Bursa Malaysia

top_rightads

Friday, November 30, 2012

TM Catat Hasil RM 7.2 Bilion

16 Muharram 1434


Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini mengumumkan telah merekodkan hasil sebanyak RM7.2 bilion  yang dicatatkan bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2012 berbanding RM6.7 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.Perestasi yang lebih baik telah dicapai atas sebab momentum berterusan merentasi semua produk utama iaitu Internet dan Multimedia, Data dan lain-lain barisan produk perkhidmatan telekomunikasi.

Sumber : BURSA MALAYSIA

Proton Sasar Jual 250 Model Satria Neo R3 Baharu Sebulan

16 Muharram 1434

SHAH ALAM, 29 November 2012- Proton Holdings Bhd menyasar untuk menjual 250 model Satria Neo R3nya yang baru dilancarkan, lanjutan daripada model Satria Neo CPS dalam sebulan, kata Pengerusi Eksekutif Datuk Seri Mohd Khamil Jamil Khamis.

Dengan harga yang lebih rendah berbanding versi Satria Neo sebelumnya, model baharu ini dijangka mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan, kata beliau.
"Terdapat sambutan hebat untuk R3 (model). Saya rasa kereta pada RM64,000 adalah benar-benar hebat.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Untung Petronas Merosot

16 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 29 November 2012- Keuntungan sebelum cukai Petronas susut 5.7 peratus bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir pada 30 Sept, 2012 kepada RM73.9 bilion daripada RM78.4 bilion.

Syarikat minyak dan gas negara itu bagaimanapun mencatatkan pertumbuhan perolehan sebanyak 1.8 peratus kepada RM214.2 bilion berbanding RM210.4 bilion setahun lalu.
 Semasa mengumumkan keputusan kewangan berkenaan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata prestasi tahun ini sehingga kini terjejas oleh cabaran operasi.

"Keuntungan yang lebih rendah berdasarkan cabaran operasi, termasuk geopolitik dan terutamanya di Sudan, dengan keuntungan yang lebih rendah pelupusan pelaburan," kata beliau.

Maklumat lanjutBERNAMA

Saham MAS Kini Patuhi Syariah SC

16 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 29 November 2012- Felda Global Ventures, Gas Malaysia, IHH Healthcare, Malaysian Airline System dan Oldtown merupakan antara 13 yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti yang mematuhi Syariah yang disenaraikan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

SC Khamis mengeluarkan senarai terkini sekuriti yang mematuhi Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS). Senarai terkini berkenaan, yang akan berkuat kuasa pada 30 Nov, 2012, mempunyai 817 sekuriti yang mematuhi Syariah.

Kaunter-kaunter berkenaan merupakan 89 peratus daripada jumlah 923 sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia, demikian menurut SC dalam satu kenyataan hari ini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Nilai Bersih 40 Orang Kaya Indonesia Meningkat Lebih 4 Peratus Kepada US$88.6 Bilion

16 Muharram 1434

SINGAPURA, 29 November 2012- Nilai bersih 40 orang paling kaya di Indonesia secara kolektif berjumlah US$88.6 bilion, naik lebih empat peratus daripada tahun lepas, demikian menurut Senarai Orang Kaya Indonesia terbaharu yang dikeluarkan oleh Forbes.

Forbes berkata peningkatan kelas pertengahan Indonesia membantu meningkatkan kekayaan penduduk terkaya negara itu, manakala penurunan permintaan arang batu mengurangkan kekayaan beberapa taikun lain.

Dua bersaudara R. Budi dan Michael Hartono mengekalkan kedudukan teratas dalam senarai dengan kekayaan berjumlah US$15 bilion. Eka Tjipta Widjaja berada di kedudukan nombor dua dengan kekayaan berjumlah US$7.7 bilion, turun US$300 juta daripada tahun lepas. Manakala Susilo Wonowidjojo berada di senarai ketiga dan merupakan orang yang paling rugi pada tahun ini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Thursday, November 29, 2012

Malaysia Tawar Khidmat Perbankan Islam Meluas

15 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 29 November 2012- Malaysia ialah satu-satunya negara Islam yang menawarkan khidmat perbankan dan kewangan Islam meluas, daripada sistem pajak gadai hinggalah kepada pengeluaran sukuk.

Ia antara kelebihan yang dimiliki penduduk negara ini hasil usaha Umno dalam memperjuangkan Islam yang disentuh Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar pada perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Khamis.

"Kita berasa bangga kerana sebuah forum global telah mengiktiraf kejayaan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam terulung dunia," katanya.

Beliau berkata umat Islam di Malaysia bukan sahaja boleh membuka akaun simpanan di bank yang menggunakan kaedah tanpa riba tetapi juga boleh membuat pinjaman perumahan, kenderaan, pelajaran, membuat pelaburan di pasaran saham dan lain-lain transaksi kewangan dengan menggunakan kaedah patuh syariah.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Lebih Ramai Pelabur, Pemberi Pinjaman Lihat Prestasi Bukan Kewangan Syarikat

15 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 29 November 2012- Pelabur dan pemberi pinjaman global semakin ramai yang melihat kepada prestasi bukan kewangan syarikat bagi menilai sejauh mana syarikat menangani risiko dan memanfaatkan peluang untuk perniagaan mereka, demikian menurut CSR Asia.

CSR Asia, penyedia maklumat, latihan, penyelidikan dan khidmat runding cara utama bagi amalan perniagaan mampan di Asia berkata sesetengah pengurus dana melihat kepada prestasi mampan sebagai proksi bagi pengurusan yang baik.

"Dengan indeks baharu ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) yang akan dilancarkan oleh Bursa Malaysia pada 2013, syarikat tempatan dengan pelaburan dalam prestasi mampan yang baik mempunyai peluang untuk menarik pelaburan tambahan," kata Pengarah Eksekutifnya Rikke Netterstrom dalam satu kenyataan Khamis.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Harga Saham Maxis Jatuh Selepas Catat Keputusan Mengecewakan

15 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 29 November 2012- Harga saham Maxis turun 11 sen atau 1.69 peratus kepada RM6.39 sehingga jam 10.46 pagi selepas mencatatkan keputusan kewangan yang mengecewakan semalam.

Alliance Research berkata keuntungan bersih operasi teras sebanyak RM1.57 bilion dicatatkan di bawah jangkaan, yang sebahagian besarnya berikutan margin lebih rendah kerana keputusan perbelanjaan peranti lebih tinggi dan kerugian permulaan bagi perkhidmatan dalam negara.

Katanya syarikat itu juga melaksanakan satu program pemodenan rangkaian, yang akan menghasilkan penyusutan nilai lebih pantas sebanyak RM124 juta dan RM55 juta pada tahun kewangan 2012 dan 2013.

"Kami telah menurunkan unjuran pendapatan tahun kewangan 2012-2014 kami sebanyak 7.4 peratus hingga 12.3 peratus bagi mencerminkan margin lebih rendah dan penyusutan nilai lebih pantas," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Takaful IKHLAS Sedia Khidmat Tuntutan Takaful Ekspres Akibat Banjir

15 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 28 November 2012- Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) baru-baru ini telah melancarkan perkhidmatan Tuntutan Takaful Ekspres Akibat Banjir dengan kaedah yang dipermudahkan.

Inisiatif ini diumumkan melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Takaful IKHLAS sebagai langkah memudahkan para pelanggannya membuat sebarang tuntutan akibat banjir.

Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pemegang pelan Takaful Kebakaran dan Pemilik Rumah / Isirumah yang ditawarkan Takaful IKHLAS.

Berbanding proses tuntutan sedia ada, perkhidmatan ini memerlukan pelanggan menyerahkan dokumen minimum berupa borang tuntutan yang lengkap, gambar berkaitan kerosakan serta sebutharga untuk pembaikan atau penggantian ke saluran khusus iaitu ke alamat emel azlina@takaful-ikhlas.com.my.

