Bursa Malaysia

top_rightads

Sunday, December 20, 2015

Kesan Ekonomi Semasa : Jangan Pandang Remeh Keluhan Rakyat

9 Rabiul Awal 1437

Pihak-pihak tertentu digesa tidak memandang remeh terhadap keluhan sesetengah kalangan rakyat akan kesan ekonomi semasa terhadap kehidupan mereka. Memang betul, masih ramai dikalangan rakyat yang masih mampu melancong ke luar negara, tetapi masih terlalu ramai juga yang masih pening kepala hendak memenuhi keperluan asas terutama pada sesi persekolahan yang bakal dibuka.

Jika dilihat suasana sekarang, kita boleh lihat perbezaan di mana suasana pembelian pada akhir tahun nampak semakin suram jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.Bazar-bazar penjualan barang keperluan sekolah masih suram sedangkan sesi persekolahan sudah hampir tiba. Namun , para peniaga berharap agar suasana bakal berubah ketika pada masa tempoh pembayaran gaji yang bakal menjelma bermula minggu hadapan.

Kesimpulannya, pihak berkuasa, orang politik dan pencacai politik digesa tidak mudah syok sendiri dan berada dalam zon selesa dalam melihat pandangan rakyat terhadap kepimpinan mereka. apa yang perlu dibuat, dengar, dengar dan dengar keluhan semasa rakyat . Jikalau tak mampu menyelesaikan masalah, mendengar masalahpun dah cukup baik pada masa sekarang.

Wallahualam

Harga Minyak Turun Bawah USD 35

8 Rabiul Awal 1437

Harga minyak mentah kini jatuh di paras di bawah USD 35. Indek WTI menunjukkan bahawa harga minyak kini berada pada USD 34.73 setong.


Monday, December 14, 2015

Kerajaan Digesa Umumkan Pelan Pulihkan Nilai Ringgit

2 Rabiul Awal 1437

Kerajaan diminta menggariskan langkah-langkah bagi memulihkan nilai ringgit pada kadar yang lebih munasabah. Ini bagi membolehkan ringgit dinilai pada kadar yang sewajarnya dan bukannya berdasarkan spekulasi semata-mata.

Kedudukan nilai ringgit yang rendah bakal mengurangkan kuasa beli negara apabila melakukan perdagangan antarabangsa. Negara terpaksa menawarkan kuantiti yang banyak jika hendak melakukan eksport bagi mendapatkan sejumlah pendapatan yang tertentu befrbanding sebelum ini.

Para ahli politik juga digesa tidak mudah mengalihkan isu dari fakta yang sebenar. Jika elok katakan elok dan jika sebaliknya, nyatakan dengan jujur agar rakyat memahami dan masalah kita sama-sama atasi bersama. Jika ini dapat dilakukan, sudah tentu kita dapat menyelesaikan masalah ekonomi dengan baik tanpa melibatkan polemik yant tidak berkesudahan.

Wallahualam

Friday, December 11, 2015

Kedudukan Buku Tunai Dalam Perakaunan

29 Safar 1437

Pengurusan buku tunai adalah merupakan suatu aktiviti yang penting di dalam perniagaan. Ini kerana ianya melibatkan aliran keluar masuk wang tunai ke dalam sesebuah organisasi.

Buku tunai dikategorikan sebagai aset di di dalam perakaunan. Segala kemasukan akan didebitkan manakala sebarang aktiviti pengeluaran akan dikreditkan daripada akaun. Buku tunai mempunyai hubungan yang erat dengan penyata bank. Ini adalah kerana setiap penerimaan yang diterima kemudiannya akan dipindahkan ke dalam bank. Dalam suasana perniagaan semasa, agak jarang perniagaan atau organisasi menyimpan wang tunai dalam jumlah yang banyak. Ini adalah disebabkan beberapa faktor;

1. langkah Keselamatan- Kutipan selalunya tidak akan disimpan lama di dalam akaun tunai. Ini bagi mengundang risiko menjadi sasaranrompakan atau kecurian yang bakal menjejaskan keselamatan pekerja atau pemilik perniagaan.

2. Risiko Pecah Amanah- Wang tunai yang disimpan dalam kuantiti yang banyak bakal meningkatkan risiko pecah amanah di kalangan pekerja atau rakan perniagaan itu sendiri. Jika dimasukkan ke bank segala keluar masuk akan direkodkan oleh pihak bank dan semakan boleh dilakukan. Ini dapat mengurangkan risiko pecah amanah.

3. Keyakinan- Dengan adanya penyata bank, perniagaan akan lebih diyakini, lebih-lebih lagi penyata bank menunjukkan jumlah yang besar. Maka perniagaan mempunyai peluang untuk membuat pinjaman daripada institusi kewangan.

Buku tunai perlu diselaraskan dan ianya perlu dibuat perbandingan dengan penyata bank. Proses perbandingan ini dinamakan penyediaan "Penyata Penyesuaian Bank'

Wallahualam


Harga Minyak Mentah Tidak Mustahil Akan Terus Jatuh

29 Safar 1437

Harga minyak mentah dilihat mengalami aliran penurunan dalam jangka masa pendek.Ketika artikel ini ditulis, harga WTI indeks berada pada  USD36.76 setong, setelah menguji aras bawah daripada USD 40 setong. Tidak mustahil ianya akan terus jatuh ke paras yang seterusnya dan bakal menguji di bawah USD35 setong.

