7 Syawal 1433
KUALA LUMPUR, 24 Ogos , 2012- RAM Rating Services Bhd akan terus memantau perkembangan di Affin Holdings dan Bank Muamalat.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, RAM berkata ia akan membuat pengumuman penarafan lanjut apabila butiran yang mencukupi mengenai rundingan pengambilalihan diperoleh.
Pada 16 Ogos 2012, Affin Holdings Bhd mengumumkan telah memperoleh kelulusan Bank Negara untuk memulakan rundingan pengambilalihan dengan DRB-HICOM Bhd dan Khazanah Nasional Bhd bagi cadangan pengambilalihan Bank Muamalat Malaysia Bhd.
"Dalam menilai merit pengambilalihan, RAM akan mengambil kira sinergi perniagaan, kos pemerolehan dan rancangan pembiayaan yang berkaitan serta struktur modal.
"Walaupun terma penting cadangan pengambilalihan itu masih belum dapat diketahui, rundingan dijangka selesai pada akhir tahun," katanya.
Maklumat lanjut: BERNAMA
No comments:
Post a Comment