top_rightads

Rabu, 31 Januari 2018

Mobile@Unifi Cetus Fenomena Baru Di Malaysia

14 Jamadilawal 1439

Pelancaran pelan terbaru perkhidmatan prabayar selular oleh TM baru baru ini telah mencetuskan fenomena baru di kalangan pengguna di dalam sektor telekomunikasi negara. Difahamkan rata rata pelanggan telah beratur panjang untuk mendapatkan  kad sim secara percuma di kebanyakan TMPoint di Lembah Kelang dan di beberapa bandar utama di Malaysia.Sebanyak 1 juta simkad ditawarkan secara percuma dalam tempoh tertentu sahaja yang juga menawarkan kuota jalur lebar yang sukar ditolak.Setiap individu adalah layak dan berpeluanh untuk memohon sehingga 5 nombor talian.

Menurut sumber, sebanyak 250ribu kad sim telah direbut dalam tempoh beberapa hari sahaja selepas pelan ini dilancarkan. Kepada sesiapa yang masih belum melanggan, jangan ketinggalan dapatkan perkhidmatan percuma ini, yang jarang ditawarkan oleh mana mana pihak terutama di ketika suasana kos sara hidup dalam situasi keadaan yang tinggi dan tidak menentu.

Wallahualam

Ahad, 21 Januari 2018

GLC Perlu Lebih Fokus Perniagaan Teras

4 Jamadil Awal 1439

Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu lebih focus dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat berbanding dengan langkah memasuki pasaran yang bukan teras dan bersaing dengan GLC yang lain.Ini berikutan cadangan sebuah syarikat pembekal tenaga yang bercadang memasuki pasaran jalur lebar.

Sepatutnya syarikat berkenaan perlu mencari jalan menurunkan kadar tarif elektrik dan bukannya memasuki pasaran jalur lebar yang tarifnya sentiasa turun saban tahun. Ini bagi mengelakkan syarikat jalur lebar berkenaan bertindak balas dengan memasuki sektor tenaga pula dengan alasan mengoptimakan saluran "manhole" yang ada di seluruh negara. Kalau ini berlaku, ianya bakal mewujudkan pembaziran sumber di antara GLC.

Wallahualam

Sabtu, 16 Disember 2017

Sektor Automotif Negara Perlulah Berorientasikan Eksport

27 Rabiulawal 1439

Sektor automotif negara perlulah berorientasikan eksport berbanding hanya tertumpu kepada pasaran domestik semata mata. Ini termasuklah mengeksport ke pasaran besar seperti di China yang mana syarikat automotifnya telah memegang 49 % ekuiti syarikat automotif tempatan baru baru ini. Jika ini tidak dilakukan maka semangat membenarkan pengambilalihan itu akan dilihat sia sia dan ianya bakal melibatkan pengaliran luar wang negara jika model model dari negara China pula yang dibawa masuk.

Semakin banyak kereta kereta keluaran tempatan yang boleh diekport, maka semakin banyak hasil dapat diperolehi oleh negara dan rakyat Malaysia bakal memperolehi manfaat dalam jangkamasa panjang dan semakin banyak peluang pekerjaan dapat dihasilkan.Oleh yang demikian adalah penting bagi pihak pengeluar lebih mensasarkan pasaran asing bagi memastikan sektor utomatif negara terus berkembang dan kekal berdaya saing.







Sabtu, 28 Oktober 2017

Amalkan Belanjawan Berimbang

8 Safar 1439

Rakyat digesa untuk mengamalkan belanjawan atau bajet berimbang bagi mengurangkan tekanan hidup lebih lebih lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. Belanjawan berimbang adalah merujuk kepada suatu pelan atau perancangan yang dilakukan bagi mengatur perbelanjaan urusan kehidupan yang mana jumlah anggaran perbelanjaannya  akan menyamai dengan jumlah pendapatan yang diterima.

Namun begitu perbelanjaan yang berbentuk pelaburan dan pendidikan boleh dipertimbangkan untuk dibuat pinjaman. Dengan kata lain, setiap perbelanjaan yang dibuat adalah mengikut kemampuan masing masing. Jika ini dapat dilakukan, tidak mustahil tekanan kos sara hidup dapat diuruskan dengan baik.

Wallahualam

Sabtu, 21 Oktober 2017

Bitcoin : Membuktikan Penggunaan Matawang Dinar & Dirham Boleh Dilaksanakan

1 Safar 1439

Populariti bitcoin di alam siber yang semakin meningkat sekarang ini telah membuktikan bahawa penggunaan matawang dinar dan dirham juga mampu direaliasiskan kembali jika ada kemahuan di kalangan umat islam. Bitcoin secara ringkasnya ialah sejenis matawang digital yang sekarang ini begitu popular dikalangan warga pengguna internet pada masa kini di seluruh dunia.

Namun begitu tidak banyak negara yang mengiktiraf matawang ini termasuk Bank Negara Malaysia yang menolak untuk mengiktiraf matawang berkenaan melalui kenyataan yang telah dikeluarkan baru baru ini. Apa yang boleh dipelajari kali ini ialah perlaksanaan matawang dinar dan dirham boleh juga dilakukan dengan menggunakan kaedah yang sama.Cuma ianya bergantung kepada keazaman umat Islam sendiri untuk melaksanakannya atau kekal status quo masing masing.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...