top_rightads

Isnin, 26 Februari 2024

Kejatuhan Nilai Ringgit: Kerajaan Perlu Bersedia Mendengar Pendapat Rakyat

 16 Syaaban 1445

Kerajaan Malaysia disaran untuk mendengar dengan serius pendapat dan keluhan rakyat dalam menghadapi situasi kejatuhan matawang ringgit yang terus berlaku sehingga kini. Para menteri harus berlapang dada dengan menerima hakikat bahawa tiada siapa lagi yang  boleh mendabik dada bahawa hanya formula mereka sahaja yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah kejatuhan ringgit.

Ini adalah kerana semakin ramai rakyat makin celik ekonomi, dan mereka tidak sanggup melihat masalah ini berterusan, kerana ianya akan terus menjejaskan ekosistem ekonomi negara. Lebih membimbangkan, harga komoditi tidak juga meningkat walaupun nilai matawang semakin lemah, di mana pertumbuhan eksport dilihat kurang memberangsangkan.

Saya yakin dan percaya, rakyat pun tak lagi berminat melihat perubahan pucuk pimpinan negara, tetapi mereka mengharapkan usaha serius pihak yang diberikan amanah untuk menyelesaikan setiap masalah yang timbul di negara yang tercinta ini.

Wallahualam.

Isnin, 13 Mac 2023

Guna Simpanan KWSP Cagar Hutang : Ibarat Gali Lubang Tutup Lubang

 20 Syaaban 1444

Cadangan untuk membenarkan simpanan KWSP digunakan sebagai cagaran untuk membuat hutang, perlu dikaji dengan lebih teliti. Ianya agak tidak masuk akal sekiranya ianya dibenarkan di ketika kadar faedah yang semakin naik, sedangkan pulangan dividen tahunan KWSP dilihat semakin menurun.

Jika langkah ini tidak dibuat secara berhati hati, ianya akan menimbulkan suasana yang kurang baik terhadap kehidupan para pencarum. Ianya mungkin akan dilihat keadaan di mana ibarat gali lubang tutup lubang. Sampai bila isu tersebut tidak akan selesai.


Wallahualam


Berhati hati Dengan Skim Pelaburan di Pasaran

 20 Syaaban 1444

Saya dan masyarakat di luar sana hendaklah berhati hati dengan sebarang skim pelaburan yang menawarkan pelbagai bentuk pulangan yang lumayan. Ini kerana dikhuatiri ada elemen penipuan terhadap skim berkenaan. Sedangkan pelaburan yang berlesen sekalipun kita rasa tertipu dengan prestasi pengurusan dana, inikan pula yang diiklankan secara berleluasa di media social.

Ini kerana, kita sudah tidak mampu lagi menanggung sebarang risiko ke atas rosot nilai pelaburan yang ada. Lebih lebih lagi, kini kita berada di zaman yang penuh pancaroba.


Wallahualam

Selasa, 27 September 2022

Kejatuhan Nilai Ringgit Tidak Akan Dapat Diatasi Hanya Menerusi Pemantauan

 1 Rabiulawwal 1444H

Prestasi nilai matawang ringgit yang mengalami trend kejatuhan berbanding US dollar perlulah ditangani dengan serius dan bukan hanya sekadar mengeluarkan  kenyataan bahawa ianya sedang dipantau oleh Bank Negara Malaysia. Ini kerana krisis seperti ini pernah diuruskan dengan baik oleh Tun Mahathir semasa beliau memegang tampuk pemerintahan.

Langkah menaikkan kadar faedah dilihat tidak akan berkesan kerana kita bersaing dengan kuasa besar yang ekonominya lebih besar dan banyak pelabur berkiblat ke negara berkenaan dengan membeli lebih banyak matawang negara berkenaan. Jika kadar faedah berterusan dinaikkan, ianya akan membunuh perniagaan perniagaan yang menjadikan pinjaman sebagai sumber pembiayaan, manakala pinjaman atau hutang bagi setiap isirumah yang melakukan pinjaman peribadi bagi menampung kenaikan kos akan terus meningkat dan dikhuatiri semakin tidak terkawal.

Jika tak sehaluan politik dengan Tun Mahathir sekalipun, apa salah mencuba kembali kaedah yang pernah digunapakai beliau sekali lagi untuk mencari jalan keluar dari krisis ini.


Wallahualam

Khamis, 7 Julai 2022

Berbelanja Secara Hikmah Di Musim Harga Barang Naik

 7 Zulhijjah 1443

Masyarakat termasuk penulis digesa berbelanja secara lebih berhikmah di masa keadaan suasana kenaikan harga barang sedang meningkat. Ianya lebih ketara apabila berlakunya kenaikan harga bagi bahan mentah utama seperti minyak masak. Maka secara tak langsung ianya akan meningkatkan kos penghasilan barangan yang menggunakan bahan berkenaan dan harga jualan terpaksa juga dinaikkan.

Apa yang mampu dilakukan sekarang ialah sama ada kita mencari produk pengganti ataupun jika terpaksa, kita boleeh mengurangkan kuantiti pembelian. Pada masa yang sama, cuba elakkan jenis pembelian  yang mana kita masih boleh meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa barangan berkenaan. Jika ada rezeki pada masa yang akan datang, inshaAllah kita boleh mendapatkannya semula. Dengan kata lain kita cuba membina kuasa pasaran yang lebih positif.


Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...