top_rightads

Khamis, 12 Julai 2012

Projek Kajian Bridgestone Berjaya Menyahkod Jujukan Genom Pokok Getah

22 Syaaban 1433

SINGAPURA, 10 Julai,2012- Bridgestone Corporation, Selasa, mengumumkan kejayaannya menyahkod jujukan genom utama Hevea brasiliensis (pokok getah), yang menghasilkan lateks.

Lateks ialah getah asli yang diperlukan untuk pengeluaran tayar dan pelbagai jenis lagi produk getah yang penting.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata kajian penyelidikan itu dilaksanakan bersama Genome Informatics Laboratory di National Institute of Genetics (Mishima City, Wilayah Shizuoka, Jepun).

Maklumat lanjut : BERNAMA

Maxis Akan Keluar Dari India

22 Syaaban 1433


BANGALORE, 11 Julai, 2012- Maxis Bhd mengadakan perbincangan awal untuk menjual unitnya di India, Aircel, dengan bank-bank yang mewakili Sistema Russia, ketika pengendali perkhidmatan telekomunikasi terbesar Malaysia itu "meneliti tawaran".

 Persekitaran dasar dan kawal selia yang tidak menentu dan siasatan ke atas pengasas Maxis, T. Ananda Krishnan, dan pegawai-pegawai tinggi lain di atas dakwaan pembabitan dalam skandal telekomunikasi di India telah mencetuskan tindakan tersebut, demikian lapor The Economic Times.

 "Maxis melihat dirinya sebagai peserta jangka panjang di India, tetapi akan meneliti tawaran, susulan keadaan tidak menentu dalam dasar dan kawal selia.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Rejim Cukai Baharu Indonesia Musnahkan Nilai Minyak Sawit Mentah, Kata MPOC

22 Syaaban 1433


KUALA LUMPUR, 11 Julai ,2012- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) melahirkan kebimbangan bahawa struktur duti Indonesia bagi minyak sawit boleh membawa kepada perlumbaan menawarkan harga lebih rendah yang tidak memberi manfaat kepada industri di Malaysia dan juga Indonesia.

 Indonesia mengenakan cukai eksport 19.5 peratus bagi minyak sawit mentah (MSM) bagi menggalakkan aktiviti hiliran di negara itu manakala Malaysia mengenakan 30 peratus selepas had bebas cukai 3.6 juta tan metrik, menyebabkan ia tidak mempunyai kelebihan.

 "Struktur cukai minyak sawit Indonesia memusnahkan nilai kerana ia membolehkan pengusaha mereka mengurangkan harga," kata Ketua Pegawai Eksekutif MPOC Tan Sri Dr Yusof Basiron.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Sabtu, 7 Julai 2012

Peningktan Permintaan Bagi Penguji Perisian Bantu Rancangan Ekonomi Pendapatan Tinggi

17 Syaaban 1433


KUALA LUMPUR, 7 Julai ,2012- Permintaan yang semakin meningkat bagi jurutera pengujian perisian boleh membantu meletakkan Malaysia sebagai antara peserta khusus utama dalam perniagaan pengujian perisian yang meraih berbilion dolar setahun, kata Presiden Lembaga Pengujian Perisian Malaysia (MSTB), Mastura Abu Samah.

 Jurutera pengujian perisian biasanya bertanggungjawab menguji program atau perisian komputer baru sebelum produk dihantar untuk memastikannya berfungsi dengan betul, melaksanakan fungsi-fungsi yang diingini dan bebas daripada sebarang kerosakan.

Maklumat Lanjut:BERNAMA

Isnin, 2 Julai 2012

MyClear Sasar Pertumbuhan 40 Peratus Transaksi E-Debit Menjelang Akhir Tahun

13 Syaaban 1433


KUALA LUMPUR, 1 Julai ,2012- Malaysian Electronic Corp Sdn Bhd (MyClear), unit milik penuh Bank Negara Malaysia (BNM), menyasarkan pertumbuhan 40 peratus penggunaan transaksi e-Debit menjelang akhir tahun berikutan pelancaran Kempen e-Debit.

 Pengarah Urusannya Mohd Suhail Amar Suresh berkata antara Januari dan Mei 2012, pengguna melaksanakan lebih 1.5 juta transaksi e-Debit membabitkan kira-kira RM755 juta.

 "Ia merupakan pertumbuhan 30 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2011, dan tahun ini, kami menyasarkan untuk mencatatkan 40 peratus," katanya.

 Beliau berkata jika kesedaran dalam kalangan orang ramai dan penggunaan e-Debit meningkat serta usaha berterusan oleh MyClear, peratusannya dijangkakan lebih tinggi.

Maklumat lanjut: BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...