top_rightads

Rabu, 4 Mac 2015

TM Tandatangani MOU Dengan Time Dotcom

13 Jamadil Awal 1436

TM telah mengumumkan bahawa syarikat berkenaan telah hari menandatangani satu Memorandum Persefahaman ("MOU") dengan TT dotCom Sdn Bhd ("TTdC"), anak syarikat milik penuh Time dotCom Berhad ("TIME") untuk pembangunan dan pembinaan baru sistem kabel dasar laut, yang dipanggil "Sistem Kabel Rakyat 1 Malaysia (" SKR1M ")".Pada 30 Disember 2014, TM telah mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan oleh Suruhanjaya Multimedia ("SKMM") kontrak melalui proses tender terbuka untuk membangun dan membina sistem kabel SKR1M Komunikasi dan Malaysia.

Projek ini akan diwujudkan melalui Perkongsian Awam-Swasta (PPP) antara SKMM dan TM.Dengan semangat menyokong hasrat Kerajaan dalam memupuk perkongsian di kalangan peserta industri, TM akan bekerjasama dengan Time untuk bersama-sama membangunkan sistem kabel SKR1M dengan penubuhan sebuah konsortium.

Sumber : Pengumuman di Bursa Malaysia(TM-150303-62803)

Selasa, 3 Mac 2015

Beri Tumpuan Kualiti Jalur Lebar Berbanding Penurunan Harga

13 Jamadil Awal 1436

Kerajaan disaran memberi tumpuan bagi memastikan para penyedia perkhidmatan memberikan kualiti yang terbaik terhadap servis jalur lebar yang disediakan berbanding meminta mereka menurunkan harga perkhidmatan. Tiada guna harga murah, jika perkhidmatan yang diberikan berstatus tahap lama.

Jika dilihat penyedia perkhidmatan sekarang, mereka kini juga bergelut dengan kenaikan kos operasi dan ianya tidak berpunca daripada harga minyak semata-mata. Sebagai contoh , perlaksanaan umur persaraan minimum 60 tahun, gaji minimum dan lain-lain juga menyumbang kepada kenaikan kos operasi. Itu belum mengambil kira Cukai Barangan & Perkhidmatan(GST) yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Kecualilah pihak kerajaan sanggup memberikan pengecualian cukai berkenaan terhadap para penyedia perkhidmatan jalur lebar.

Rakyat di Malaysia perlu dididik untuk sanggup membayar lebih bagi mendapatkan kualiti perkhidmatan yang baik, pada masa yang sama penyedia perkhidmatan perlulah memastikan pelanggan mereka sentiasa mendapat perkhidmatan yang berkualiti seperti yang dijanjikan tanpa ada harga yang tersembunyi.



Wallahualam

Hentikan Politik Tak Kesudahan, Makmurkan Ekonomi Negara

13 Jamadil Awal 1436

Para pemimpin serta pengikut parti politik di Malaysia disarankan mengurangkan aksi politik yang tidak berkesudahan kerana ianya tidak akan memberikan kebaikan terutama dari segi perpaduan rakyat dan kemakmuran ekonomi negara dalam jangka masa yang panjang. Ini kerana masing-masing akan mempolitikkan apa jua rancangan yang bakal dilaksanakan pihak lawan mereka yang memerintah. Manakala yang memerintah juga terpaksa membazirkan masa, tenaga dan wang bagi mematahkan serangan lawan mereka pula.

Pihak yang menjadi mangsa adalah rakyat Malaysia keseluruhan kerana tidak dapat pembelaan yang sewajarnya terhadap isu-isu yang sepatutnya menjadi tumpuan untuk diselesaikan. Sebagai contoh, negara di selatan kita terus berkembang ekonomi mereka kerana negara berkenaan dilihat hanya berpolitk bila tiba musim pilihanraya sahaja, Sedangkan kita dilihat masih terkial-kial mencari hala tuju. Renung-renungkanlah....

Wallahualam...

Tindakan Tegas Bagi Syarikat Gagal Daftar GST

13 Jamadil Awal 1436

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap syarikat yang masih belum mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) bulan depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata 5,000 pegawai dan anggota JKDM akan melakukan Ops Khas CBP bagi mengesan syarikat yang gagal berbuat demikian.

"Pegawai dan anggota kastam ini akan turun padang menjejaki syarikat yang masih degil, dan mengambil tindakan terhadap pemilik syarikat berkenaan.

"Setakat ini, berdasarkan rekod yang kami ada... sebanyak 345,965 syarikat sudah berdaftar dengan JKDM sehingga semalam... kita percaya lebih banyak syarikat tampil mendaftar dengan kami sebelum 15 Mac ini," katanya menerusi berita dipetik dari BERNAMA.

Sumber : Dipetik dari BERNAMA

Ahad, 1 Mac 2015

1MDB Raih Untung US$488 Juta Menerusi Usahasama Dengan PetroSaudi

10 Jamadil Awal 1436

1Malaysia Development Bhd (1MDB) menerima balik pelaburan penuh dengan keuntungan sebanyak US$488 juta (US$1=RM3.603) daripada rakan kongsinya PetroSaudi International sepert yang dilaporkan oleh BERNAMA.

"Fakta ini dan semua butiran berkaitan transaksi tersebut boleh disahkan dengan merujuk akaun kami yang sudah diaudit, yang boleh diperoleh di laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda menerusi satu kenyataan hari ini.

1MDB menamatkan hubungan usaha sama itu pada 2012.

Arul Kanda berkata 1MDB, maklum terhadap dakwaan tertentu yang dilaporkan oleh portal media dalam talian membabitkan aturan perniagaan yang disertai 1MDB dengan PetroSaudi International.

1MDB, syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, memacu inisiatif pasaran bagi membantu mentransformasi Malaysia sebagai ekonomi yang berkembang maju - sangat kompetitif, terangkum dan mampan.

Dipetik dari : BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...