Namun begitu, situasi ini memberi persoalan yang besar kepada rakyat di mana harga beberapa  perkhidmatan dan utiliti di Malaysia telah dinaikkan baru-baru ini atau masih kekal tinggi berbanding sebelum sebelumnya..Rakyat ingin tahu, apakah faktor yang memerljukan kenaikan harga perkhidmatan berkenaan.

'Sekadar Bertanya?.

Wallahualam

Saturday, December 5, 2015

Penyedia Perkhidmatan Kepada Rakyat Digesa Uruskan Kos Dengan Baik

23 Safar 1437

Penyedia -penyedia perkhidmatan kepada rakyat digesa menguruskan kos mereka secara efektif dan berkesan agar mereka dapat mengekalkan harga perkhidmatan yang ditawarkan dan tidak terus membebankan para pengguna. Secara logik, walaupun sesuatu harga sudah lama tidak dinaikkan, harus diingat ada dikalangan para penyedia perkhidmatan yang perkhidmatannya sedah mencapai tahap"economy of scale" skala ekonomi yang besar dan pendapatannya sepatutnya mencapai pulang modal jika kos diuruskan dengan baik

Menaikkan harga perkhidmatan tidak akan menyelesaikan masalah kerana, rantaian ekonomi yang lain akan turut menaikkan harga disebabkan untuk menampung kos yang telah dinaikkan oleh satu sub-eco sistem di dalam ekonomi itu sendiri.Sebagai contoh, penyedia perhidmatan A telah menaikkan harga sebanyak 30 %. Pada masa yang sama peyedia perkhidmatan B pula turut melanggan perkhidmatan A, juga terpaksa menaikkan harga perkhidmatannya lebih daripada itu disebabkan pekerja atau syarikat perkhidmatan B juga melanggan perkhidmatan A.  Jika Perkhidmatan A juga melanggan perkhidmatan B, maka kenaikan harga perkhidmatan yang dilakukan oleh perkhidmatan A sudah tidak memberi makna lagi, kerana terpaksa membayar lebih perkhidmatan B.

Oleh yang demikian, cara yang terbaik bagi setiap para penyedia perkhidmatan ialah dengan memberi fokus menguruskan kos mereka dengan lebih baik. Ini termasuklah mengurangkan sebarang pembazitan yang mungkin sering berlaku di dalam organisasi dan ianya sepatutnya boleh dikawal secara dalaman.

Wallahuakam

Friday, December 4, 2015

Ketinggian KLCC Bakal Dipintas Menara Warisan

23 Safar 1437

Ketinggian bangunan KLCC bakal dipintas oleh sebuah bangunan baru yang dinamakanMenara Warisan yang bakal dibina oleh Permodalan Nasional Berhad(PNB). Pada 23 November 2015 yang lalu, Permodalan Nasional Bhd (PNB), pada tarikh berkenaan telah mengesahkan pelantikan Samsung C&T, sebuah syarikat hartanah dari Korea Selatan, sebagai kontraktor pembinaan Menara Warisan di sini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, nilai bidaan terbabit berjumlah RM3.4 bilion.

"Samsung C&T, dengan rangkaian kerjasama strategik bersama UEM Group Bhd, telah dipilih. Nilai bidaan mereka sebanyak RM3.4 bilion, tidak termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP),"

Menara Warisan yang bakal dibina  membabitkan pembangunan bangunan pencakar langit setinggi 118 tingkat di Kuala Lumpur, dengan keluasan lantai 67.39 hektar, bakal menempatkan ruangan pejabat untuk syarikat-syarikat korporat serta hotel.

Sumber dipetik daripada : BERNAMA

TM Tingkatkan Saranan Kandungan Melalui Kerjasama Perintis Dengan Iflix

23 Safar 1437

Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini mengumumkan kerjasama penting dengan iflix, sebuah perkhidmatan televisyen internet terkemuka di Asia Tenggara.

Melalui kenyataan yang dipetik melalui BERNAMA, Naib Presiden Eksekutif (Media Baharu) TM, Jeremy Kung berkata susulan itu, syarikat akan terus meningkatkan saranan kandungan untuk memberi hiburan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Beliau berkata perkongsian itu merupakan kerjasama pertama TM dengan penggiat kandungan 'Over-the-Top' (OTT) - penyampaian kandungan melalui jaringan infrastruktur - dan pertama di ASEAN bagi iflix.

"TM kekal terbuka untuk bekerjasama dengan lebih banyak rakan kongsi OTT bagi memenuhi permintaan generasi muda.

Sumber dipetik daripada : BERNAMA

Thursday, December 3, 2015

Kerajaan Digesa Tunaikan Janji

22 Safar 1437

Kerajaan digesa lebih serius dalam menunaikan janji untuk menangani kenaikan kos sara hidup rakyat yang dilihat kian mencabar. Ini adalah penting kerana , sejak akhir-akhir ini, pengumuman demi pengumuman kenaikan harga telah dibuat oleh beberapa penyedia perkhidmatan awam kepada rakyat telah mewujudkan suasana tidak selesa kepada rakyat. Ianya juga seolah olah menunjukkan bahawa pesta naik harga sedang berlangsung dimana mereka seolah-olah  berlumba-lumba untuk mengumumkan kenaikan harga perkhidmatan masing-masing.

Ini dilihat bertentangan dengan janji kerajaan bagi menangani isu kenaikan  kos sara hidup rakyat sebelum ini. Dengan kata lain, jangan biarkan janji-janji kerajaan sebelum ini terus dijadikan bahan ketawa/lawak jenaka rakyat bagi mengurangkan tekanan yang sedang mereka hadapi.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...