top_rightads

Khamis, 30 Ogos 2012

Untung Pracukai TM Melonjak 11.6 Peratus Pada Separuh Pertama

12 Syawal 1433


KUALA LUMPUR, 29 Ogos,2012 - Keuntungan sebelum cukai Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi tempoh enam bulan pertama berakhir 30 Jun, 2012, meningkat 11.6 peratus kepada RM484.9 juta berbanding RM434.4 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan bagi tempoh itu meningkat 9.7 peratus kepada RM4.8 bilion berbanding RM4.38 bilion sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa berkata prestasi yang lebih baik itu disumbangkan oleh pertumbuhan positif secara menyeluruh dalam semua produk utama - Internet dan multimedia, data, suara dan perkhidmatan lain berkaitan telekomunikasi.

Maklumat lanjut: BERNAMA

TM Optimistik Capai Sasaran Jalur Lebar Menjelang Akhir Tahun

12 Syawal 1433


KUALA LUMPUR, 29 Ogos,2012 - Telekom Malaysia Bhd (TM) optimistik dapat mencapai sasaran 1.34 juta premis dan 98 kawasan ibu sawat bagi Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di bawah program perkongsian awam swasta (PPP) menjelang akhir tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa berkata sehingga hari ini, TM menyalurkan HSBB hampir 1.26 juta premis meliputi 81 kawasan ibu sawat.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Jumaat, 24 Ogos 2012

Malaysia Dijangka Catat Pertumbuhan 5.0 Peratus Menjelang Akhir Tahun 2012

7 Syawal 1433

KUALA LUMPUR, 23 Ogos,2012 . United Overseas Bank Malaysia Bhd (UOB) menjangka Malaysia akan mencatatkan sasaran pertumbuhan ekonomi 5.0 peratus menjelang akhir tahun ini.


Pengarah Eksekutif dan Ketua Penyelidikan dan Hubungan Pelabur, Jimmy Koh berkata berdasarkan prestasi separuh pertama, Malaysia akan mencapai sasarannya.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Affin Holdings Dan Bank Muamalat Bergabung?

7 Syawal 1433


KUALA LUMPUR, 24 Ogos , 2012- RAM Rating Services Bhd akan terus memantau perkembangan di Affin Holdings dan Bank Muamalat.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, RAM berkata ia akan membuat pengumuman penarafan lanjut apabila butiran yang mencukupi mengenai rundingan pengambilalihan diperoleh.

Pada 16 Ogos 2012, Affin Holdings Bhd mengumumkan telah memperoleh kelulusan Bank Negara untuk memulakan rundingan pengambilalihan dengan DRB-HICOM Bhd dan Khazanah Nasional Bhd bagi cadangan pengambilalihan Bank Muamalat Malaysia Bhd.

"Dalam menilai merit pengambilalihan, RAM akan mengambil kira sinergi perniagaan, kos pemerolehan dan rancangan pembiayaan yang berkaitan serta struktur modal.

"Walaupun terma penting cadangan pengambilalihan itu masih belum dapat diketahui, rundingan dijangka selesai pada akhir tahun," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Selasa, 14 Ogos 2012

Tangani Kos Sara Hidup Kekal Komitmen Utama Kerajaan

25 Ramadhan 1433



KUALA LUMPUR, 13 Ogos , 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa menangani isu kenaikan kos sara hidup kekal sebagai satu komitmen utama kerajaan.

"Ini merupakan isu paling hangat yang sentiasa disampaikan oleh rakyat ketika saya membuat 'walkabout' sama ada di kawasan bandar mahupun di kawasan kampung seluruh pelosok negara.

"Hakikatnya, sejak kerajaan menjadikannya sebagai sebuah bidang utama GTP (Program Transformasi Kerajaan), pelbagai langkah telah diambil untuk meringankan beban rakyat, antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik 1Malaysia dan lain-lain lagi," katanya dalam entri terbaru menerusi blog www.1Malaysia.com.my Isnin.

Maklumat lanjut: BERNAMA


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...