Borang tuntutan dan maklumat lanjut boleh didapati dari laman sesawang www.takaful-ikhlas.com.my.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Proton Lancar Preve Dan Exora Prime Di Thailand

15 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 28 November 2012- Pembuat kereta Malaysia, Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) Rabu mengumumkan dan melancarkan dua model baharu, Preve dan Exora Prime, bagi pasaran Thailand.


Model-model itu dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Datuk Lukman Ibrahim, pada Ekspo Motor Antarabangsa Thailand 2012 di Bangkok.

Dengan pelancaran itu, Preve, kereta sedan bersaiz sederhana; dan Exora Prime, MPV mewah enam tempat duduk dengan ruang yang luas, kini dibuka dengan rasminya bagi tempahan di Thailand.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Green Packet Catat Kerugian Sebelum Cukai RM90.09 Juta Bagi 9 Bulan

15 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 28 November 2012- Green Packet Bhd melaporkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM90.09 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2012 daripada RM118.12 juta bagi tempoh yang sama setahun lalu.

Pendapatannya meningkat kepada RM426.28 juta daripada RM383.93 juta sebelumnya, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia Rabu.

Ia berkata perniagaan perisian dan peranti mencatatkan pendapatan yang lebih rendah dalam suku ketiga hingga 30 Sept, 2012 berbanding suku ketiga 2011, terutamanya disebabkan oleh kurangnya kuantiti peranti yang dieksport.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Wednesday, November 28, 2012

Perbankan Islam Tidak Menyalahi Tuntutan Syariah

15 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 28 November 2012- Tidak timbul isu sistem perbankan Islam di negara ini menyalahi tuntutan syariah kerana sebarang keputusan dirujuk kepada Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM).

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata majlis tersebut mempunyai kuasa yang tinggi untuk menentukan perbankan Islam di negara ini mematuhi tuntutan Syariah, khusus kepada soal membabitkan kewangan BNM.

"Di dalam Majlis tersebut, ada Mufti Pulau Pinang, ada tiga orang ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, ada bekas ketua hakim negara, ada ulama tempatan, ada Majlis Ulama Indonesia.

Maklumat lanjut: BERNAMA

KWSP Hadkan Caruman Sukarela Pada RM60,000 Setahun

15 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 28 November 2012- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenakan had maksimum RM60,000 setahun kepada semua caruman sukarela termasuk caruman di bawah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia mulai 1 Januari 2013.


"Caruman sukarela dalam konteks KWSP merujuk kepada caruman diterima daripada golongan bekerja sendiri, pemilik tunggal perniagaan, rakan kongsi perniagaan atau mereka yang tiada pendapatan tetap bulanan termasuk suri rumah," kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Ibrahim Taib dalam satu kenyataan pada Rabu.

"Ahli yang mencarum secara sukarela ini boleh mencarum serendah RM50 sebulan dan mulai 1 Januari 2013 jumlah maksimum yang boleh dicarum ialah RM60,000 setahun," katanya.

Caruman boleh dibayar secara tunai atau cek menggunakan Borang KWSP 6A(1) untuk caruman sukarela dan Borang KWSP 6A(2) bagi Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.

Maklumat lanjut:BERNAMA

MAS Susun Semula Modal

14 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 27 November 2012- Malaysian Airline System Bhd (MAS) mengumumkan butiran terperinci cadangan penyusunan semula modal dan terbitan hak boleh batal.

Dalam satu kenyataan Selasa, MAS berkata penyusunan semula itu bertujuan memperkemas lembaran imbangan dan mengurangkan kerugian terkumpul sebanyak mungkin dengan mengurangkan nilai tara setiap saham biasa sedia ada MAS dan akaun premium sahamnya.

Ia berkata pelarasan nilai tara itu melibatkan pengurangan 90 sen bagi setiap saham biasa MAS sedia ada bernilai RM1 setiap satu di mana pengurangan akaun premium saham akan menghasilkan rizab kredit hingga RM8,003.91 juta yang akan digunakan untuk mengurangkan kerugian terkumpul MAS.

"Berdasarkan akaun beraudit pada 31 Dis, 2011 dan akaun belum beraudit pada 30 Sept, 2012, kerugian terkumpul masing-masing berjumlah RM7,863.72 juta dan RM8,188.04 juta," katanya.

MAS berkata rancangan ini tidak akan memberi kesan kepada kedudukan aset bersihnya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Untung Pracukai Suku Ketiga Time Dotcom Turun Kepada RM37.22 Juta

14 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 27 November 2012- Untung pracukai TIME dotCom Bhd merosot kepada RM37.22 juta dalam suku ketiga berakhir 30 Sept, 2012, berbanding dengan RM41.94 juta dalam suku yang sama tahun lepas.

Pendapatan untuk suku bawah kajian bagaimanapun, mengukuh kepada RM110.07 juta daripada RM76.98 juta tahun lepas, kata syarikat dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Afzal Abdul Rahim, dalam satu kenyataan hari ini berkata yang lonjakan 43 peratus pendapatan untuk suku berkenaan, dirangsang oleh sumbangan daripada perniagaan serantau baharunya dan pendapatan data yang lebih tinggi daripada perniagaan sedia ada.

Maklumat lanjut: BERNAMA

MAS Kembali Untung Selepas 6 Suku Tahun

14 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 27 November 2012- Malaysia Airlines (MAS) mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM39.103 juta bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2012, daripada kerugian sebelum cukai sebanyak RM461.540 juta pada suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, perolehan susut kepada RM3.474 bilion daripada RM3.556 bilion.

Dalam satu kenyataan Selasa, syarikat penerbangan negara itu berkata syarikat mencatatkan keuntungan operasi yang kecil sebanyak RM4 juta dan pendapatan bersih selepas cukai (NIAT) sebanyak RM37 juta bagi suku ketiga.

Keuntungan yang dicapai pada suku ini merupakan prestasi terbaik sehingga kini bagi syarikat penerbangan negara berikutan enam suku tahun berturut-turut mengalami kerugian, katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Pendapatan Suara Merosot Di Asia Pasifik

14 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 27 November 2012- Pengendali peranti mudah alih kini berhadapan dengan kemerosotan pendapatan suara di kebanyakan pasaran di Asia Pasifik, didorong terutamanya oleh penggantian data.

Dalam satu kenyataan Selasa, Frost & Sullivan berkata tingkah laku pengguna juga berubah, sekali gus meletakkan tekanan tambahan ke atas syarikat-syarikat telekomunikasi kerana pengguna boleh memilih bagaimana mereka mahu berkomunikasi dan ia mungkin tidak menggunakan perkhidmatan syarikat telekomunikasi.

"Kita sedang melihat ke arah persaingan sengit antara semua jenis peserta ICT kerana penumpuan teknologi dan platform, yang sememangnya bagus untuk pengguna.

"Kita menjangkakan fokus yang lebih tinggi dalam bidang-bidang baharu muncul seperti platform televisyen, internet dan aplikasi," kata Pengurus Industri Frost & Sullivan.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Tuesday, November 27, 2012

Kewangan Islam Mesti Libatkan Kumpulan Berpendapatan Rendah

14 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 27 November 2012- Kewangan Islam mestilah bersifat merangkumi dan boleh dinikmati oleh semua, khususnya kumpulan berpendapatan rendah dan perniagaan-perniagaan kecil untuk mencapai pertumbuhan ekonomi global yang lebih seimbang dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Selasa.

Untuk mencapai matlamat ini, kata beliau, institusi kewangan Islam mesti berusaha untuk meningkatkan kemudahan mendapatkan perkhidmatan kewangan masing-masing kepada semua segmen masyarakat dengan memenuhi permintaan bagi lebih banyak produk mikro kewangan Islam.

