29 Jamadil Akhir 1437
Harga rumah mampu milik di Malaysia seharusnya dikaji semula, apabila negeri Johor telah meletakkan tanda aras baru iaitu kurang daripada RM 100 ribu seunit.Ini telah membuktikan bahawa harga sekarang yang ditetapkan adalah terlalu tinggi iaitu dianggarkan antara RM250 ribu hingga RM300 ribu seunit.
Jika ini dapat dilakukan, ianya bakal menambahkan kuasa beli rakyat.
Wallahualam
Pages
top_rightads
Selasa, 28 Mac 2017
Sabtu, 25 Mac 2017
Bercita citalah Untuk Menjadi Seorang Pembayar Zakat
26 Jamadilakhir 1437
Setiap umat Islam perlu bercita cita untuk menjadi salah seorang pembayar zakat. Jika ini dapat direalisasikan, inshaAllah umat Islam di seluruh dunia dapat keluar daripada kemelut kemunduran yang melanda mereka.
Jika kita merujuk kepada sirah para sahabat di zaman kegemilangan Islam, kebanyakan daripada para sahabat berusaha sedaya upaya untuk menjadi golongan yang sering menginfakkan harta benda pada jalan yang diredhai Ilahi. Maka tidak hairanlah ianya telah menjadi salah satu daripada kegemilangan Islam pada zaman berkenaan.
Oleh itu, maka bersama-samalah kita berazam untuk menjadi salah seoarang pembayar zakat, bahkan ingin meningkatkan pembayaran zakat pada masa yang akan datang.

Khamis, 11 Ogos 2016
Pendaftaran Simpanan Syariah KWSP Kini Mencecah Lebih 100 Ribu Pencarum
8 Zulkaedah 1437H
Pendaftaran simpanan syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) telah mencecah lebih daripada 100 ribu orang pencarum selepas tiga hari ianya dibuka. Berdasarkan kepada laman web KWSP, purata pendaftaran harian adalah lebih daripada 40000 pencarum pada setiap hari setakat ini.
Sambutan yang baik ini adalah disebabkan kehendak para pencarum yang beragama Islam dalam meningkatkan syiar Islam dalam urusan muamalat.Tambahan pula dana yang disediakan untuk simpanan ini hanya terhad kepada RM100 billion buat masa kini dan ianya berasaskan kepada siapa cepat dia dapat. Ini secara tidak langsung menyebabkan kaunter-kaunter KWSP diserbu oleh orang ramai yang tidak mahu terlepas peluang mendaftar kepada simpanan ini.

Isnin, 8 Ogos 2016
Simpanan Patuh Syariah : Kaunter KWSP Diserbu Pencarum
4 Zulkaedah 1437 H
Kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) di Shah Alam diserbu pencarum hari ini disebabkan hari pertama pendaftaran pertukaran dana simpanan daripada berasaskan konvensional kepada berasaskan syariah.Para pencarum dilihat sejak awal lagi betatur panjang di cawangan KWSP di lokasi baru IDCC Shah Alam.
Kesesakan ini dijangka kerana dana yang ditawarkan adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat.Difahamkan skim yang akan dimulakan pada 1 Januari 2017 hanya diperuntukkan sebanyak RM 100 billon.Penulis mengucapkan tahniah kepada para pencarum yang menunjukkan usaha dalam memperbaiki unsur patuh syariah dalam menguruskan pelaburan mereka.
Wallahualan

Rabu, 4 Mei 2016
Jangan Jadi Hamba Kepada KPI
26 Rejab 1437
Para ahli politik, cendiakawan, teknokrat, korporat serta lain-lain golongan profesional digesa tidak terlalu menjadikan Indeks Penilaian Perestasi atau "Key Performance Indicators-KPI" sebagai tujuan utama di dalam urusan harian mereka. Sebaliknya mereka tidak sepatutnya mengabaikan aspek-aspek lain yang sebenarnya boleh memberi keseimbangan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ini adalah kerana, ada segelintir daripada kita yang terlalu mementingkan KPI masing-masing dan tidak mengambil tahu akan nasib golongan-golongan lain sekeliling mereka.
Mereka ini seolah-olah menjadi hamba kepada KPI dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan KPI yang ditetapkan ke atas mereka dicapai dan mereka bakal mendapat ganjaran yang dijanjikan. Lebih malang lagi, jika KPI yang dirangka sebenarnya tidak mempunyai kualiti atau menggambarkan suasana sebenar dalam mereliasasikan strategi sesebuah organisasi. Sebagai contoh, ada penyedia perkhidman tertentu yang sering mencapai KPI mereka setiap tahun, namun para pelanggan rata-rata masih merungut dengan perkhidmatan mereka, Contoh lain ialah, rata-rata para pekerja sesebuah syarikat mencapai KPI mereka, namun syarikat secara keseluruhan berada dalam keadaan kerugian.
Apa yang perlu kita sedari bahawa KPI sepatutnya hanya perlu dijadikan sebagai salah satu alat untuk melonjakkan prestasi kita dalam pelbagai bidang atau tugas yang dipertanggungjawabkan. Namun begitu, ianya tidak seharusnya menyebabkan kita bersikap pentingkan diri sendiri, bersikap "silo mentality" dalam berhubungan sesama rakan sekerja , masyarakat dan bernegara. Jika sikap begini diteruskan, maka tidak mustahil jika masalah-demi masalah akan timbul pada masa akan datang di pelbagai peringkat masyarakat.

Langgan:
Catatan (Atom)