top_rightads

Ahad, 21 Jun 2015

Perniagaan Kecil Boleh Terima Bayaran Tanpa Tunai Melalui M1 mPos

4 Ramadhan 1436


Penyelesaian titik jualan mudah alih (mPOS) baharu yang dilancarkan hari ini akan mengubah telefon pintar dan tablet kepada terminal yang membolehkan peniaga menerima bayaran melalui kad kredit, debit dan prabayar daripada pelanggan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

mPOS dilancarkan oleh M1 Limited dengan kerjasama dengan CIMB, MasterCard dan Wirecard.

Penyelesaian mPOS dicipta bagi memenuhi keperluan perniagaan kecil berasaskan tunai, syarikat yang baru bermula dan perusahaan yang sentiasa sibuk seperti penjual berkenderaan dan kafe kecil, membolehkan mereka menawarkan kemudahan bayaran kad, menurut M1 dalam satu kenyataan.

mPOS menawarkan peniaga, faedah bayaran yang mudah, selamat dan dijamin untuk pelanggan mereka tanpa perlu membeli, mewujudkan dan menyelenggara terminal POS.

Ketua Pegawai Pembangunan Produk dan Penyelesaian Korporat M1, Willis Sim berkata kumpulan itu ingin membawa manfaat pembayaran kad untuk dinikmati oleh peruncit besar kepada peniaga kecil Singapura, serta perusahaan, peniaga dan penyedia perkhidmatan.

"Oleh yang demikian, kami bekerja dengan rakan kongsi CIMB, MasterCard, dan Wirecard, untuk membangunkan inovasi penyelesaian mPOS pasang dan pakai, kaedah paling mudah dan menguntungkan dari segi kos kepada peruncit, untuk menerima bayaran melalui kad pada bila-bila masa dan di mana sahaja," katanya menerusi berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA.

Sember dipetik daripada : BERNAMA

Selasa, 16 Jun 2015

MAA, Zurich Insurance Mulakan Rundingan Jual Pegangan Unit Takaful

29 Syaaban 1436

MAA Group hari ini mengumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak menghalang kumpulan itu dan Zurich Insurance Company Ltd untuk memulakan rundingan bagi cadangan penjualan 75 peratus pegangan dalam MAA Takaful Bhd.

Bagaimanapun, ia tidak seharusnya dianggap sebagai kelulusan bagi cadangan penjualan tersebut, kata MAA Group dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini, hari ini.

 MAA berkata kumpulan itu dan Zurich perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Kementerian Kewangan, dengan cadangan daripada BNM.

Sumber dipetik daripada : BERNAMA

Sabtu, 6 Jun 2015

Penstrukturan Semula MAS- Malaysia Ke Arah Sistem Kapitalis?

19 Syaaban 1436

Berita tentang penamatan kakitangan Malaysia Airline Sistem(MAS) membuatkan penulis amat terasa hati. Daripada 20,000 orang kakitangan yang ditamatkan pekerjaan, hanya 14,000 orang sahaja yang bakal ditawarkan semula menerusi syarikat baru yang telah ditubuhkan bagi mengambilalih semula perniagaan MAS iaitu Malaysia Airline Bhd(MAB) , jika tidak silap penulis. Dengan CEO baru dari negara yang berpaksikan kapitalis, apakah Malaysia juga akan ke arah pengurusan korporat seperti itu?

Bagi penulis banyak lagi cara yang boleh dibuat sebagaimana negara pernah keluar daripada krisis kewangan pada dekat yang lalu. Antaranya dengan menubuhkan 'Special Purpose Vehicle-SPV' bagi memastikan perniagaan sedia ada, peluang pekerjaan tidak terjejas dan segala tindakan susulan selepas itu dibuat secara berperingkat mengikut tahap pemulihan yang dirancangkan.

Antara contoh yang berjaya ialah penubuhan Danaharta dan Danamodal yang telah membantu negara Malaysia keluar daipada kegawatan ekonomi. Walaupun pelbagai "rating" atau penarafan negatif oleh badan antarabangsa, tetapi rakyat atau para pekerja tidak merasa kesakitan.

Tapi pada zaman sekarang, pelbagai rating ekonomi yang bagus diberikan oleh badan antarabangsa, tetapi ..semakin ramai rakyat merasa makin perit dalam kehidupan mereka termasuk 6000 kakitangan MAS yang bakal ditamatkan terus perkhidmatan mereka.

Cuma bezanya sekarang, SPV yang ditubuhkan, dilihat susah hendak menjelaskan/mengambil masa yang lama ke mana wang yang dipinjam berbilion ringgit dibelanjakan dan di manakah asetnya sekarang.

Penulis rindu zaman ekonomi diuruskan ketika dahulu.......Salah satunya. menterinya DIAM aje buat kerja dan kebanyakan tugas berjaya dilaksanakan dengan cemerlang....Rakyat tak rasai keperitannya..

Wallahualam...

UDA Timbang Untuk Beli Saham TIR

19 Syaaban 1436

UDA Holdings Bhd akan menimbang membeli saham Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PPPP) dalam Tropical Island Resort (TIR), jika kerajaan negeri bersetuju mengurangkan harga jualan, kata Pengarah Urusan, Datuk Ahmad Abu Bakar.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu menerima tawaran UDA Holdings kerana syarikat itu telah melabur kira-kira RM60 juta untuk pembangunan semula Pulau Jerejak tanpa banyak bantuan daripada kerajaan negeri.

"Kami sudah lama berbincang mengenainya. Tetapi sehingga kini kami belum mencapai persetujuan muktamad mengenai pembelian saham PPPP dalam TIR.

"Kami tidak akan membeli saham itu daripada kerajaan negeri...(tetapi) ia mungkin (jika mereka mengurangkan harga) kerana kami perlu merancang dan menyusun semula pulau itu," katanya kepada Bernama di majlis Cabaran Media UDA 2015, di sini semalam.

 Walaupun enggan mendedahkan harga ditetapkan kerajaan negeri, beliau percaya pembelian saham itu boleh diselesaikan dalam tempoh kurang daripada dua tahun.

Beliau juga berharap kerajaan negeri akan turut serta dalam pembangunan semula Pulau Jerejak, iaitu bekas pusat tahanan banduan.

UDA Holdings memiliki 51 peratus kepentingan dalam TIR dan selebihnya oleh PPPP, cabang pembangunan kerajaan negeri.

Sumber dipetik daripada : BERNAMA

Saham BIMB Menjadi Tarikan

19 Syaaban 1436

BERNAMA telah melaporkan bahawa harga saham BIMB Holdings Bhd di Bursa Malaysia memberi tindak balas yang baik susulan pengumuman syarikat itu bahawa anak syarikat milik penuhnya, Bank Islam Malaysia Bhd, menyasarkan untuk menambah dana dua produk di bawah akaun pelaburan bertempoh dalam tempoh enam bulan akan datang.

 Pada 10.26 pagi pada 2 Jun yang lalu, kaunter itu meningkat empat sen kepada RM4.05, dengan 4,900 saham bertukar tangan.

Laporan berita pada Selasa menyebut Bank Islam menyasarkan RM2 bilion dana untuk Akaun Pelaburan Waheed (WIA Wakalah) dan Akaun Pelaburan Khas (Mudarabah).

Sumber dipetik daripada : BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...