top_rightads

Khamis, 18 Februari 2016

Ekonomi Malaysia Bakal Berdepan Persekitaran Operasi Mencabar

8 Jamadil Awal 1438

 Bank Negara Malaysia (BNM). mengunjurkan bahawa ekonomi Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2015, dijangka berdepan persekitaran operasi mencabar dalam tempoh terdekat,

"Risiko pertumbuhan lemah, bagaimanapun kekal, memandangkan keadaan tidak menentu berterusan dalam persekitaran luaran dan pembaharuan berterusan dalam ekonomi domestik," kata bank pusat dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Walaupun permintaan domestik akan masih memacu pertumbuhan dengan sokongan daripada eksport bersih, BNM berkata, kadar pengembangan permintaan domestik dijangka sederhana.
Selain itu,  pertumbuhan pendapatan dan pekerjaan akan terus menyokong penggunaan swasta, walaupun sederhana, apabila isi rumah terus membuat penyesuaian dengan kos hidup yang meningkat.

Sementara itu, pelaburan swasta diunjur lebih rendah daripada trend jangka panjangnya, namun akan terus disokong oleh perbelanjaan modal dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, serta pelaksanaan projek prasarana.

Sumber dari :BERNAMA

Ahad, 14 Februari 2016

Kemasukan Berlebihan Pekerja Asing Ancam Ekonomi Negara

4 Jamadil Awal 1438

Kemasukan secara belebihan pekerja asing ke Malaysia bakal memberikan implikasi yang buruk kepada ekonomi negara. Ianya bakal mengalirkan keluar lebih banyak wang dan seterusnya memberi tekanan yang berterusan terhadap ringgit.

Selain daripada itu rakyat pula terpaksa bersaing mendapatkan pekerjaan dan semestinya akan kalah kerana warga asing tidak tertakluk kepada pembayaran gaji minimum berbanding pekerja asing. Ini akan menggalakkan majikan mengutamakan pekerja asing bagi mengurangkan kos buruh.

Keadaan ini bakal menyebabkan kadar pengangguran dikalangan rakyat Malaysia akan bertambah disebabkan polisi dasar gaji minimum pekerja tempatan  dan kadar levi dan gaji yang rendah terdapat pada pekerja asing. Sehubungan dengan itu kerajaan digesa menaikkan levi pekerja asing agar kerajaan dapat meningkatkan pendapatan negara disampimg mewujudkan persaingan buruh yang sihat di negara ini.Wallahualam

Ahad, 20 Disember 2015

Kesan Ekonomi Semasa : Jangan Pandang Remeh Keluhan Rakyat

9 Rabiul Awal 1437

Pihak-pihak tertentu digesa tidak memandang remeh terhadap keluhan sesetengah kalangan rakyat akan kesan ekonomi semasa terhadap kehidupan mereka. Memang betul, masih ramai dikalangan rakyat yang masih mampu melancong ke luar negara, tetapi masih terlalu ramai juga yang masih pening kepala hendak memenuhi keperluan asas terutama pada sesi persekolahan yang bakal dibuka.

Jika dilihat suasana sekarang, kita boleh lihat perbezaan di mana suasana pembelian pada akhir tahun nampak semakin suram jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.Bazar-bazar penjualan barang keperluan sekolah masih suram sedangkan sesi persekolahan sudah hampir tiba. Namun , para peniaga berharap agar suasana bakal berubah ketika pada masa tempoh pembayaran gaji yang bakal menjelma bermula minggu hadapan.

Kesimpulannya, pihak berkuasa, orang politik dan pencacai politik digesa tidak mudah syok sendiri dan berada dalam zon selesa dalam melihat pandangan rakyat terhadap kepimpinan mereka. apa yang perlu dibuat, dengar, dengar dan dengar keluhan semasa rakyat . Jikalau tak mampu menyelesaikan masalah, mendengar masalahpun dah cukup baik pada masa sekarang.

Wallahualam

Harga Minyak Turun Bawah USD 35

8 Rabiul Awal 1437

Harga minyak mentah kini jatuh di paras di bawah USD 35. Indek WTI menunjukkan bahawa harga minyak kini berada pada USD 34.73 setong.


Isnin, 14 Disember 2015

Kerajaan Digesa Umumkan Pelan Pulihkan Nilai Ringgit

2 Rabiul Awal 1437

Kerajaan diminta menggariskan langkah-langkah bagi memulihkan nilai ringgit pada kadar yang lebih munasabah. Ini bagi membolehkan ringgit dinilai pada kadar yang sewajarnya dan bukannya berdasarkan spekulasi semata-mata.

Kedudukan nilai ringgit yang rendah bakal mengurangkan kuasa beli negara apabila melakukan perdagangan antarabangsa. Negara terpaksa menawarkan kuantiti yang banyak jika hendak melakukan eksport bagi mendapatkan sejumlah pendapatan yang tertentu befrbanding sebelum ini.

Para ahli politik juga digesa tidak mudah mengalihkan isu dari fakta yang sebenar. Jika elok katakan elok dan jika sebaliknya, nyatakan dengan jujur agar rakyat memahami dan masalah kita sama-sama atasi bersama. Jika ini dapat dilakukan, sudah tentu kita dapat menyelesaikan masalah ekonomi dengan baik tanpa melibatkan polemik yant tidak berkesudahan.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...