"Dengan kemunculannya sebagai satu bidang khusus pasaran baharu, mikro kewangan Islam akan dapat memenuhi permintaan berbeza-beza daripada masyarakat berpendapatan rendah dan memberikan sokongan kepada kegiatan keusahawanan," katanya pada Kolokium Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA) kedua 2012.

Mikro kewangan Islam, jika disokong oleh mikro takaful, berpotensi untuk menyediakan penyelesaian perlindungan dan pembiayaan yang lebih menyeluruh, lestari dan mudah diperoleh bagi kumpulan berpendapatan rendah dan perniagaan kecil.

Maklumat lanjut: BERNAMA

ChoicePlus Produk Terbaru Takaful Ikhlas

14 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 27 November 2012- Takaful Ikhlas Sdn Bhd menyasarkan jumlah sumbangan sebanyak RM66 juta bagi tahun pertama pengenalan produk kesihatan terbarunya, ChoicePlus.

Naib Presiden Eksekutif Operasi Perniagaan Wan Mohd Fadzlullah Wan Abdullah berkata ChoicePlus yang mula diperkenalkan sejak September yang lalu telah mencatatkan sumbangan RM4 juta dari 14 syarikat yang terlibat.

"Ini merupakan satu penanda aras yang positif bagi pihak kami yang menunjukkan produk ChoicePlus mampu menarik perhatian syarikat-syarikat di Malaysia bagi tujuan menjaga kebajikan kesihatan pekerja masing-masing," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Keadaan Ekonomi Yang Tidak Menentu Tidak Halang Pertumbuhan Industri Takaful

14 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 27 November 2012- Industri takaful mampu mencatatkan perkembangan positif walau pun berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kata Naib Presiden Eksekutif Operasi Perniagaan Takaful Ikhlas Sdn Bhd Wan Mohd Fadzlullah Wan Abdullah.

Katanya, walau pun ekonomi serantau pada masa ini mencatatkan pertumbuhan yang agak perlahan, namun industri itu telah direka bentuk bagi menghadapi segala bentuk perubahan ekonomi.

"Peluang untuk industri takaful tetap baik, sama ada pada waktu ekonomi sedang berkembang dan maju atau sebaliknya, kerana perkhidmatan takaful ini sememangnya merupakan satu keperluan," kata beliau kepada Bernama.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Upah Minimum Tingkatkan Tahap Gaji Untuk Bukan Eksekutif

13 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 26 November 2012- Pekerja yang berpangkat rendah akan menjadi penerima utama dengan menjangkakan pelaksanaan Gaji Minimum Negara, demikian menurut Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Dalam terbitan kaji selidik Gaji untuk Eksekutif dan Bukan Eksekutif 2012, MEF mendedahkan yang bukan eksekutif telah diberikan purata kenaikan gaji paling tinggi seumpamanya dalam dekad sebelumnya.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Presiden MEF Tan Sri Azman Shah Datuk Seri Harun berkata kakitangan bukan eksekutif telah diberikan purata kenaikan gaji 5.83 peratus dalam tahun 2012, lebih tinggi berbanding 5.37 peratus pada 2011.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Monday, November 26, 2012

Malaysia Bakal Sertai Kelab Dagangan RM 1 Trilion

13 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 26 Nov 2012- Kerajaan terus merasa optimis bahawa prestasi perdagangan Malaysia akan melepasi paras satu trilion pada tahun ini, walau pun suku ketiga dijangka lembap, kata Timbalan Menteri Perdagangan antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya pasaran perdagangan baharu, peningkatan perdagangan sesama negara Asean serta pertumbuhan perdagangan antara Malaysia dan Asia Barat akan menyeimbangkan dengan kemelesetan di Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa negara perdagangan tradisi negara ini.

"Ya, sumbangan perdagangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga dijangka rendah tetapi ia tidak boleh dikatakan satu corak. Perdagangan sentiasa dilakukan turun naik dan keadaan sekarang hanya boleh dikatakan satu corak jika ia berterusan beberapa sukuan tertentu."

"Tahun ini, kami kekal dengan sasaran RM1.0 trilion. Sehingga ini, kita hampir mencapai sasaran itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Perniagaan Muda Asia Pasifik 2012 di sini pada Isnin.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Peraturan Sewajarnya Perlu Untuk Urus Niaga Emas

13 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 26 November 2012 - Malaysia perlu mewujudkan peraturan sewajarnya bagi mengawal urus niaga emas untuk mengekang aktiviti pengambilan untung secara tidak sah oleh pihak tidak bertanggungjawab, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Isnin.

Beliau berkata peraturan untuk urus niaga emas amat penting memandangkan logam kuning berharga itu diniagakan dalam nilai yang tinggi.

Bercakap kepada pemberita di luar persidangan tahunan dunia mengenai Riba (usury) Dr Mahathir berkata syarikat urus niaga emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd, seharusnya disiasat secara teliti mengenai aktiviti urus niaganya.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Public Mutual Lancar Enam Dana Skim Persaraan Swasta

13 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 26 November 2012- Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual Bhd, Isnin melancarkan enam dana skim persaraan persendirian (PRS) yang terdiri daripada siri-siri konvensional dan berasaskan syariah untuk membantu individu mengumpul simpanan untuk persaraan mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Public Mutual berkata dana-dana di bawah siri-siri konvensional itu ialah Dana Pertumbuhan PRS, Dana Sederhana PRS dan Dana Konservatif PRS.

Dana berasaskan syariah terdiri daripada Dana Pertumbuhan Islam PRS, Dana Sederhana Islam PRS dan Dana Konservatif Islam PRS, katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Usahawan Muslim Digesa Bina Jaringan Kerjasama Untuk Majukan Diri

12 Muharram 1433


GEORGE TOWN, 25 November 2012- Usahawan muslim di negara ini digesa membina dan meningkatkan lagi jaringan kerjasama untuk memajukan diri dalam bidang yang diceburi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata sekiranya usahawan Islam mahu menguasai selok belok bidang perniagaan, mereka harus saling menyokong antara satu sama lain.

"Tanpa wujudnya jaringan yang merangkumi aspek kecil hinggalah kepada perkara yang lebih besar, kita tidak dapat mengoptimumkan penguasaan dalam bidang keusahawanan," katanya ketika berucap dalam majlis makan malam amal anjuran Dewan Perdagangan Islam Malaysia cawangan Pulau Pinang (DPIMPP) di sini malam tadi.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Sunday, November 25, 2012

Pasaran Saham Global Dijangka Meningkat Menjelang Akhir Tahun

12 Muharram 1434

SINGAPURA, 25 November 2012- Pasaran saham global dijangka meningkat menjelang akhir tahun ini dan sehingga 2013 walau pun wujud ketidaktentuan ekonomi global, kata Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Pakar Ekonomi Multi Asset Group, AMP Capital Dr Shane Oliver.


"Sambil mustahil untuk menyatakan dengan tepat, kemungkinan pembetulan pasaran saham yang kita saksikan sejak pertengahan November, telah berakhir."

"Walau pun masalah ketidaktentuan fiskal akan terus dihadapi sehingga bulan depan dan memberi kesan sekali sekala di dalam pasaran saham, penilaian yang kami capai menunjukkan wujud ruang bagi saham menunjukkan prestasi kukuh yang biasa menjelang akhir tahun."

