-parti dan pemimpin-pemimpin yang mengutamakan kepentingan rakyat berbanding dirinya sendiri.Oleh itu mulai sekarang kriteria berkenaan perlulah dipertimbangkan bila tiba masanya nanti tak kiralah di sebelah manapun. Dalam Islam, contoh yang terbaik ialah Rasulullah S.A.W sendiri yang mana, sehingga akhir hayatnya, Baginda masih terfikir akan nasib umatnya.

Langgan:
Catatan (Atom)