Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, December 14, 2013

Kerajaan Digesa Kekalkan Tarif Elektrik Kepada Golongan Pertengahan & PKS

11 Safar 1435

Penulis tidaklah sehebat seperti pemikir-pemikir dan pakar ekonomi negara yang berada dikeliling pimpinan negara sekarang. Tetapi cukuplah sebagai seorang rakyat biasa yang sedang bergelut  dengan perubahan iklim politik, ekonomi dan sosial di negara ini. Atas dasar berikut, penulis turut merasai apa yang dialami oleh sebilangan besar rakyat apabila beberapa subsidi seperti gula, petrol dan sebagainya tidak ditambah(katanya) apabila berlakunya kenaikan harga di pasaran dunia. Apabila nilai subsidi tidak ditambah, maka kenaikan harga berkenaan perlulah ditanggung oleh rakyat(katanya).

Rakyat rata-rata boleh terima bila subsidi dirasionalkan melibatkan gula dan petrol, namun bagi tarif elektrik, ianya menuntut pertimbangan yang lebih rasional. walaupun ianya dikatakan tidak menjejaskan 70 peratus pengguna yang mana bil elektrik bulanannya tidak mencapai tahap kenaikan tarif, ianya perlu disegmenkan dengan lebih terperinci. Ini dikira amat tidak adil sekiranya golongan pertengahan yang termasuk dalam tahap penggunaan tersebut dikumpulkan dalam tahap penggunaan kumpulan industri dan komersial yang lain.Lebih malang lagi industri kecil dan sederhana PKS turut dikumpulkan bersama dengan industri besar, yang mana ianya bakal menjejaskan daya saing dan kesinambungan jangkamasa panjang industri berkenaan.

Terjejasnya golongan pertengahan dan PKS bakal menjejaskan kuasa beli atau belanja golongan berkenaan yang mana kitaran dan perubahan wang dari tangan ke tangan ke kadar yang lebih perlahan bakal memperlahankan kadar pergerakan ekonomi negara. Ini berdasarkan kepada teori yang sering digunapakai oleh Tun Mahathir (mantan PM Malaysia) yang mana berpendapat bahawa semakin cepat wang perpindah tangan melalui perbelanjaan rakyat, maka ekonomi akan lebih cepat berkembang. Jika berlakunya kenaikan, maka ianya akan mengurangkan perbelanjaan rakyat. PKS juga akan menangguhkan perkembangan perniagaan mereka kerana terpaksa bergelut dengan kenaikan kos elektrik selain daripada terpaksa membayar balik semula hutang perniagaan mereka selain bergelut dengan kuasa pembelian pengguna yang menurun. Dengan itu, negara terpaksa terus bergantung kepada pelaburan langsung yang seringkali meminta pengecualian cukai dan macam-macam insentif lagi daripada kerajaan. Akhirnya rakyat juga yang rugi bilamana FDI tersebut, bila sampai masanya dan telah mengaut keuntungan berbilion ringgit, lari meninggalkan negara ini dan pekerja yang telah berumur pada ketika itu terpaksa bermula dari bawah semula akibat diberhentikan kerja. Apa kata pengecualian cukai dan insentif yang diberikan kepada pelabur asing(FDI) diberikan kepada rakyat dalam bentuk subsidi elektrik.

Dari segi  pendapat daripada penulis yang tak berada dalam kedudukan apapun, penulis amat berharap agar kerajaan  melihat dengan lebih holistik kitaran ekosistem ekonomi negara dengan menilai semula kenaikan tarif elektrik dan tidak hanya berpaksikan untung rugi dan lembaran kunci kira-kira kerajaan semata-mata. Ataupun , seperti mana yang sering dilakukan sebelum ini, adakan forum di laman sesawang  1Malaysia untuk menilai pendapat daripada orang ramai sebelum kenaikan tarif dilaksanakan.

Wallahualam



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...