top_rightads

Rabu, 30 Mei 2012

EBITDA Suku Pertama TM Naik 7.1 Peratus Kepada RM782.6 Juta

10 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 30 Mei ,2012- Telekom Malaysia Bhd (TM) pada Rabu mengumumkan bahawa Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Penyusutan dan Pelunasannya (EBITDA) berkembang 7.1 peratus kepada RM782.6 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2012 berbanding RM730.9 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama 2011.

Katanya kenaikan itu dicapai berikutan perolehan operasi yang lebih tinggi. Perolehan kumpulan itu meningkat 11 peratus kepada RM2.384 bilion.

Pertumbuhan itu sebahagian besarnya adalah berikutan pertumbuhan positif dari kesemua produk utama, iaitu internet dan multimedia, data, suara dan perkhidmatan berkaitan telekomunikasi yang lain.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Selasa, 29 Mei 2012

Pengumuman Insentif Cukai: 100 Syarikat Disasar Sertai SL1M

9 Rejab 1433

MELAKA, 29 Mei , 2012- Kira-kira 100 syarikat disasar menyertai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) menjelang akhir tahun ini berikutan pengumuman insentif potongan cukai berganda oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata insentif itu dapat memberi galakan kepada syarikat sedia ada dan syarikat lain membantu graduan menganggur memperoleh pekerjaan.

Beliau berkata, pada masa ini, 49 syarikat kebanyakannya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah menyertai SL1M secara tanggung jawab sosial.

"Ini bermakna setiap RM1 yang dibelanjakan pihak syarikat dalam SL1M selepas ini akan mendapat potongan cukai RM2," katanya kepada pemberita selepas majlis graduasi pelatih SL1M - Telekom Malaysia Berhad (TM) di Universiti Multimedia di sini hari ini.

Seramai 202 graduan kohort dua yang menjalani latihan kemahiran insaniah selama dua bulan dijalankan TM menerima sijil masing-masing pada majlis tersebut.

maklumat lanjut : BERNAMA

Pembiayaan RM9 Bilion, Bukti Keyakinan Terhadap Malaysia Airlines

9 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 29 Mei, 2012- Cadangan mengumpul dana RM9 bilion yang diumumkan oleh Malaysia Airlines (MAS) minggu lepas adalah bukti keyakinan sistem kewangan Malaysia terhadap masa depan syarikat penerbangan itu, kata seorang pakar ekonomi terkemuka pada Selasa.

Dr Yeah Kim Leng, Ketua Pakar Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd berkata MAS tidak akan berdepan masalah mendapatkan pembiayaan kerana kedua-dua pasaran perbankan dan modal Malaysia sebenarnya dibanjiri dengan mudah tunai.

Beliau berkata Malaysia mempunyai lebihan mudah tunai dan simpanan tinggi dan kedua-dua kerajaan dan sektor swasta ketika ini tidak berdepan masalah mengumpul dana dalam pasaran.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Zahwan Buktikan Kerja Keras Perlu Untuk Memajukan Syarikat Bumiputera

9 Safar 1433

KUALA LUMPUR, 29 Mei, 2012- Mohd Zahwan Mohd Sabri, 40, bukanlah berasal dari keluarga yang berada, namun didikan dan kerja keras serta minat keluarga terhadap bidang perniagaan, menjadikan beliau usahawan tegar.

Kini beliau memberi tumpuan terhadap syarikat percetakannya untuk menjadi antara 10 peniagaan utama Bumiputera di Lembah Klang menjelang 2015.

Mohd Zahwan terlibat dalam percetakan digital, bidang yang sangat kompetitif yang memerlukan beliau sentiasa meningkatkan pengetahuan dan peralatan untuk terus bertahan dalam perniagaan berkenaan.

Menerusi modal sendiri dan keluarga sebanyak RM50,000, beliau menubuhkan Banter FX Sdn Bhd di kawasan Brickfields pada 2003, dan sejak itu, Mohd Zahwan menyaksikan syarikatnya berkembang kukuh hasil ketekunan dan kerja kerasnya.

Mohd Zahwan memilih "Banter" yang bermaksud cepat, pantas dan segera dalam bahasa Jawa, dan itulah yang ditawarkan oleh syarikatnya.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Isnin, 28 Mei 2012

Proton Gantung Jawatan CEO Lotus Dany Bahar

8 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 28 Mei, 2102 - Proton Holdings Bhd hari ini mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif Group Lotus plc Dany Bahar digantung sementara daripada jawatan itu bagi memudahkan siasatan terhadap aduan perlakuannya yang dibuat oleh syarikat induk utama, DRB-HICOM Bhd.

Semasa ketiadaan Bahar, Datuk Lukman Ibrahim, Mohd Khalid Yusof dan Aslam Farikullah, wakil syarikat induk Lotus, diberikan kuasa oleh lembaga pengarah Group Lotus plc mengendalikan dan mengurus urusan pentadbiran harian Lotus Group.

Maklumat lanjut : BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...