28 Jamadil Akhir 1435
Kerajaan Negeri Selangor diharapkan agar dapat mengkaji semula langkah catuan air di Lembah Kelang. Keadaan cuaca yang boleh setiap hari di lihat menurunkan hujan , sepatutnya bakal memungkinkan keputusan catuan air dihentikan buat seketika. Adalah tidak masuk akal jika kita mahu menunggu air dalam empangan penuh terlebih dahulu sebelum catuan dihentikan. Ini kerana, air yang dibiarkan akan kering juga di empangan disebabkan proses permeluapan dan sebagainya. Ini kerana, sungai-sungai juga sepatutnya terus mengalirkan air dalam keadaan cuaca hujan dan lembab seperti yang berlaku pada masa sekarang.
Penggunaan air lombong perlulah dilihat sebagai pilihan yang terakhir dibuat oleh kerajaan negeri, jika air di empangan dilihat terus susut ke paras yang amat kritikal. Ini penting kerana catuan air bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup masyarakat, bahkan ianya menyebabkan kerugian kepada sektor perniagaan.
Wallahualam
Pages
top_rightads
Isnin, 28 April 2014
Sabtu, 29 Mac 2014
TM Kuasai 57 Peratus P1
27 Jamadil Akhir 1435
Telekom Malaysia Berhad ("TM") telah memeterai perjanjian bersama Green
Packet Berhad ("Green Packet") dan SK Telecom
Co, Ltd ("SK Telecom") untuk bekerjasama
dalam pembangunan infrastruktur LTE generasi akan datang di Malaysia.Perjanjian
ini ini akan memperlihatkan TM muncul
sebagai 57% pemegang saham utama dalam
Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd ("P1").
Perjanjian itu akan mewujudkan rangka kerja perkongsian
bagi ketiga-tiga pihak untuk berkongsi dalam pemilikan dan bekerjasama dalam pertumbuhan
masa depan P1, pembekal WiMAX terkemuka di Malaysia. Pihak-pihak yang terlibat akan
berusaha untuk memanfaatkan teknologi LTE untuk menyampaikan data yang
berkualiti tinggi dan boleh dipercayai serta perkhidmatan yang merentasi kesesemua segmen pasaran.
Sumber: Bursa Malaysia
Ahad, 23 Mac 2014
Umat Islam Perlu Tingkatkan Ekonomi, Kurangkan Berpolitik
21 Jamadil Awal 1434
Umat Islam perlu memburu peluang bagi meningkatkan tahap sosioekonomi umat dan perlu mengurangkan aktiviti berpolitik. Ianya dapat dilakukan dengan cara mempergunakan segala peluang yang ada sama ada di pasaran atau yang telah disediakan oleh dasar-dasar kerajaan sedia ada.
Kita akan terus ketinggalan jika separuh daripada masa kita dibazirkan kepada aktiviti-aktiviti yang tidak produktif, lebih-lebih lagi sebarang aktiviti yang boleh memecah belahkan umat. Sudah sampai masanya kita sama-sama bermuhasabah dan terus melangkah jauh ke hadapan untuk kemaslahatan umat Islam sejagat.

Sabtu, 22 Mac 2014
Cukai Pendapatan Individu Amat Membebankan
20 Jamadil Awal 1434
Baru-baru ini penulis sedang menyiapkan pengisytiharan cukai pendapatan individu melalui sistem online laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia. Seperti biasa apabila dikira melalui sistem berkenaan, jumlah cukai yang dikenakan dilihat amat tinggi dan seolah-olah tidak berbaloi bekerja.
Walaupun pelepasan demi pelepasan dan rebat cuba diambil kira, namun kesan cukai terhadap pendapatan dilihat masih tinggi jika dibandingkan dengan hukuman zakat yang dikenakan ke atas umat Islam.Penulis berpendapat, sudah sampai masanya kerajaan memberi perhatian terhadap sistem zakat yang diwajibkan Allah S.W.T keatas umat Islam kerana kiraan jumlah zakat yang dikenakan adalah jauh lebih rendah berbanding dengan cukai ciptaan Manusia.
Jika bermasalah dengan pendapatan negara, sudah tiba masanya cara lain digunapakai bagi menampung perbelanjaan negara daripada hanya mengambil daripada rakyat jelata. Jika ini dapat dilakukan ini akan dapat meningkatkan tahap sosio ekonomi umat Islam.

Sabtu, 1 Mac 2014
BR1M 2.0: Bersyukurlah
29 RabiulAkhir 1434
Rakyat Malaysia tak kira pelbagai latar belakang yang mendapat imbuhan Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M 2.0) perlu bersyukur dengan apa yang mereka terima. Ini adalah kerana ada ramai lagi di kalangan masyarakat yang terdiri daripada mereka yang tidak layak, tidak berpeluang menerima bantuan berkenaan.
Sama ada ianya memadai atau tidak, sama ada berbaloi atau sebaliknya, ianya adalah perkara yang kedua. Apa yang penting, terima dan ucapkanlah Alhamdulillah, syukur kepada Maha pencipta atas kurnianNya. Jika kita bersyukur, inshaAllah, akan datang lagi lebih banyak nikmat kepada kita.

Langgan:
Catatan (Atom)