12 Zulhijjah 1438
Saham biasa adalah salah satu jenis saham yang popular yang majoritinya dimiliki oleh para pemilik atau pelabur di mana mana negara, yang mana ianya akan menentukan jumlah pemilikan seseorang atau institusi terhadap sesuatu entiti perniagaan. Ianya mempunyai beberapa ciri utama, antaranya ialah:
1. Mempunyai hak mengundi dalam menentukan polisi atau dasar sesuatu entiti perniagaan atau syarikat.
2. Berhak untuk memperolehi dividen jika ianya diisyhtiharkan.
3.Namun, keutamaan dividen adalah selepas pembayaran dilakukan kepada saham terutama.
4. Jika perniagaan dibubarkan , pemilik saham jenis ini adalah yang paling terakhir akan mendapat hasil daripada saki baki aset yang tinggal setelah hak hak dijelaskan kepada pekerja, pemiutang dan saham terutama.
5.Saham jenis ini mempunyai kecairan yang baik dan mudah untuk dilakukan urusan jual beli , terutama sekali saham yang disenaraikan di bursa saham.
6.Dan lain lain yang berkaitan.
Wallahualam
Pages
top_rightads
Ahad, 3 September 2017
Jumaat, 1 September 2017
Dedahkan Kaedah Pengiraan Harga Minyak Petrol
10 Zulhijjah 1438
Kerajaan digesa mendedahkan cara pengiraan harga bahan bakar petrol agar rakyat tidak terkeliru dan menerima baik kaedah yang diamalkan.Jika ianya tidak lakukan, maka akan berterusanlah persoalan bahawa ketidaktelusan dalam penetapan harga bahan bakar berkenaan.
Ini rentetan daripada keluhan yang timbul bahawa harga petrol terus naik sedangkan harga minyak mentah dunia dalam aliran jatuh dan nilai ringgit dalam keadaan mengukuh.Jika formula pengiraan dapat didedahkan ianya dijangka dapat mengurangkan persepsi negatif dikalangan rakyat . Untuk merealisasikan langkah ini, pelbagai applikasi boleh dibangunkan bagi memudahkan perkongsian maklumat berkenaan.

Isnin, 28 Ogos 2017
M&A Di Malaysia Dilihat Agak Perlahan
6 Zulhijjah 1438
Kegiatan pengambilalihan dan percantuman dilihat agak perlahan di dalam negara akhir akhir ini. Ini disebabkan kurangnya aktiviti berkenaan yang berlaku dikalangan syarikat syarikat besar. Selain daripada itu beberapa cadangan M&A yang sedang dilakukan telah menemui kegagalan. Kegagalan yang tebaru ialah kegagalan proses M&A di antara RHB Bank & Ambank.
Walau bagaimanapun, kegagalan sesuatu M&A bukanlah pengukur kepada tahap prestasi sesuatu ekonomi. Ianya mungkin memberi kebaikan dan mungkin juga sebaliknya. Antara kebaikan ialah ianya bakal menaikkan saiz modal entiti berkenaan bagi memastikan kemampanan untuk terus bersaing di ekonomi terbuka.
Keburukannya pula ialah, akan berlaku pula pertindihan tugas dikalangan kakitangan yang boleh menambah masalah pengangguran jika proses M&A ini tidak dilakukan secara berhati hati.

Rabu, 16 Ogos 2017
Jangan Terlalu Bergantung Kepada Pelaburan Asing
23 Zulkaedah 1438
Kerajaan Malaysia disaran agar tidak terlalu bergantung kepada pelaburan asing dalam usaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Kaedah ini dilihat perlu dikaji semula jika syarat syarat yang ditetapkan oleh pelabur asing dilihat bakal membebankan negara pada masa yang akan datang.Antara langkah yang boleh dilakukan ialah dengan menjalankan projek projek infrastuktur mengikut keutamaan serta kemampuan kewangannegara.
Pilihan pilihan lain juga perlu dipertimbangkan iaitu salah satunya dengan menggalakkan perkongsian kerajaan dan pihak swasta tempatan.Ini bakal memberi penjimatan dalam jangkamasa yang panjang serta bakal membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan pada masa yang sama bakal menjimatkan pengaliran wang keluar negara dalam bentuk bayaran faedah pinjaman.
Walaupun cara ini nampak perlahan, namun ianya dilihat kurang berisiko terhadap pengurusan ekonomi negara.

Ahad, 13 Ogos 2017
Rakyat Malaysia Disaran Rancakkan Ekonomi Domestik
20 Zulkaedah 1438
Rakyat malaysia disarankan bersama sama rancakkan pertumbuhan ekonomi domestik daripada bergantung semata mata dengan kerajaan Malaysia. Dalam keadaan sekarang yang ekonominya dilihat tidak menentu, selain daripada beberapa isusensitif yang masih dilihat bakal berkesudahan, beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh kita semua. Antaranya:
1. Memberi keutamaan dalam pembelian roduk-produk tempatan agar peniaga dan pekerja tempatan dapat mendapat manfaat ekonomi dan peluang pekerjaan.
2.Mengurangkan pembelian di kedai-kedai runcit yang menggaji warga asing agar peniaga-peniaga tempatan dapat terus hidup dan mewujudkan persaingan yang lebih seimbang. Ini adalah kerana pekerja asing tidak tertakluk kepada gaji minima yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
3.Berjimat cermat dalam keadaan yang diperlukan. Berjimat bukannya bermaksud tidak berbelanja langsung, tetapi lebih kepada pembelian terhadap barangan atau perkhipdmatan yang lebih murah atau ekonomi.
4.Kurangkan sebarang bentuk pembaziran sama ada di rumah atau di tempat kerja. Ini dapat menstabilkan permintaan dan penawaran barangan dan perkhidmatan di pasaran.
Dan banyak lagi yang boleh dibincangkan pada masa akan datang Jika kita tidak mulakan sekarang, siapa lagi?
Wallahualam
Langgan:
Catatan (Atom)