top_rightads

Selasa, 11 September 2018

Belilah Barangan Keluaran Tempatan

1 Muharram 1440

Kerajaan dan rakyat disaran mengutamakan barangan tempatan bagi merancakkan semula perkembangan ekonomi domestik.Ini adalah kerana setiap sen yang dibelanjakan bakal dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Selain daripada itu, pergerakan wang  dari tangan ketangan rakyat akan bergerak lebih cepat dan ianya bakal memastikan kerancakan ekonomi sesebuah negara.Sebagai contoh, sektor kerajaan dan swasta perlu mengutamakan produk tempatan dalam pembelian kenderaan serta alat jentera, perlantikan juru perunding tempatan dan sebagainya.

Manakala rakyat pula perlu mengutamakan pembelian produk produk keluaran tempatan bagi menyokong kesinambungan industri domestik.Pihak kementerian berkenaan juga disaran agar untuk menggalakkan kempen penggunaan logo buatan Malaysia kembali bagi menjayakan hasrat ini.

Wallahualam

Selasa, 29 Mei 2018

Malaysia Di Lihat Ke Arah Polisi Berdasarkan Kewangan Berbanding Polisi Fiskal

13 Ramadhan 1439

Malaysia dilihat sedang berubah ke arah penggunakan dasar kewangan(Monetary policy) berbanding penggunaan dasar fiskal(Fiscal Polisi) sebaik sahaja pembentukan kabinet awal kerajaan baru pasca pilihanraya umum ke 14 baru baru ini. Ianya merupakan perubahan drastik yang dilakukan oleh kerajan baru,yang mana dasar lebih  yang lebih mesra percukaian seperti perlaksanaan GST(Goods & Service Tax) akan diberikan kadar sifar bermula 1 Jun 2018 akan datang, serta kemudiannya dihapuskan.

Dasar kewangan kini dilihat mempu memacu semula ekonomi Malaysia ke arah yang lebih berdaya saing seperti mana yang pernah dikecapi pada zaman pemerintahan Tun Mahathir yang pertama. Dasar ini dilihat lebih rumit bagi pihak pemerintah, kerana ianya memerlukan kepakaran yang tinggi bagi menguruskannya. Namun begitu,  ianya dilihat akan melegakan rakyat kerana rakyat bakal dikurangkan daripada bebanan cukai yang terpaksa dibayar sebelum ini. Kejayaan dasar ini ini dilihat amat bergantung kepada kepakaran pihak yang berkenaan disamping sokongan yang perlu diterima oleh pelbagai pihak termasuk pelabur, peniaga serta rakyat jelata.

Wallahualam

Sabtu, 21 April 2018

Ambil Kesempatan Era Digital Untuk Optimumkan Perbelanjaan

5 Syaaban 1439

Dalam zaman ekonomi yang tidak menentu pada masa kini ini, setiap ringgit yang dibelanjakan adalah penting bagi memastikan manfaat yang diperolehi. Ini bagi memastikan setiap individu atau bagi yang berkeluarga dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sempurna. Harus diingat, tak semua perbelanjaan dapat dipotong. Namun begitu setiap perbelanjaan dapat dioptimumkan bagi meneruskan kehidupan harian dengan lebih sempurna.

Dalam mencapai tujuan tersebut, pendigitalan bagi setiap urusniaga harian dilihat dapat membantu. Di zaman digital ini, sudah banyak penyedia perkhidmatan dan penjualan barangan telah menyediakan platform digital seperti perbankan, peruncitan dan sebagainya. Bahkan ada penyedia perkhidmatan yang menyediakan pembelian dan penghantaran bagi barangan dapur. Ini semua dapat mengurangkan kos pengangkutan dan menjimatkan masa. Selain daripada itu, kos kos lain semasa membeli belah juga dapat dijimatkan serta dapat dioptimakan, manakala masa yang terluang dapat disalurkan lebih kepada keluarga pula.

Wallahualam

Rabu, 31 Januari 2018

Mobile@Unifi Cetus Fenomena Baru Di Malaysia

14 Jamadilawal 1439

Pelancaran pelan terbaru perkhidmatan prabayar selular oleh TM baru baru ini telah mencetuskan fenomena baru di kalangan pengguna di dalam sektor telekomunikasi negara. Difahamkan rata rata pelanggan telah beratur panjang untuk mendapatkan  kad sim secara percuma di kebanyakan TMPoint di Lembah Kelang dan di beberapa bandar utama di Malaysia.Sebanyak 1 juta simkad ditawarkan secara percuma dalam tempoh tertentu sahaja yang juga menawarkan kuota jalur lebar yang sukar ditolak.Setiap individu adalah layak dan berpeluanh untuk memohon sehingga 5 nombor talian.

Menurut sumber, sebanyak 250ribu kad sim telah direbut dalam tempoh beberapa hari sahaja selepas pelan ini dilancarkan. Kepada sesiapa yang masih belum melanggan, jangan ketinggalan dapatkan perkhidmatan percuma ini, yang jarang ditawarkan oleh mana mana pihak terutama di ketika suasana kos sara hidup dalam situasi keadaan yang tinggi dan tidak menentu.

Wallahualam

Ahad, 21 Januari 2018

GLC Perlu Lebih Fokus Perniagaan Teras

4 Jamadil Awal 1439

Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu lebih focus dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat berbanding dengan langkah memasuki pasaran yang bukan teras dan bersaing dengan GLC yang lain.Ini berikutan cadangan sebuah syarikat pembekal tenaga yang bercadang memasuki pasaran jalur lebar.

Sepatutnya syarikat berkenaan perlu mencari jalan menurunkan kadar tarif elektrik dan bukannya memasuki pasaran jalur lebar yang tarifnya sentiasa turun saban tahun. Ini bagi mengelakkan syarikat jalur lebar berkenaan bertindak balas dengan memasuki sektor tenaga pula dengan alasan mengoptimakan saluran "manhole" yang ada di seluruh negara. Kalau ini berlaku, ianya bakal mewujudkan pembaziran sumber di antara GLC.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...