Maklumat lanjut: BERNAMA

Unit Kpj Healthcare Beli 23.37 Peratus Kepentingan Dalam Vejthani Thailand

11 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 23 November 2012- Syarikat milik penuh KPJ Healthcare Bhd, Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn Bhd, bercadang membeli 23.37 peratus kepentingan dalam Vejthani pcl Thailand daripada Aureos South-East Asia Fund LLC dan GSB Private Funds dengan nilai RM60.52 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia Jumaat, KPJ berkata pengambilalihan Vejthani yang mengendalikan Vejthani Hospital, iaitu hospital persendirian di Bangkok, dijangka siap dalam suku kedua tahun depan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Saturday, November 24, 2012

Kerangka CSR Islam Sedia Diguna Pakai Pada Tahun Depan

10 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 23 November 2012- Kerangka Amalan Am Tanggung Jawab Sosial Korporat Islam (i-CSR) akan tersedia bagi diguna pakai oleh institusi kewangan Islam menjelang tahun depan.

Kerangka itu, yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI) Universiti Teknologi Mara, kini sudah hampir siap.

Ia dilaksanakan secara bersama oleh para penyelidik ARI di Pusat Kelestarian Asia Pasifik (APCeS) UITM-ACCA dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia dan Sebelas Maret University dan Universitas Muhammadiyah Surakarta di Indonesia.

Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, Pengarah ARI Prof Dr Normah Omar berkata institut itu akan mendapatkan khidmat para ilmuan syariah, yang termasuk ulama tempatan bagi mengemaskinikan beberapa butiran pada kerangka itu semasa bengkel dua hari mulai 29 Nov ini.

Katanya bengkel itu akan membangunkan satu indeks i-CSR yang akan digunakan sebagai garis panduan oleh pengamal dan pelaksana CSR di institusi Islam.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Friday, November 23, 2012

Pemindahan Aset PKNS Tidak Libatkan Syarikat Luar

9 Muharram 1434

SHAH ALAM, 22 November 2012- Penstrukturan semula aktiviti teras Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang akan melibatkan pemindahan aset miliknya kepada anak syarikat tidak akan membabitkan syarikat luar, kata Pengurus Besarnya Othman Omar Khamis.


Pemindahan aset berkenaan merupakan sebahagian daripada proses penyelarasan aktiviti-aktiviti teras Kumpulan PKNS selaras dengan perancangan penstrukturan semula berkenaan, kata beliau dalam satu kenyataan akhbar di sini.

Othman berkata dakwaan bahawa Central Holdings Berhad (CHB) bakal membeli lima aset milik PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Menara PKNS Petaling Jaya, Wisma Yakin dan SACC Mall adalah tidak tepat.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Thursday, November 22, 2012

Paypal Saran Pengguna Membeli-Belah Dalam Talian Pada Musim Perayaan

9 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 22 November 2012- Sebuah syarikat eBay, PayPal, menyarankan rakyat Malaysia membeli-belah dalam talian atau melalui peranti mudah alih semasa musim perayaan bagi menjimatkan masa.


PayPal, menerusi Gesellschaft fUr Konsumforschung (GfK), syarikat penyelidikan pasaran, telah menjalankan kajian dalam talian untuk mengukur tingkah laku membeli-belah akhir tahun rakyat Malaysia.

Maklumat lanjut: BERNAMA

MASkargo Sasar Perolehan RM2.4 Bilion Pada Tahun Depan

8 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 22 November 2012- MASkargo Sdn Bhd, unit kargo udara Malaysia Airline System Bhd (MAS), menyasarkan untuk mencatatkan perolehan RM2.4 bilion pada tahun depan, sejajar dengan pelan pemulihan yang dikemukakan oleh syarikat penerbangan negara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Mohd Yunus Idris berkata sasaran pendapatan, yang dikekalkan daripada matlamat tahun ini, boleh dicapai walau pun pertumbuhan industri fret udara dijangka mengalami kelembapan, yang sebahagian besarnya berikutan krisis hutang Eropah yang tidak dapat ditangani, peningkatan kos fuel dan ketegangan semakin buruk antara China dan Jepun.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Maybank Lancar Sistem Pengurusan Tunai Serantau

8 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 21 November 2012- Malayan Banking Bhd (Maybank), melancarkan Sistem Pengurusan Tunai Serantau (RCMS) untuk memanfaatkan pasaran pengurusan tunai Asia yang pantas berkembang.

RCMS, yang ditawarkan melalui platform canggih berasaskan laman sesawang Maybank2E, akan membolehkan bank itu memenuhi keperluan transaksi pelanggan perbankan global yang semakin meningkat di kesemua 10 negara Asean serta China dan Hong Kong.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Beberapa M&A Antara Firma India, Malaysia Dijangka Dalam Jangka Terdekat

8 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 20 November 2012- Lebih banyak penggabungan dan pengambilalihan (M&A) antara syarikat-syarikat Malaysia dan India dijangka berlaku dalam jangka terdekat kerana Malaysia dilihat sebagai batu loncatan bagi India untuk ke negara Asean yang lain.

Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Vijay K Gokhale berkata syarikat-syarikat India melihat peluang untuk meneroka sektor-sektor seperti elektronik dan penjagaan kesihatan.

"Pada akhir minggu ini, satu daripada syarikat sektor perkhidmatan penjagaan kesihatan India, VLCC Healthcare akan membuat pemerolehan utama di Malaysia melibatkan pelaburan kira-kira US$30 juta.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Tuesday, November 20, 2012

CIMB Group Umum Untung Bersih RM3.263 Bilion

7 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 20 November 2012- CIMB Group Holdings Bhd mencatatkan rekod untung bersih RM3.263 bilion untuk sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2012, sekali gus menyaksikan pertumbuhan tahun-atas-tahun sebanyak 12.6 peratus.


Berdasarkan tempoh suku-kepada-suku, kumpulan mencatatkan untung bersih RM1.143 bilion, tiga peratus lebih tinggi berbanding suku sebelumnya dan melepasi 12.9 peratus suku yang sama tahun lepas.

"Kami menyaksikan suku ketiga dan sembilan bulan pertama yang baik, disokong oleh prestasi kukuh di CIMB Niaga, CIMB Bank Singapore dan Perbankan Korporat serta Pasaran Perbendaharaan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Petronas Umum Pengeluaran Minyak Pertama Gumusut-Kakap

7 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 20 November 2012- Lapangan minyak Gumusut-Kakap, pembangunan air dalam kedua Malaysia, telah berjaya membuat pengeluaran minyak pertamanya pada 18 Nov, 2012, kata Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dalam satu kenyataan Selasa, Petronas berkata pengeluaran itu dicapai menerusi satu sistem pengeluaran minyak mentah sementara (ICES) di mana dua telaga pengeluaran daripada lapangan minyak disambungkan kepada unit pengeluaran secara terapung, simpanan dan pemunggahan sedia ada di lapangan Kikeh.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Jakarta Tetapkan Rp2.2 Juta Sebagai Upah Minumum 2013

7 Muharram 1434


JAKARTA, 20 November 2012- Gabenor Jakarta Joko Widodo (Jokowi) telah menetapkan Rp2.2 juta (Rp1 juta = RM316) sebagai Upah Minimum Provinsi (UMP) untuk Jakarta bagi tahun 2013.

"Saya sudah bertemu dengan pihak kesatuan sekerja, pengusaha dan Majlis Upah. Semuanya sudah selesai, dan hari ini ditandatangani, jumlahnya Rp2.2 juta," kata Jokowi di Balai Kota Jakarta, Selasa, sebagaimana dipetik agensi berita Antara.

Maklumat lanjut: BERNAMA

PNB Umum Agihan Pendapatan 6.3 Sen Seunit Bagi ASN 3

6 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 20 November 2012- Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pada Selasa mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.3 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3), bagi tahun kewangan berakhir 30 Nov, 2012, kenaikan 0.3 sen berbanding enam sen seunit tahun lepas.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata pengagihan pendapatan itu akan melibatkan pembayaran berjumlah RM8.11 juta dan memberi manfaat kepada 11,652 pemegang unit yang memegang gabungan 128.81 juta unit dalam ASN 3.

