9 Ramadhan 1433
KUALA LUMPUR, 26 Julai, 2012 - Garis Panduan Pembiayaan Bertanggungjawab (RFG) tidak seharusnya terpakai kepada bank-bank perdagangan tetapi juga kepada institusi kewangan lain yang menawarkan pinjaman sama seperti bank, kata seorang peserta tempatan.
Dalam membuat saranan itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Perbankan Konsumer Alliance Bank Malaysia Bhd, Ronnie Lim berkata cadangan tersebut akan membolehkan pertumbuhan pasaran yang mampan.
"Sekiranya RFG adalah untuk memulakan asas mampan bagi pertumbuhan ekonomi dalam tempoh jangka panjang, ia tidak sepatutnya hanya terpakai kepada bank-bank tetapi setiap orang yang menyediakan pembiayaan seumpama ini kepada pengguna," katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Perbankan ASLI 2012, di sini, Khamis.
Beliau berkata pasaran pinjaman peribadi, dengan jumlah tertunggak tahun lepas sebanyak RM28 bilion, agak besar untuk dikongsi di kalangan bank-bank dan organisasi kewangan lain.
Maklumat lanjut :BERNAMA
No comments:
Post a Comment