Bursa Malaysia

top_rightads

Thursday, September 12, 2013

MyCC Beri Amaran Terhadap Sebarang Bentuk Aktiviti Penetapan Harga

6 Zulkaedah 1434


KUALA LUMPUR, 11 Sept , 2013- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mungkin mengenakan denda kewangan atau sebarang arahan lain yang dianggap bersesuaian bagi memastikan persatuan dan perusahaan perniagaan mematuhi peraturan membabitkan harga.

Dalam satu kenyataan, MyCC berkata berikutan kenaikan harga bahan api baru-baru ini, pihaknya menerima pertanyaan dan aduan membabitkan peranan persatuan itu dalam isu membabitkan amalan antipersaingan, terutama dalam penetapan harga oleh anggotanya.

MyCC berkata kenaikan harga itu sendiri tidak berbentuk antipersaingan.

"Suruhanjaya tidak mempunyai peranan dalam dasar kenaikan harga, namun jika harga naik akibat pakatan menerusi perjanjian penetapan harga oleh mana-mana persatuan atau kumpulan atau penjual, pembekal atau pengeluar, ia dianggap melanggar/menyalahi Seksyen 4 Akta Persaingan 2010," katanya.

Seksyen 4 Akta itu melarang perusahaan, termasuk persatuan, daripada membuat penetapan, secara langsung atau tidak langsung, pembelian atau penjualan harga atau mana-mana bentuk urus niaga lain bagi barangan dan perkhidmatan, katanya.

MyCC berkata ia mungkin mengenakan denda kewangan tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah dagangan seluruh dunia perusahaan terbabit dalam tempoh pelanggaran atau menetapkan arahan lain yang bersesuaian bagi memastikan pematuhan oleh persatuan dan perniagaan.

Sumber berita : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...