Bursa Malaysia

top_rightads

Tuesday, October 1, 2013

MDeC Sambut Baik Rancangan Kerajaan Umum Inisiatif Perbelanjaan Nilai Bagi Wang

25 Zulkaedah 1434

KUALA LUMPUR, 30 Sept , 2013- Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) menyambut baik rancangan kerajaan untuk mengumumkan pelaksanaan inisiatif perbelanjaan nilai bagi wang bagi kementerian-kementerian dalam belanjawan 2014 yang akan dibentangkan pada 25 Okt, dan menyifatkannya sebagai keputusan yang tepat.

Ketua Pegawai Eksekutif MDeC Datuk Badlisham Ghazali berkata langkah berkenaan boleh meningkatkan kualiti kementerian-kementerian dari segi tenaga kerja, impak dan output bagi setiap perbelanjaan yang dilakukan pada masa depan.

"Kita tidak boleh berbelanja berdasarkan peristiwa atau output, kita harus melihat melalui hasil dan kesan, untuk memastikan perbelanjaan kita memberi manfaat kepada rakyat dan negara," katanya kepada Bernama di luar acara Forum Megatrend Khazanah 2013 di sini Isnin.

Badlisham berkata insiatif yang sama telah dilaksanakan dalam Indeks Prestasi Utama (KPI) MDeC sejak lapan tahun lepas dengan setiap program dilaksanakan di MDeC diukur mengikut hasilnya.

"Jadi itulah yang harus dilakukan dalam sektor kerajaan. Di MDeC, perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang baharu.

"Kita mengikut perkembangan, bukan sahaja dari segi hasil tetapi juga dari segi eksport, pekerjaan dan gaji. Maknanya jika seseorang itu berjaya, tetapi melakukan benda yang sama, dia tidak akan dibayar gaji yang lebih, kerana tiada inovasi.

"Untuk jangka masa yang panjang, ini adalah sesuatu yang tidak bagus," katanya.

Terdahulu Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan dijangka mengumumkan pelaksanaan inisiatif perbelanjaan nilai bagi wang bagi kementerian-kementerian dalam belanjawan 2014, yang akan melibatkan empat kementerian, termasuk Kementerian Kewangan bagi fasa pertama.

Husni berkata kerajaan sedang meneliti perbelanjaan yang lebih produktif pada masa depan dan berharap menjelang belanjawan 2015, inisiatif ini boleh melibatkan semua kementerian.

Berita lanjut: BERNAMA

1 comment:

  1. Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...