Semasa mengumumkan prestasi ASN 3, beliau berkata daripada jumlah itu, pendapatan dividen menyumbang RM4.11 juta atau 38.27 peratus, keuntungan daripada penjualan saham pada RM4.09 juta (38.08 peratus) manakala RM2.54 juta (23.65 peratus) diperoleh daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pendapatan lain.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Dayang Untung RM100 Juta?

6 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 20 November 2012- Dayang Enterprise Holdings berada pada kedudukan yang betul untuk mencatatkan keuntungan sebanyak RM100 juta bagi tahun kewangan semasa 2012, meskipun kelemahan dalam pendapatan pada suku keempat berikutan musim hujan, demikian menurut HwangDBS Vickers Research.

Firma penyelidikan itu berkata kunci kira-kira penyedia perkhidmatan bersepadu kepada industri minyak dan gas berkenaan kekal kukuh dengan RM106 juta tunai bersih, yang akan berguna di masa depan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Tumpuan Lebih Pada Sektor Perbankan ?

6 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 20 November 2012- Kenanga Research mengekalkan saranan "beli lebih" pada sektor perbankan, kerana percaya kumpulan perbankan tempatan akan menunjukkan prestasi yang baik di dalam sistem perbankan yang kondusif sekarang ini dengan kunci kira-kira yang kukuh dan kenaikan pendapatan.

"Kita melihat banyak bukti bahawa Garis Panduan Pemberian Pinjaman Yang Bertanggung Jawab oleh Bank Negara Malaysia kini membawa sedikit perubahan terhadap arena industri perbankan," kata syarikat itu di dalam satu nota.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Affin Holdings Catat Untung Pracukai Lebih Tinggi

6 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 19 November 2012- Untung pracukai Affin Holdings Bhd bagi tempoh kewangan sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2012 naik kepada RM621.33 juta berbanding RM534.474 juta pada tempoh yang sama 2011.

Perolehan bagi tempoh itu juga meningkat kepada RM2.228 bilion daripada RM1.954 bilion.
Bagi suku ketiga pula, kumpulan itu mencatatkan untung pracukai sebanyak RM211.906 juta dengan perolehan sebanyak RM773.04 juta.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Kekurangan Tindakan Bermaklumat Buka Peluang Kepada Serangan Maya

6 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 19 November 2012- Walaupun kesedaran keselamatan maya telah meningkat, kekurangan tindakan dan strategi bermaklumat telah menghasilkan jurang luas yang terbuka kepada risiko dan serangan, kata dan EC-Council Academy, sebuah pembekal latihan keselamatan teknologi maklumat.

Pengarah urusannya, Wilson Wong, berkata keselamatan maklumat dan jenayah maya kekal dalam senarai ancaman bagi organisasi, badan kerajaan dan pengguna.

"Adalah penting bagi syarikat yang menjalankan urus niaga dalam talian untuk mengetahui bagaimana penggodam beroperasi dan bagaimana menghalang mereka daripada menggodam jaringan." katanya kepada Bernama pada simposium tahunan kesembilan Hacker Halted Asia-Pasifik di sini pada Isnin.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Kewangan Islam Di Asia Perlu Strategi Untuk Pertumbuhan Mampan

6 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 19 November 2012- Industri kewangan Islam Asia memerlukan strategi untuk memastikan pertumbuhan yang mampan dan stabil.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank, Badlisyah Abdul Ghani berkata keperluan asas bagi integrasi kewangan Islam yang berkesan di seluruh rantau ini adalah kepastian dalam aktiviti kewangan Islam, ketentuan peraturan dan undang-undang; kredibiliti Syariah dan keharmonian Syariah serantau.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Malaysia Terus Terajui Pembangunan Perbankan Islam

6 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 19 November 2012- Malaysia akan terus menjadi peneraju global dalam membangunkan dan memperkenalkan sistem perbankan Islam, demikian menurut Roland Berger Strategy Consultants.

Rakan kongsi kanan Asia Tenggaranya, Markus Bohme berkata Malaysia akan berdepan persaingan dari negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Beliau berkata akan terdapat hubungan secara automatik dengan negara-negara GCC dan dalam masa yang sama persaingan, tetapi Malaysia kemungkinan bersedia untuk itu di Asia.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Kumpulan Perladangan Minyak Sawit Terbesar Indonesia Selesaikan Terbitan Sukuk RM1.5 Bilion

6 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 19 November 2012- Golden Assets International Finance Ltd, unit Golden Agri-Resources Ltd (GAR), telah menyelesaikan terbitan sulung nota jangka sederhana Islam (IMTN) RM1.5 bilion menurut program IMTN dalam nilai ringgit 15 tahunnya sehingga RM5 bilion.

GAR, kumpulan perladangan minyak sawit terbesar Indonesia, ketika ini disenaraikan di Singapore Exchange Securities Trading Ltd.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata Malaysia merupakan lokasi ideal bagi terbitan sukuknya memandangkan pasaran sukuk yang mantap dan canggih dengan kecairan yang besar ditambah dengan kebiasaannya dalam industri minyak sawit secara am.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Lembah Klang Hadapi Lebihan Bekalan Ruang Pejabat

6 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 17 November 2012- Lembah Klang akan menghadapi lebihan bekalan ruang pejabat yang dibina khas dalam tempoh tiga tahun akan datang, apabila ia dijangka mencecah 115 juta kaki persegi.


Pengarah eksekutif Cheston International KL Sdn Bhd, G. Paremes Sivam, berkata pasaran ruang pejabat banyak bergantung kepada pertumbuhan perniagaan dan ekonomi.

Beliau berkata bekalan rumah pejabat yang terkumpul telah meningkat sebanyak kira-kira 2.45 peratus dalam tempoh dari enam bulan kedua 2011 hingga enam bulan pertama 2012.

Kuala Lumpur mengalami perkembangan pesat pembinaan ruang pejabat dengan tambahan sebanyak 20.763 juta kaki persegi kepada 94.6 juta kaki persegi yang sedia ada, katanya.

"Kadar pengisian ruang pejabat di Lembah Klang, yang meliputi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, adalah pada 83.26 peratus," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Ketua Eksekutif ANZ Terima Gaji A$10 Juta Setahun Di Australia


6 Muharram 1434

MELBOURNE, 17 November 2012- Ketua Eksekutif ANZ Bank Mike Smith merupakan jurubank dengan gaji tertinggi di Australia, dengan pakej bernilai hampir A$10 juta tahun lepas.

Bank berkenaan yang mempunyai pegangan dalam AmBank yang berpangkalan di Malaysia, juga akan meminta pemegang saham meluluskan A$3.2 juta pakej opsyen untuk membayar Smith dalam tiga tahun sekiranya sasaran prestasi dicapai, demikian menurut laporan Sydney Morning Herald.

Maklumat lanjut: BERNAMA

PM Umum Liberalisasi Enam Subsektor

6 Muharram 1434


PUTRAJAYA, 16 November 2012- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan liberalisasi enam lagi subsektor di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik Persaingan, Standard dan Liberalisasi.

Enam subsektor itu ialah perkhidmatan undang-undang, perkhidmatan pakar perubatan, sekolah antarabangsa, universiti swasta dan telekomunikasi, iaitu Pembekal Fasiliti Jaringan (NFP) dan Pembekal Perkhidmatan Jaringan (NSP).

"Ini bermakna, sejumlah 15 daripada 17 subsektor yang diumumkan ketika belanjawan telah diliberalisasikan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Friday, November 16, 2012

Great Eastern Lancar 'Pelan Persaraan Great'

3 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 16 November 2012- Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd Jumaat melancarkan "Pelan Persaraan Great", pelan persaraan pertama seumpamanya dengan jaminan pendapatan tahunan untuk 10 atau 15 tahun, bergantung kepada pemilihan usia persaraan 55 atau 60.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Koh Yaw Hui berkata kebanyakan mereka mempunyai dana yang tidak cukup pada usia persaraan untuk menikmatinya bersama-sama mereka yang tersayang dan melunaskan impian mereka selepas bekerja keras sepanjang usia.

