Bursa Malaysia

top_rightads

Sunday, June 21, 2015

Perniagaan Kecil Boleh Terima Bayaran Tanpa Tunai Melalui M1 mPos

4 Ramadhan 1436


Penyelesaian titik jualan mudah alih (mPOS) baharu yang dilancarkan hari ini akan mengubah telefon pintar dan tablet kepada terminal yang membolehkan peniaga menerima bayaran melalui kad kredit, debit dan prabayar daripada pelanggan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

mPOS dilancarkan oleh M1 Limited dengan kerjasama dengan CIMB, MasterCard dan Wirecard.

Penyelesaian mPOS dicipta bagi memenuhi keperluan perniagaan kecil berasaskan tunai, syarikat yang baru bermula dan perusahaan yang sentiasa sibuk seperti penjual berkenderaan dan kafe kecil, membolehkan mereka menawarkan kemudahan bayaran kad, menurut M1 dalam satu kenyataan.

mPOS menawarkan peniaga, faedah bayaran yang mudah, selamat dan dijamin untuk pelanggan mereka tanpa perlu membeli, mewujudkan dan menyelenggara terminal POS.

Ketua Pegawai Pembangunan Produk dan Penyelesaian Korporat M1, Willis Sim berkata kumpulan itu ingin membawa manfaat pembayaran kad untuk dinikmati oleh peruncit besar kepada peniaga kecil Singapura, serta perusahaan, peniaga dan penyedia perkhidmatan.

"Oleh yang demikian, kami bekerja dengan rakan kongsi CIMB, MasterCard, dan Wirecard, untuk membangunkan inovasi penyelesaian mPOS pasang dan pakai, kaedah paling mudah dan menguntungkan dari segi kos kepada peruncit, untuk menerima bayaran melalui kad pada bila-bila masa dan di mana sahaja," katanya menerusi berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA.

Sember dipetik daripada : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...