Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, December 21, 2013

Kerajaan Disaran Memberi Rebat/Penangguhan Cukai Kepada Penyedia Perkhidmatan

18 Safar 1435

Kerajaan disaran agar memberi rebat atau penangguhan cukai kepada penyedia-penyadia perkhidmatan bersubsidi bagi mengelakkan sebarang keputusan kajian semula tarif yang sering menghantui kerajaan dan rakyat. Ini dilihat sebagai jalan alternatif kepada kerajaan daripada terus dibelenggu untuk membayar sejumlah amaun kepada pihak terbabit bagi mengelakkan kenaikan berjadual dengan syarikat konsesi. Dengan adanya penangguhan cukai, syarikat-syarikat pemegang konsesi berkenaan mempunyai peluang menggunakan sumber dana tersebut untuk melakukan pelaburan bagi menampung kos pembiayaan yang telah terikat sebelum ini atau menstruktur semula pembiayaan berkenaan ke portfolio yang lebih menguntungkan.

Ini secara tak langsung membolehkan cukai yang telah dihapuskan dapat ditukarkan dalam bentuk pembayaran dividen yang lebih tinggi kepada pemegang saham yang manaianya juga akan mengalir kepada akaun kerajaan yang mana kerajaan juga merupakan pemegang saham utama syarikat-syarikat terbabit. Pada masa yang sama pelabur asing yang memegang sejumlah portfolio saham di dalam syarikat konsesi juga akan gembira dengan bayaran dividen yang tinggi dan situasi ini bakal menggalakkan kemasukan dana asing terus ke dalam pasaran ekuiti negara. Ini memungkinkan peluang sekali lagi kerajaanuntuk mendapat cukai daripada keuntungan daripada pelaburan ekuiti oleh pelabur asing. Idea ini perlu diberi pertimbangan jika kita serius untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup yang melampau yang kini sedang hangat diperkatakan di negara ini.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...