23 Rabiulakhir 1433
PETALING JAYA, 15 Mac, 2012 Semua pemegang akaun simpanan berhak untuk mendapatkan penyata akaun simpanan bank pada setiap bulan secara percuma, kata Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia, Datuk N Marimuthu.
Beliau berkata penyata akaun simpanan perlu diberikan kepada pemegang akaun secara percuma tanpa dikenakan sebarang caj disebabkan mereka telah membuka akaun simpanan dan melaburkan duit simpanan kepada pihak bank.
"Tidak wajar pihak bank mengenakan caj yang tidak relevan kepada pemegang akaun bagi mendapatkan penyata bulanan kerana ia penting untuk mereka mengetahui aliran keluar masuk wang di dalam akaun simpanan.
"Apa yang lebih mengejutkan adalah terdapat bank yang mengenakan caj RM2 hingga RM15 bagi setiap muka surat penyata bulanan sekiranya pemegang ingin mendapatkannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen "Hak Mendapatkan Penyata Simpanan Saya" di sini hari ini.
Marimuthu berkata walupun penyata bulanan boleh dilihat oleh pemegang akaun secara online, beliau berpendapat sistem dokumentasi adalah lebih penting terutamanya melibatkan wang simpanan setiap pemegang.
Sumber- BERNAMA
No comments:
Post a Comment