top_rightads

Jumaat, 30 November 2012

TM Catat Hasil RM 7.2 Bilion

16 Muharram 1434


Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini mengumumkan telah merekodkan hasil sebanyak RM7.2 bilion  yang dicatatkan bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2012 berbanding RM6.7 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.Perestasi yang lebih baik telah dicapai atas sebab momentum berterusan merentasi semua produk utama iaitu Internet dan Multimedia, Data dan lain-lain barisan produk perkhidmatan telekomunikasi.

Sumber : BURSA MALAYSIA

Proton Sasar Jual 250 Model Satria Neo R3 Baharu Sebulan

16 Muharram 1434

SHAH ALAM, 29 November 2012- Proton Holdings Bhd menyasar untuk menjual 250 model Satria Neo R3nya yang baru dilancarkan, lanjutan daripada model Satria Neo CPS dalam sebulan, kata Pengerusi Eksekutif Datuk Seri Mohd Khamil Jamil Khamis.

Dengan harga yang lebih rendah berbanding versi Satria Neo sebelumnya, model baharu ini dijangka mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan, kata beliau.
"Terdapat sambutan hebat untuk R3 (model). Saya rasa kereta pada RM64,000 adalah benar-benar hebat.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Untung Petronas Merosot

16 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 29 November 2012- Keuntungan sebelum cukai Petronas susut 5.7 peratus bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir pada 30 Sept, 2012 kepada RM73.9 bilion daripada RM78.4 bilion.

Syarikat minyak dan gas negara itu bagaimanapun mencatatkan pertumbuhan perolehan sebanyak 1.8 peratus kepada RM214.2 bilion berbanding RM210.4 bilion setahun lalu.
 Semasa mengumumkan keputusan kewangan berkenaan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata prestasi tahun ini sehingga kini terjejas oleh cabaran operasi.

"Keuntungan yang lebih rendah berdasarkan cabaran operasi, termasuk geopolitik dan terutamanya di Sudan, dengan keuntungan yang lebih rendah pelupusan pelaburan," kata beliau.

Maklumat lanjutBERNAMA

Saham MAS Kini Patuhi Syariah SC

16 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 29 November 2012- Felda Global Ventures, Gas Malaysia, IHH Healthcare, Malaysian Airline System dan Oldtown merupakan antara 13 yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti yang mematuhi Syariah yang disenaraikan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

SC Khamis mengeluarkan senarai terkini sekuriti yang mematuhi Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS). Senarai terkini berkenaan, yang akan berkuat kuasa pada 30 Nov, 2012, mempunyai 817 sekuriti yang mematuhi Syariah.

Kaunter-kaunter berkenaan merupakan 89 peratus daripada jumlah 923 sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia, demikian menurut SC dalam satu kenyataan hari ini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Nilai Bersih 40 Orang Kaya Indonesia Meningkat Lebih 4 Peratus Kepada US$88.6 Bilion

16 Muharram 1434

SINGAPURA, 29 November 2012- Nilai bersih 40 orang paling kaya di Indonesia secara kolektif berjumlah US$88.6 bilion, naik lebih empat peratus daripada tahun lepas, demikian menurut Senarai Orang Kaya Indonesia terbaharu yang dikeluarkan oleh Forbes.

Forbes berkata peningkatan kelas pertengahan Indonesia membantu meningkatkan kekayaan penduduk terkaya negara itu, manakala penurunan permintaan arang batu mengurangkan kekayaan beberapa taikun lain.

Dua bersaudara R. Budi dan Michael Hartono mengekalkan kedudukan teratas dalam senarai dengan kekayaan berjumlah US$15 bilion. Eka Tjipta Widjaja berada di kedudukan nombor dua dengan kekayaan berjumlah US$7.7 bilion, turun US$300 juta daripada tahun lepas. Manakala Susilo Wonowidjojo berada di senarai ketiga dan merupakan orang yang paling rugi pada tahun ini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...