Pages
top_rightads
Ahad, 7 Oktober 2012
Rangkaian Sukan ASTRO Kini Mula Disaingi
myBancik: Hypp TV Perkenal Dua Saluran Sukan Untuk Pelanggan...: 21 Zulkaedah 1433 KUALA LUMPUR, 6 Okt,201- Pelanggan HyppTV, perkhidmatan televisyen berbayar Telekom Malaysia Bhd (TM), kini boleh menik...
Sabtu, 6 Oktober 2012
Genneva Malaysia Disiasat
21 Zulkaedah 1433
KUALA LUMPUR, 5 Okt , 2012- Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya disiasat agensi penguatkuasa berkenaan bagi kesalahan yang disyaki, yang termasuk pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.
Dalam satu kenyataan Jumaat, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kesalahan lain yang disyaki termasuk pengelakan cukai, penerangan palsu termasuk salah pernyataan, pelantikan ejen tanpa lesen dan kegagalan menyerahkan dokumen berkanun.
Serbuan bersama dijalankan pada 1 Okt di beberapa premis Genneva Malaysia serta di kediaman pengarah syarikat itu oleh Polis DiRaja Malaysia, BNM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia, katanya.
Ia berkata aset dan dokumen syarikat berkenaan yang disita semasa serbuan itu akan disimpan bagi maksud memudahkan penyiasatan.
Maklumat lanjut : BERNAMA

BNM Serbu Pageantry Gold, Caesar Gold Dan Worldwide Far East
21 Zulkaedah 1433
KUALA LUMPUR, 5 Okt, 2012- Serbuan bersama telah dijalankan hari ini ke atas Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd oleh Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Bank pusat itu berkata ketiga-tiga perniagaan itu disyaki melakukan kesalahan seperti mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelakkan cukai, memberikan deskripsi palsu termasuk gambaran yang salah dan melantik ejen tanpa lesen.

Khamis, 4 Oktober 2012
Ratusan Ribu Pekerja Di Indonesia Adakan Mogok Sehari
18 Zulkaedah 1433
JAKARTA, 3 Okt , 2012- Ratusan ribu pekerja di seluruh Indonesia mengadakan mogok sehari pada Rabu bagi menuntut upah lebih tinggi dan membantah pengambilan pekerja secara kontrak di bawah sistem 'outsourcing' (penyumberan luar).
Mereka mengadakan demonstrasi serentak di beberapa tempat penting di seluruh negara bagi menyokong tuntutan itu.
Dalam mogok nasional yang digerakkan Persekutuan Kesatuan Sekerja Indonesia (KSPI) itu, pekerja menyenaraikan tiga tuntutan kepada kerajaan iaitu menghentikan sistem perkhidmatan kerja secara kontrak, menaikkan upah pekerja dan memberi jaminan kesihatan kepada pekerja.
Mereka turut mengancam untuk mengadakan demonstrasi lebih besar jika tuntutan terbabit tidak dipenuhi.
Tindakan mogok dan beberapa tunjuk perasaan itu yang bermula pukul 7 pagi hingga 4 petang,turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan di Indonesia sehingga ada kawasan yang lumpuh sama sekali.
Maklumat lanjut: BERNAMA

Selasa, 2 Oktober 2012
Firefly Berpeluang Jadi Saingan Utama Air Asia
17 Zulkaedah 1433
PETALING JAYA, 1 Okt , 2012- Malaysia Airlines (MAS) tidak membatalkan rancangan menjadikan syarikat penerbangan Firefly sebuah penerbangan kos rendah, kata ketua pegawai eksekutif kumpulan Ahmad Jauhari Yahya.
"Buat masa sekarang, kami mempunyai rancangan dan rancangan kami ialah untuk Firefly mengendalikan pesawat turbo prop dan MAS akan mengendalikan operasi jet," katanya kepada pemberita di majlis sambutan ulang tahun MAS ke-40.
Maklumat lanjut : BERNAMA
Langgan:
Catatan (Atom)