Bursa Malaysia

top_rightads

Tuesday, October 1, 2013

Penyelia Beri Pengaruh Besar Bagi Kepuasan Kerja

25 Zulkaedah 1434

KUALA LUMPUR, 30 Sept ,2013- Pekerja di Malaysia dan rantau Asia Pasifik menunjukkan bahawa penyelia langsung mereka mempunyai kesan besar sebagai orang yang memberi pengaruh utama kepada kepuasan kerja mereka, demikian menurut Indeks Tenaga Kerja Global Kelly.

Menurut kaji selidik itu, 67 peratus daripada responden Malaysia (68 peratus di Asia Pasifik) menunjukkan pengurus langsung mereka atau penyelia telah memberi markah hasil bagi kepuasan kerja mereka, manakala 75 peratus (64 peratus di Asia Pasifik) yang bertukar kerja pada tahun lepas gembira dengan peranan baharu.

Kaji selidik itu meliputi lebih daripada 28,000 responden di Asia Pasifik, termasuk 5,147 responden Malaysia, kata Pengarah urusan Kelly Services Malaysia, Melissa Norman dalam satu kenyataan Isnin.

Antara keputusan kaji selidik lain bagi Malaysia dan Asia Pasifik, gaji tinggi dan manfaat merupakan faktor utama menjadikan pekerja lebih komited kepada kerja mereka.

Sumber berita: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...