Bursa Malaysia

top_rightads

Thursday, February 21, 2019

Banyakkan Bekerja & Kurangkan Berpolitik atau Berpolemik

16 Jamadil Akhir 1440H

Situasi berpolitik dan berpolimik di negara ini dilihat masih tidak berkesudahan.Walaupun 10 bulan PRU telah berlalu, serangan politik masih rancak berlaku di kalangan parti politik. Jika situasi ini terus berlanjutan, dikhuathiri produktiviti dikalangan rakyat akan terus terjejas.

Ini secara tidak langsung juga akan mengurangkan produktiviti negara.Jika rakyat mengeluh kenaikan kos sara hidup, rakyat juga harus berlapang dada bahawa situasi ini turut berpunca daripada mereka. Rakyat seharusnya meneruskan kehidupan seperti biasa, bekerja keras serta terus fokus dalam menjalani kehidupan dan memenuhi amanah yang diberikan di semua peringkat.

Pada masa yang sama, rakyat juga masih boleh memberikan teguran kepada ahli politik, tetapi ianya perlu dilakukan berpada pada tanpa menjejaskan produktiviti. Jika apapun nak dilakukan bab politik ini, tunggulah 4 tahun lagi.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...