Bursa Malaysia

top_rightads

Monday, November 30, 2015

Bank Muamalat & MBSB Bakal Bergabung

18 Safar 1437

Negara bakal melihat akan kewujudan sebuah lagi entiti perbankan Islam lengkap besar secara tunggal(tidak mempunyai syarikat induk konvensional), selain daripada Bank Islam.  Menurut Pengerusi Bank Muamalat, Tan Sri Dr Munir Majid, rundingan penggabungan di antara Bank Muamalat dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) berjalan lancar walaupun belum dimuktamadkan. Namun begitu kemajuan rundingan setakat ini adalah baik.

Bank Negara Malaysia memberi kelulusan kepada Bank Muamalat dan MBSB untuk memulakan rundingan penggabungan pada 30 September, langkah yng akan membuka jalan untuk penubuhan bank Islam terbesar di negara ini.

Bank Pusat itu menetapkan rundingan penggabungan itu dimuktamadkan dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh kelulusan.

Sebelum ini dilaporkan, jika rundingaan penggabungan berjaya, saiz gabungan aset kedua-dua pemberi pinjaman itu dianggarkan lebih RM60 bilion, lebih tinggi daripada RM54 bilion saiz aset BIMB Holdings Bhd, syarikat pegangan Bank Islam Malaysia Bhd, bank Islam lengkap terbesar Malaysia.

Sumber dipetik dari : BERNAMA

Sunday, November 29, 2015

Johor Bakal Haramkan Penjualan Vape

18 Safar 1436

Johor bakal mengharamkan penjualan vape seperti mana yang dititahkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar . Perkembangan ini secara tidak langsung bakal menamatkan polemic vape di negeri berkenaan.

Sementara itu, kerajaan negeri akan membincangkan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu larangan penjualan vape di negeri ini dikuat kuasa awal Januari depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat.

Beliau berkata ia akan dibincang pada mesyuarat majlis kerajaan negeri dalam masa terdekat. Ulasan beliau  dipetik melalui BERNAMA,  yang merujuk terhadap titah Sultan Ibrahim yang mahu produk vape dilarang dijual dan semua premis vape ditutup berkuat kuasa 1 Januari 2016, seperti yang dilaporkan.

Ayub berkata pihaknya menjunjung kasih terhadap titah Sultan Ibrahim yang dilihat selari dengan pendirian kerajaan negeri yang melihat penggunaan vape adalah memudaratkan rakyat terutama golongan muda.

Wallahualam

Umat Islam Digesa Tinggalkan Perniagaan Rokok dan Vape

17 Safar 1437

Umat Islam digesa agar meninggalkan terus sebarang aktiviti penjualan rokok dan vape kerana pihak fatwa telah memfatwakan bahawa penggunaan bahan berkenaan adalah haram. Tidak perlulah kita terus berpolemik bahawa pengharaman vape dan sebagainya oleh sesetangah jabatan bakal menjejaskan perniagaan bumiputra.

Banyak lagi perniagaan yang boleh diceburi dan halal. Tambahan pula sebagai umat Islam, kita mencari reredhaan Ilahi dari setiap apa jua pendapatan yang kita terima. oleh yang demikian, tak perlu berpolemik lagi jika kita yakin kepada adanya hari pembalasan.

Wallahualam

Monday, November 23, 2015

Harga MSM Akan Lebih Stabil Susulan Penubuhan CPOPC

Harga mithewit mentah (MSM) dijangka lebih stabil dan menerima rangsangan dalam jangka panjang susulan langkah Malaysia dan Indonesia menubuhkan Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), kata pakar pasaran komoditi.

Peniaga di Phillips Futures Sdn Bhd, David Ng Heng Soon berkata antara lain, majlis akan menangani halangan perdagangan minyak sawit serta menjalankan kegiatan dan peranan untuk kepentingan industri yang akan memberi kesan positif terhadap harga.

"Walaupun pasaran tidak menjangkakan kesan segera kerana kerjasama ini masih pada peringkat awal, dalam jangka panjang mereka (peserta) yakin ia (pakatan) akan menstabilkan harga MSM.

"Yang pasaran mahu tahu ialah bagaimana kedua-dua negara dapat mewujudkan mekanisme penstabilan harga, sama ada dengan mengurangkan simpanan atau inventori dalam negara," katanya kepada Bernama ketika mengulas tentang penubuhan majlis itu, Sabtu.

Harga semasa MSM ialah RM2,089 setan.

Sumber: Bernama

Sunday, November 15, 2015

Ringgit Akan Stabil Jika Ketidaktentuan Luaran, Isu Domestik Selesai

4 Safar 1437

 Ringgit akan stabil jika ketidaktentuan dasar-dasar ekonomi utama dan isu domestik selesai, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

"Apabila ketidaktentuan dan isu-isu domestik selesai ...saya percaya trend mata wang akan lebih baik, mencerminkan asas kita yang kukuh," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan prestasi ekonomi negara pada suku ketiga baru-baru ini melalui kenyataan yang dipetik daripada BERNAMA.

Sumber daripada BERNAMA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...