"Pelan persaraan ini akan membantu pemegang polisi untuk menambah dana persaraan mereka."

Maklumat lanjut: BERNAMA

Ekonomi Malaysia Berkembang Lebih Rendah Berbanding Tahun Sebelumnya Pada Suku Ketiga

3 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 16 November 2012- Ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada suku ketiga 2012 berbanding 5.8 peratus yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya dalam keadaan ekonomi global yang mencabar.

Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata pertumbuhan terjejas oleh permintaan luar yang perlahan yang menyebabkan penurunan lagi dalam eksport sebenar bersih barangan dan perkhidmatan.

Permintaan domestik, bagaimanapun, terus menyediakan sokongan kepada pertumbuhan, disokong oleh prestasi penggunaan swasta yang menggalakkan dan aktiviti pelaburan oleh sektor awam dan swasta.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Industri Makanan Halal Berpotensi Untuk Dimajukan Di Negara Ini

3 Muharram 1434


KOTA KINABALU, 16 November 2012- Industri makanan halal berpotensi untuk dimajukan di negara ini, sekali gus menjanjikan peluang perniagaan yang cukup lumayan sekiranya berjaya diterokai dengan bijak, kata Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran.

Beliau berkata ini merupakan perkembangan menarik dengan umat Islam yang dijangka bertambah bilangannya kepada lebih 8.3 bilion pada 2030 meliputi 79 negara.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Isu Pusat Data Jejas Kemampuan Perniagaan Untuk Sokong Pengguna

3 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 16 November 2012- Hampir 85 peratus daripada pertubuhan berkata isu-isu berkaitan kuasa pusat data, ruang dan kapasiti pendinginan, serta aset dan masa berkendali, telah menjejaskan kemampuan perniagaan untuk menyokong pengguna-pengguna mereka.

Dalam satu kenyataan Jumaat, CA Technologies berkata kajian oleh International Data Corp (IDC) berkata isu-isu ini telah mengurangkan kemampuan teknologi maklumat (IT) untuk menyokong inovasi perniagaan dan mendapatkan nilai perniagaan yang maksimum daripada pelaburan perkakasan dan perisian IT.

Kajian itu, "Peranan Pusat Data dalam menyampaikan Inovasi Perniagaan: Menggunakan DCIM untuk Menyediakan Pendekatan Pengurusan Bersama", ditaja oleh CA Technologies.

Lebih 500 profesional IT dan kemudahan di syarikat-syarikat bersaiz sederhana dan besar di Amerika Utara, Eropah barat dan Amerika Latin menyertai kajian itu.

Maklumat lanjut: BERNAMA

BMW Group Malaysia Perkenalkan Generasi Kedua Coupe BMW M6 Yang Baharu

2 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 16 November 2012- BMW Group Malaysia Jumaat melancarkan generasi kedua BMW M6 Coupe yang baharu, iaitu model kereta berprestasi tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Gerhard Pils berkata BMW M6 Coupe mewakili keunggulan sebenar gaya sport yang dinamik dan disesuaikan dengan individu yang bercita rasa tinggi.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Mastercard, Kad Pembayaran Antarabangsa Pertama Digunakan Di ATM Myanmar

2 Muharram 1433


Singapura, 15 November 2012- Mastercard ialah kad pembayaran antarabangsa pertama yang digunakan di Automatic Teller Machine(ATM) perintis yang dipasang di Myanmar.

Co-operative Bank Ltd (CB Bank) dan MasterCard Worldwide hari ini mengumumkan yang transaksi itu dibuat menggunakan kad MasterCard di ibu pejabat bank di 23rd Street and Strand Road di Yangon.

ATM pertama Myanmar dipasang di lokasi yang sama pada November tahun lepas.

Ini adalah susulan daripada pengumuman pada September yang menyaksikan MasterCard Worldwide menjadi rangkaian pembayaran antarabangsa pertama mengeluarkan lesen kepada bank Myanmar.

Ini membuka jalan untuk kad-kad berjenama dikeluar dan diterima di dalam negara itu untuk kali pertamanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Malaysia Boleh Capai Pertumbuhan KDNK 4-5 Peratus Tahun Ini

2 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 14 November 2012- Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa Christine Lagarde yakin bahawa Malaysia boleh mencapai sasaran KDNK empat hingga lima peratus tahun ini.


Lagarde berkata beliau kagum dengan rekod pertumbuhan negara dan transformasinya kepada ekonomi pasaran yang pesat membangun. "Ya, saya rasa boleh," katanya menjawab soalan sama ada Malaysia boleh mencapai sasaran pertumbuhan KDNK tahun ini.

Lagarde berada di Malaysia dalam lawatan pertamanya ke negara ini sebagai ketua IMF.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Kelas TV HD Pada 22-24 November 2012

2 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 15 November 2012- Penganjur Persidangan Broadcast Empire Sdn Bhd akan menganjurkan kelas induk produksi televisyen berdefinisi tinggi (HD)

Pengarah Urusan Louis Clovis berkata kelas itu disasarkan kepada pensyarah universiti, produser televisyen, pengendali pelbagai kamera dan juruteknik serta para pelajar tahun kedua dan ketiga kursus profesional masing-masing.

"Ia menangani isu-isu di mana banyak versi digunakan, apakah isu-isu produksi yang berkaitan dengan produksi HD dan implikasi ke atas peruntukan dan aliran kerja.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Sogo Berjaya Jimat RM80,000 Bil Elektrik Sebulan

2 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 15 November 2012- SOGO (K.L.) Department Store Sdn Bhd (SOGO) telah berjaya menjimatkan sehingga RM80,000 sebulan untuk bil elektrik, dengan menggantikan pendingin-pendingin lamanya dengan unit-unit baharu yang lebih cekap dari segi penggunaan tenaga.

Pengurus Kanan Jabatan M&E Bangunan SOGO, Yong Yau Wah berkata keputusan menggantikan unit-unit pendingin itu tepat pada masanya memandangkan kerajaan telah menyediakan rebat bagi menggalakkan penggunaan produk yang cekap dari segi tenaga.

"Perunding kami telah memaklumkan kami mengenai program ini. Pada masa yang sama, kami juga turut serta dalam program inisiatif hijau," kata beliau kepada Bernama.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Thursday, November 15, 2012

Keyakinan Perniagaan Malaysia Meningkat

1 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 14 November 2012- Keyakinan perniagaan Malaysia bertambah baik meskipun keadaan tidak menentu global berterusan, demikian menurut Indeks Keyakinan Perniagaan (BCI) Regus.

Dalam satu kenyataan Rabu, Regus berkata menurut BCInya, perkadaran syarikat Malaysia yang melaporkan peningkatan pendapatan bertambah daripada 58 peratus pada April kepada 66 peratus, dan selaras dengan itu, keuntungan turut meningkat daripada 54 peratus kepada 65 peratus.

Ia berkata lebih tiga suku (79 peratus) responden Malaysia berkata mereka berpuas hati dengan strategi sokongan kerajaan bagi perniagaan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

1 Muharram 1434

Penulis di sini ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Baru Kelendar islam, Maal Hijrah 1434. Moga dengan datangnya tahun baru ini semakin ramai dikalangan pengunjung laman ini dapat menimba manfaat atas apa jua pengisian yang ada di sini.

Ingin dijelaskan di sini bahawa segala pengisian yang ada di laman ini adalah untuk menanamkan minat membaca di kalangan pembaca di alam siber ini  yang menggunakan bahasa Melayu terutama minat terhadap artikel-artikel perniagaan dan ekonomi yang selama ini didominasi oleh artikel yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Akhir kata, teruskan melayari blog/laman ini.Disamping itu jika sudi, sampaikanlah kepada rakan-rakan anda yang lain tentang kewujudan blog sebegini.

