top_rightads

Ahad, 12 Ogos 2012

Pengkomputeran Cloud, Perkhidmatan Telepresence Jana Pertumbuhan Vads

23 Ramadhan 1433


KUALA LUMPUR, 9 Ogos, 2012- Vads Bhd, cabang the information communication technology (ICT) dan penyumberan luar proses perniagaan and (BPO) Telekom Malaysia Bhd, menjangka perkhidmatan ICTnya, iaitu pengkomputeran cloud dan perkhidmatan telepresence akan menjana pertumbuhan perniagaannya tahun ini.

"Cabaran bagi perniagaan kami ialah kami berasaskan projek jadi kami harus membuat banyak jualan untuk terus mengalami pertumbuhan, sementara pertumbuhan industri bagi ICT dan BPO adalah kedua-duanya di antara 13 peratus dan 15 peratus. Sasaran kami ialah tidak jauh dari itu," kata ketua pegawai eksekutifnya Ahmad Azhar Yahya kepada wartawan dalam satu lawatan media di sini pada Khamis.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Khamis, 9 Ogos 2012

Rakyat Malaysia Kurang Kesedaran Mengenai Perbezaan Antara Takaful Dan Insurans Konvensional

20 Ramadhan 1433


KUALA LUMPUR, 7 Ogos, 2012- Ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui mengenai pentingnya serta perbezaan antara insurans takaful dan konvensional, kata Zuraidah Hanim Ibrahim, ejen wanita pertama dari Takaful Ikhlas Sdn Bhd yang melepasi paras "Million Dollar Round Table (MDRT)".

Beliau berkata rakyat Malaysia tidak menyedari mengenai perlindungan takaful memandangkan mereka sering tersalah tanggapan mengenai perbezaan antara insurans Islam dan konvensional.

"Hanya 10 peratus daripada penduduk Malaysia mempunyai perlindungan takaful berbanding 42 peratus yang memiliki perlindungan insurans.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Ahad, 5 Ogos 2012

Bajet 2013: Kerajaan Disaran Turunkan Cukai Individu

16 Ramadhan 1433

Kerajaan disaran agar mengurangkan kadar cukai individu memandangkan kadar cukai yang dikenakan sekarang amat membebankan rakyat terutama yang berpendapatan sederhana. Penurunan cukai berkenaan sebaliknya perlu ditampung dengan meningkatkan kecekapan dalam pungutan ke atas syarikat-syarikat korporat yang mengaut untung yang besar dan pandai mengurangkan pembayaran cukai dengan menggunakan akta dan mampu menggaji pakar percukaian.

Sebaliknya, tidak ramai dikalangan rakyat Malaysia yang bijak dalam menguruskan cukai atau tidak mampu membayar pakar cukai bagi meminimakan pembayaran cukai secara individu.Oleh yang demikian mereka terus dibelenggu dengan bebanan cukai pendapatan yang dikenakan ke atas mereka. Sudah sampai masanya kerajaan melihat dengan serius perkara ini pada bajet yang bakal dibentangkan tak lama lagi.

Wallahualam


Pengeluaran KWSP Kekal Pada Usia 55 Bagi Swasta

16 Ramadhan 1433


IPOH, 4 Ogos, 2012 - Usia untuk pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi sektor swasta masih pada 55 tahun, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata kerajaan belum bercadang mengubah peraturan itu pada masa ini, sekalipun usia persaraan untuk pekerja sektor tersebut dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun berkuat kuasa Januari depan.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Dua Penyenaraian Boleh Tingkatkan Rantau Ini Sebagai Blok Modal

16 Ramadhan 1433


SINGAPURA, 3 Ogos,2012- Dua penyenaraian boleh meningkatkan tarikan rantau ini sebagai blok modal yang menyaingi Hong Kong, China dan India, kata Naib Presiden Perkhidmatan Perniagaan Kewangan Asia Pasifik Frost and Sullivan, Sanjay Singh.

Beliau berkata ini boleh memanfaatkan syarikat serantau yang mahu menonjolkan kehadiran antarabangsanya, meningkat/mempelbagai asas pelabur, memperoleh akses kepada modal tambahan selain memiliki kecairan yang lebih baik untuk saham masing-masing.

"Pelabur kini dapat memperoleh akses kepada pasaran di negera-negara ini pada kos transaksi yang lebih rendah. Di peringkat serantau, ini boleh meningkatkan tarikan rantau ini sebagai blok modal," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...