24 Zulkaedah 1434
KUALA LUMPUR, 29 Sept, 2013- Penyumberan kelompok untuk mengumpulkan dana mungkin kedengaran asing bagi rakyat Malaysia.
Tetapi ia boleh menjadi satu alternatif yang sesuai untuk perniagaan tempatan, untuk mendapatkan dana, terutamanya apabila tiada geran kerajaan disediakan.
Penyumberan kelompok untuk dana atau dikenali sebagai pembiayaan kelompok adalah satu trend yang semakin popular dan meningkat di negara maju, terutamanya di Amerika Syarikat.
Ia merujuk kepada inisiatif bersama oleh sekumpulan individu untuk mengumpulkan wang mereka, biasanya menerusi Internet untuk menyokong usaha yang dimulakan oleh orang atau organisasi lain.
Dana itu biasanya digunakan untuk menyokong aktiviti seperti projek sosial, filem, penyelidikan dan pembangunan, serta pembiayaan syarikat permulaan.
Naib Presiden dan Pengarah Multimedia Kreatif, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) Kamil Othman berkata terdapat keperluan untuk kerajaan memperkenalkan insentif untuk menggalakkan aktiviti penyumberan berkelompok di negara ini.
"Bagi Belanjawan 2014, kami mahu mengusulkan bagi kerajaan memberikan sedikit insentif cukai untuk syarikat yang terlibat dalam aktiviti penyumberan kelompok," katanya.
Beliau berkata di AS, orang ramai boleh menyumbang serendah US$1 untuk inisiatif pembiayaan kelompok, mengikut kemampuan mereka.
Kickstarter, sebagai contoh, kini merupakan platform pembiayaan kelompok terbesar dunia melalui Internet, memberikan wadah kepada individu dan syarikat mengumpulkan dana untuk pelbagai inisiatif.
Semenjak pelancarannya pada 2009, 4.9 juta orang telah mengumpulkan US$803 juta, membiaya 49,000 projek kreatif.
Menurut Kickstarter, pereka projek boleh memegang 100 peratus pemilikan ke atas hasil kerja mereka.
Kickstarter tidak boleh digunakan untuk menawarkan pulangan kewangan atau ekuiti, atau untuk mendapatkan pinjaman.
Beberapa projek yang dibiayai oleh Kickstarter mungkin akan mula membuat keuntungan, tetapi penyumbang hanya menyokong projek itu untuk melihat ia direalisasikan, bukan untuk mendapatkan keuntungan kewangan.
Berita lanjut: BERNAMA
Pages
- Utama
- Terma Dan Syarat
- Hubungi Kami
- Kenali Penulis
- Ekonomi
- Perniagaan
- CSR
- Dasar Kerajaan
- Hartanah
- Istilah Perniagaan
- Keluhan Rakyat
- Kewangan
- Koleksi Dalil Ekonomi
- Komentar
- Komoditi
- Korporat
- Luar Negara
- Modal Insan
- Pelaburan
- Peluang Kekayaan
- M&A
- Percukaian
- Pertanian
- Saham
- Teknologi
- Tips
- Umum
- Keushawanan
- Halal
Bursa Malaysia
top_rightads
Monday, September 30, 2013
Penyumberan Kelompok Untuk Mengumpulkan Dana Satu Alternatif Untuk Perniagaan Tempatan
Labels:
Pelaburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com
ReplyDeleteAsa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com