11 Syaaban 1435
Pihak-pihak yang tertentu diminta tidak menjadikan kes penyeludupan pelbagai barangan subsidi ke luar negara sebagai alasan untuk mengurangkan atau menghapuskan barangan subsidi. Kemakmuran negara ini seharusnya dibenarkan terus dinikmati oleh rakyat negara ini, walaupun ada dalang yang mengaut keuntungan disebabkan perbezaan harga di antara sempadan negara.
Yang perlu dibenteras ialah dalang penyeludupan dan bukannya dimangsakan kepada rakyat Malaysia dengan menghapuskan subsidi bagi menyelesaikan masalah penyeludupan. Jika kakitangan ataupun pihak pengurusan pihak berkuasa tak mahu bekerja keras atau pening kepala, letak jawatan dan beri peluang kepada orang lain mengambil tanggungjawab berkenaan. Jangan jadikan rakyat terus sebagai mangsa keadaan .
Wallahualam
Pages
top_rightads
Ahad, 8 Jun 2014
Jumaat, 6 Jun 2014
TM Meterai Perjanjian Dengan Everly Group Sediakan Penyelesaian Hiburan Hospitaliti
9 Syaaban 1435
PUTRAJAYA, 6 Jun , 2014-Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini memeterai perjanjian dengan Everly Group untuk menyediakan penyelesaian hiburan hospitalitinya, menjadikan kumpulan itu rantaian hotel pertama melanggan perkhidmatan tersebut.
Mengikut perjanjian itu, lapan hotel di bawah Everly Group Everly Hotel Putrajaya; Parkcity Everly Hotel Bintulu dan Parkcity Everly Hotel Miri di Sarawak; Everly Resort Hotel, Melaka; Prescott Hotel Kuala Lumpur, Medan Tuanku; Prescott Hotel Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur; Prescott Hotel Kajang dan Prescott Hotel Klang di Selangor boleh menikmati penyelesaian jalur lebar dalam bangunan (IBS), HyppTV dan perkhidmatan pusat panggilan.
Naib Presiden Eksekutif TM bagi PKS, Azizi A. Hadi, berkata perjanjian itu menunjukkan perubahan ketara bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia yang terlibat dalam industri hospitaliti.
Berita lanjut: BERNAMA

Khamis, 5 Jun 2014
Peraturan Perniagaan Produk Halal Dalam Perniagaan Perlu Diwujudkan?
7 Syaaban 1435
Isu halal terhadap beberapa produk keluaran sebuah syarikat ternama baru-baru ini telah menggemparkan negara. Ianya telah menimbulkan pelbagai polemik di kalangan masyarakat Islam di Malaysia terutama dari segi kepenggunaan.
Namun begitu, satu isu yang perlu diberi perhatian juga ialah dari sudut sektor perniagaan di mana timbulnya kerugian yang ditanggung oleh pengusaha kecil dan sederhana yang menjalankan perniagaan runcit. Apa nak jadi dengan stok-stok yang telah dibeli daripada pembekal? Siapakah yang akan menanggung kerugian? Adakah terdapat akta-akta atau badan yang tertentu yang mengawas bagi membolehkan barangan tersebut dipulangkan jika ada keraguan dikalangan penjual itu sendiri tanpa melalui proses tribunal?
Bagi pihak pengeluar pula mereka boleh tutup mata kerana ujian kedua menunjukkan bahawa produk tersebut tidak tercemar dengan kandungan tidak halal. Secara ironinya para peniaga kecil-kecilan masih sukar menyakinkan pembeli untuk terus membeli produk berkenaan atau peniaga masih keberatan menjual semula produk berkenaan bagi mengelakkan kejian daripada para pelanggan yang masih belum yakin.
Kita berharap agar isu seperti ini turut diberi perhatian dengan memperkenalkan badan seperti suruhanjaya bagi menguatkuasakan akta-akta tambahan bagi menjaga kepentingan peniaga-peniaga kecil dengan lebih mudah. Walaupun tindakan mahkamah boleh diambil, namun ianya agak sukar bagi syarikat kecil untuk mengeluarkan belanja yang besar bagi menuntut kerugian yang agak kecil jika dibandingkan dengan perbelanjaan guaman yang perlu dikeluarkan.
Wallahualam
@myIktisad

Isnin, 28 April 2014
Catuan Air Menjejaskan Sektor Perniagaan
28 Jamadil Akhir 1435
Kerajaan Negeri Selangor diharapkan agar dapat mengkaji semula langkah catuan air di Lembah Kelang. Keadaan cuaca yang boleh setiap hari di lihat menurunkan hujan , sepatutnya bakal memungkinkan keputusan catuan air dihentikan buat seketika. Adalah tidak masuk akal jika kita mahu menunggu air dalam empangan penuh terlebih dahulu sebelum catuan dihentikan. Ini kerana, air yang dibiarkan akan kering juga di empangan disebabkan proses permeluapan dan sebagainya. Ini kerana, sungai-sungai juga sepatutnya terus mengalirkan air dalam keadaan cuaca hujan dan lembab seperti yang berlaku pada masa sekarang.
Penggunaan air lombong perlulah dilihat sebagai pilihan yang terakhir dibuat oleh kerajaan negeri, jika air di empangan dilihat terus susut ke paras yang amat kritikal. Ini penting kerana catuan air bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup masyarakat, bahkan ianya menyebabkan kerugian kepada sektor perniagaan.

Sabtu, 29 Mac 2014
TM Kuasai 57 Peratus P1
27 Jamadil Akhir 1435
Telekom Malaysia Berhad ("TM") telah memeterai perjanjian bersama Green
Packet Berhad ("Green Packet") dan SK Telecom
Co, Ltd ("SK Telecom") untuk bekerjasama
dalam pembangunan infrastruktur LTE generasi akan datang di Malaysia.Perjanjian
ini ini akan memperlihatkan TM muncul
sebagai 57% pemegang saham utama dalam
Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd ("P1").
Perjanjian itu akan mewujudkan rangka kerja perkongsian
bagi ketiga-tiga pihak untuk berkongsi dalam pemilikan dan bekerjasama dalam pertumbuhan
masa depan P1, pembekal WiMAX terkemuka di Malaysia. Pihak-pihak yang terlibat akan
berusaha untuk memanfaatkan teknologi LTE untuk menyampaikan data yang
berkualiti tinggi dan boleh dipercayai serta perkhidmatan yang merentasi kesesemua segmen pasaran.
Sumber: Bursa Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)