Wallahualam

@myiktisad

Monday, November 12, 2012

Hindari Sifat Tamak Ketika Membuat Pelaburan

27 Zulhijjah 1433

Para pelabur seharusnya menghindari sifat tamak dalam melakukan sesuatu pelaburan. Bak kata pepatah Melayu, “Orang Tamak Selalu Rugi, bagai Anjing Dengan Bayang”. Kita perlu berpaksikan kepada realiti dalam menilai prospek sesuatu pelaburan. Selalunya  hampir tiada bagi sesuatu pelaburan yang menawarkan pulangan tinggi tetapi menyediakan suasana pelaburan yang mempunyai risiko yang rendah.

Merujuk kepada isu pelaburan skim cepat kaya yang timbul semula di negara ini, ianya mendedahkan sikap sebenar di kalangan pelabur yang masih berpaksikan sikap tamak dalam melakukan transaksi sesuatu pelaburan.  Apabila sifat tamak telah menguasai diri kita, maka cacingpun boleh dijadikan skim pelaburan selain daripada emas  wang tunai dan sebagainya .  Maka wang yang dikumpulkan bertahun-tahun dari jerit perih wang atau harta yang diperolehi dari sumber pekerjaan untuk tabungan di hari muka hilang dengan sekelip mata.Natijahnya, amat sukar bagi mereka yang telah berumur untuk  bangun semula membina kekayaan yang telah hilang.

Ada pula dikalangan pelabur yang sudah mencapai tahap balik modal dalam sesuatu pelaburan , tetapi masih merasakan keuntungan yang diperolehi belum cukup. Maka mereka  terus menambahkan pelaburan secara berpuluhan dan ratusan ribu sedangkan sepatutnya mereka boleh memilih pilihan untuk keluar seketika untuk dibuat penilaian terhadap skim yang dilaburkan selama ini. Namun disebabkan sifat tamak, pelaburan terus menerus diteruskan.Apabila sudah sampai  masa musibah yang berlaku, wang berkenaan turut hilang sekelip mata.Namun golongan ini masih bernasib baik kerana hanya rugi dari sudut peluang  membuat untung secara berterusan sahaja.

Oleh yang demikian, para pelabur perlulah menghindari sifat tamak dalam melakukan sesuatu transaksi pelaburan.Apa yang lebih penting terutama bagi setiap mereka yang beriman, sesuatu pelaburan itu perlulah mematuhi aspek syariah di dala Islam.
Wallahualam

@myiktisad

Friday, November 9, 2012

Untung Sebelum Cukai Maybank Bagi Suku Ketiga MelonjakKepada RM2 Bilion

25 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 9 November 2012- Untung sebelum cukai Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2012, melonjak kepada RM2.02 bilion daripada RM1.84 bilion yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.

Perolehan naik kepada RM6.97 bilion daripada RM6.07 bilion sebelumnya.

Bagi tempoh sembilan bulan, untung sebelum cukai bank naik kepada RM5.94 bilion daripada RM5.14 bilion pada tempoh sama tahun lepas dengan perolehan masing-masing sebanyak RM20.5 bilion dan RM16.92 bilion.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Perodua Akan Wujudkan Satu Lagi Hab BNP Di Wilayah Tengah

24 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 8 November 2012- Perusahaan Automobil Kedua (Perodua), pembuat kereta kompak negara, berhasrat mengadakan satu lagi hab membaiki badan dan cat kereta (BNP) di wilayah tengah dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan penggunanya.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata syarikat berharap untuk mempunyai tiga hab BNP bagi memenuhi permintaan pasaran wilayah tengah.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Lynas Rancang Tambah Pelaburan

24 Zulhijjah 1433


MELBOURNE, 9 November 2012- Syarikat memproses nadir bumi, Lynas Corporation merancang untuk menambah modal setelah Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkannya menjalankan operasi kilangnya di Gebeng.

Syarikat memohon untuk menghentikan dagangan sahamnya, sementara menunggu pengumuman butiran usaha penambahan modal, demikian menurut syarikat itu dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Maklumat lanjut : BERNAMA

PKS Berhadapan Cabaran Dapatkan Perniagaan

24 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 8 November 2012 Perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia masih berhadapan dengan cabaran untuk mendapatkan perniagaan kerana sistem pembelian, penggunaan dan menguruskan keselamatan kini kian rumit.

Pengarah Jualan Strategik Symantec Corp (Asia Pasifik dan Jepun), Avinash Lotke berkata PKS merupakan bahagian penting rantaian bekalan dalam persekitaran perniagaan hari ini, mengendalikan maklumat bernilai dan kerap memproses data penting para pengguna.

"Sementara PKS menyatakan kerugian data dan serangan siber sebagai risiko perniagaan yang utama, mereka masih lagi berhadapan dengan cabaran mendapatkan perniagaan kerana segalanya semakin rumit sekarang ini (sistem membeli, mengguna dan menguruskan sistem keselamatan)," kata beliau pada majlis pelancaran perisian edisi 2013 "Endpoint Protection Small Business" untuk PKS di sini Khamis.

Maklumat lanjut: BERNAMA

TM R&D Dapat Dua Anugerah Di APICTA MSC Malaysia

24 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 8 November 2012- Telekom Research & Development Sdn Bhd (TM R&D), satu anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Bhd (TM), baru-baru ini mendapat Anugerah Aplikasi Komunikasi Terbaik dan merit di dalam kategori Peralatan Aplikasi dan Infrastruktur Terbaik, pada majlis Anugerah ICT MSC Malaysia dan Asia Pasifik (MSC Malaysia APICTA).

Dalam satu kenyataan hari ini Ketua Pegawai Eksekutif TM R&D Dr Gopi Kurup berkata anugerah APICTA adalah salah satu daripada anugerah paling inovatif dan paling berprestij dan sudah tentu TM R&D berbangga menjadi penerima kedua-dua anugerah itu.

"Memenangi anugerah itu, yang diiktiraf oleh seluruh industri, sememangnya meningkatkan kedudukan kami sebagai peneraju di dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan inovasi," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Wednesday, November 7, 2012

Pelanggan Unifi Menjangkaui 450,000

22 Zulhijjah 1433

TM telah merekodkan pertambahan pelangan Unifi kepada menjangkaui 450,000 pelanggan. Menurut sumber dalaman syarikat berkenaan , prestasi berkenaan setakat ini terus memperkukuhkan kedudukan TM sebagai peneraju Jalur Lebar di Malaysia.

Mara Sasar 500 Usahawan Bumiputera Berstatus Jutawan Pada 2020

22 Zulhijjah 1433



MARANG, 6 November 2012- Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan 500 usahawan bumiputera mencapai status jutawan menjelang 2020.

Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) Mara Datuk Mohd Rosdi Ismail berkata setakat ini 157 usahawan jutawan telah dihasilkan agensi itu menerusi pelbagai program yang dilaksana.

"Jutawan yang dimaksudkan ini ialah mereka yang memperolehi pendapatan tidak kurang RM2 juta setahun," katanya kepada pemberita selepas Karnival dan Pameran Produk Usahawan Daerah Marang, di sini Selasa.

Maklumat lanjut: BERNAMA

TM Meterai Pakatan Dengan TeAM, VADS

22 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 6 November 2012- Telekom Malaysia Bhd (TM) menandatangani perjanjian kerjasama dengan Persatuan Usahawan Teknologi Malaysia (TeAM) dan VADS Bhd bagi BizApp Store.

Dalam satu kenyataan hari Selasa, TM berkata kerjasama tersebut menandakan usaha penting bagi syarikat dengan membawa perkhidmatan awam kepada perusahaan kecil dan sederhana Malaysia melalui kerjasama dengan TeAM dan platform VADS.

