Pages
top_rightads
Khamis, 29 April 2021
Balik Kepada Kaedah Asal Dalam Uruskan Ekonomi
Ahad, 25 April 2021
Rakyat Perlu Kurangkan Harapan Kepada Kerajaan Dalam Uruskan Ekonomi
13 Ramadhan 1442
Rakyat disaran menghentikan pengharapan kepada kerajaan semasa dalam menguruskan hal ekonomi, sebaliknya bekerja keras dalam memajukan diri. Ini berikutan pelbagai kelemahan yang timbul pada masa sekarang ini berikutan timbulnya tekanan akibat pandemik covid 19. Pelbagai polemik yang timbul diperingkat dasar dan penguatkuasaan yang menguji kesabaran rakyat sama ada dari segi aspek ekonomi, mahupun social.
Tiada hala tuju yang jelas yang boleh dilihat setakat ini untuk kurangkan kadar pengangguran, malahan lebih banyak syarikat besar mula dilihat menutup operasi atau mengurangkan skala operasi mereka. Justeru itu, rakyat perlu bersedia meneroka bidang bidang baru atau sedia ada yang boleh menjana pendapan sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan sekarang. Sampai masanya nanti, rakyat boleh memilih semula pemimpin pemimpin lain yang lebih diyakini untuk memimpin rakyat untuk/ke tahap yang lebih baik.
Wallahualam
Sabtu, 13 Februari 2021
Utamakan Industri Setempat Semasa PKP
1 Rejab 1442
Rakyat Malaysia digesa untuk mengutamakan industri setempat dalam tempoh pergerakan yang dihadkan bagi merangsang industri setempat.Ini termasuklah berbelanja terhadap barang keperluan asas, makanan dan sebagainya. Ini secara tidak langsung membantu para usahawan baru yang menceburi bidang perniagaan disebabkan kehilangan pekerjaan dan sebagainya.
Pergerakan atau pertukaran matawang yang cepat di dalam sesuatu kawasan akan membantu pertumbuhan ekonomi, di mana rakyat dilihat berbelanja dikawasan berkenaan. Tiada guna jika rakyat mempunyai wang, tetapi tidak berbelanja dengan sebetulnya, ataupun hanya menyimpan dibawah bantal. Ianya mungkin baik untuk peribadi tetapi tidak akan menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi . Dengan berbelanja kepada perkara yang betul, ianya akan membuka ruang dan peluang perniagaan dan bakal mencipta peluang pekerjaan di kawasan setempat.
Wallahualam
Jumaat, 12 Februari 2021
Perubahan Kepimpinan KWSP Seharusnya Tidak Melewatkan Pengisytiharan Dividen
30 Rabiul Akhir 1442
Kita melihat dengan penuh serius perubahan kepimpinan KWSP seperti yang telah diumumkan baru baru ini. Walaupun ianya amalan biasa, kita harapkan pengumuman bagi pembayaran dividen bagi tahun 2021 tidal akan dilewatkan disebabkan perkembangan terkini yang berlaku di organisasi berkenaan.
Diharapkan ahli ahli tidak menerima kesan yang negatif terhadap apa jua perubahan yang ingin dilakukan. Wallahualam