TM BizApp Store merupakan portal web layan diri yang menawarkan pelbagai aplikasi perniagaan yang dibangunkan oleh syarikat perisian antarabangsa serta vendor perisian bebas (ISV) tempatan.

Semua aplikasi di TM BizApp Store adalah berkaitan industri untuk PKS memandangkan mereka berkembang daripada fasa permulaan untuk menjadi syarikat sederhana dan besar.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Wujudkan Lebih Banyak Koperasi Sekolah Untuk Bantu Pembangunan Insan Pelajar

22 Zulhijjah 1433


PETALING JAYA, 6 November 2012- Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi menyeru lebih banyak koperasi sekolah ditubuhkan bagi membantu pembangunan modal insan di kalangan pelajar dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat 2,145 koperasi sekolah di seluruh negara dan daripada jumlah itu, sebanyak 2,040 menganggotai Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Maklumat lanjut: BERNAMA

Peguam Di Kompleks PKNS Pohon Perintah Deklarasi Batal Pemindahan Lima Aset PKNS

22 Zulhijjah 1433


SHAH ALAM, 6 November 2012- Seorang peguam memfailkan permohonan bagi perintah deklarasi agar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membatalkan cadangan pemindahan lima aset PKNS kepada Private Real Estate Company (PREC).

Lima aset itu ialah Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Pusat Konvensyen Shah Alam, Menara PKNS di Petaling Jaya dan Wisma Yakin di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Kamarudin Ahmad, yang memiliki firma guaman di Kompleks PKNS Shah Alam, memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Kamarudin & Partners.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Tuesday, November 6, 2012

Usahawan Cacing Didakwa

21 Zulhijjah 1433


KUANTAN, 6 November 2012- Seorang usahawan cacing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Selasa atas pertuduhan menawarkan kepentingan skim pajakan cacing tanpa kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 1965.

Nazri Mamat, 38, dari Kampung Pandan 1, dekat sini didakwa melakukan kesalahan itu dengan menawarkan kepada orang awam membeli kepentingan skim pajakan cacing tanpa surat ikatan yang sah daripada SSM di antara 8 Mei 2008 hingga 22 April 2009 di premis miliknya, Syarikat Restu Rimbunan Rahmat Sdn Bhd di Lot A 4722, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Pandan 1, Kuantan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 94(1)(a) akta sama yang memperuntuk hukuman penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

MBSB Sasar Jadi Bank Penuh

21 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 5 November 2012- Malaysia Building Society Bhd (MBSB) hampir mencapai 50 peratus dalam proses ke arah menjadi sebuah institusi perbankan perkhidmatan penuh, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Zaini Othman.

Beliau berkata pemberi pinjaman itu sedang menyelesaikan beberapa perkara yang menghalangnya daripada berubah daripada sebuah penyedia pembiayaan kepada bank.

"Perkara yang paling penting ialah kami perlu menguruskan soal modal. Sebuah bank Malaysia memerlukan modal sekurang-kurangnya RM2 bilion untuk beroperasi sebagai sebuah bank. Buat masa sekarang, modal kami berjumlah kira-kira RM1.36 bilion.

"Ada beberapa jurang yang perlu ditutup, sebahagiannya bergerak lancar, sebahagiannya lembap. Tetapi semua ini mengambil masa," katanya pada satu taklimat media di sini Isnin.

Maklumat lanjut: BERNAMA

R&R Tapah Dan Rawang Ditutup Mulai Hari Ini Untuk Sementara

21 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 5 November 2012- Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah dan Rawang di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup sementara selama dua hari bermula esok bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

Menurut kenyataan PLUS Berhad hari ini, R&R Tapah arah utara akan ditutup esok bermula 8 pagi hingga 5 petang manakala R&R Tapah arah selatan akan ditutup pada Rabu bermula 8 pagi hingga 5 petang.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Monday, November 5, 2012

Pelabur Disaran Berhati-Hati Dengan Saham Dan Waran Tiger Synergy

21 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 5 November 2012- Bursa Malaysia Securities Bhd telah menasihatkan pelabur untuk berhati-hati ketika membuat keputusan dalam perdagangan saham dan waran Tiger Synergy Bhd.

Dalam satu kenyataan, bursa itu berkata ia tidak akan teragak-agak mengambil langkah pengawalseliaan untuk memastikan dagangan yang adil dan teratur saham dan waran itu.

Ia juga menarik perhatian pelabur kepada peningkatan ketara harga dan volum saham dan waran itu, dan kepada jawapan syarikat itu kepada pertanyaan tentang Aktiviti Pasaran Luar Biasa yang dikeluarkan oleh bursa itu pada 22 Okt.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Sunday, November 4, 2012

PTS Media Group Sasar Untuk Disenaraikan Dalam Masa 3-5 Tahun

20 Zulhijjah 1433



KUALA LUMPUR, 3 November 2012- Penerbit dan pengedar buku Bahasa Melayu, PTS Media Group, menyasarkan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dalam masa tiga hingga lima tahun lagi.

Timbalan Pengurus Pemasaran Aizat Abdul Razak berkata syarikat itu sedang membuat persediaan ke arah itu seperti memperkemaskan struktur perniagaan, sistem akaun dan sebagainya.

PTS juga sedang memantapkan lagi penjualan dan kualiti buku-buku terbitannya.

Kata Aizat dari segi jualan, syarikat tersebut mengunjurkan penjualan sebanyak 30 juta buah buku untuk tahun 2012.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Saturday, November 3, 2012

Prestasi Bursa Malaysia Dijangka Lemah

18 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 3 November 2012- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka lemah minggu depan selepas mencecah paras tertinggi baharu baru-baru ini, kata para peniaga.

Pasaran mencatatkan paras tertinggi baharu pada 1,674.67 pada Selasa.

Naib Presiden merangkap Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank Bhd Dr Nazri Khan berkata prestasi penerajuan konsisten dalam sektor kewangan yang melonjakkan bursa tempatan merupakan petanda situasi terlebih beli dengan pasaran dijangka berehat minggu depan.

Beliau berkata dagangan jajaran kecil mungkin berterusan dengan saham berharga di bawah seringgit Pasaran ACE menguasai dagangan dalam aktiviti giliran, membayangkan kemungkinan permulaan rali Krismas/Tahun Baru Cina dalam penstabilan FBM KLCI.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Sandy Bakal Perlahankan Ekonomi Malaysia

18 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 2 November 2012- Taufan Sandy tidak akan memberikan impak besar kepada ekonomi Malaysia kerana bencana itu hanya menjejaskan ekonomi global dalam jangka pendek, kata perunding S Das & Associates Pty Ltd, Satyajit Das.

"Saya tidak rasa ia akan mempunyai kesan besar dalam jangka panjang kerana dalam jangka pendek ia akan mengurangkan pertumbuhan dan jelas sekali, dalam suku ini dan mungkin dalam suku akan datang. Bahagian pembinaan semula akan dibiayai oleh insurans semula dari luar Amerika Syarikat.

"Apa jadi sekiranya beberapa perkara kita boleh kawal dan beberapa perkara kita tidak boleh kawal. Kita akan terjejas oleh bencana ini tetapi tahap mana kita terjejas tidak diketahui dan kita telah menjadi penerima dalam setahun atau lebih untuk beberapa perkara seperti apabila Jepun membuat keputusan untuk menutup loji nuklear, ia amat baik untuk eksport LNG kita," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk "The End of Growth?" Jumaat.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Pemegang Saham KFC Holdings & QSR Brands Bakal Raih Untung

18 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 2 November 2012 - Lembaga pengarah Massive Equity Sdn Bhd menganggap tawaran Triple Platform Sdn Bhd (TPSB) sebagai patut dan munasabah.

Dalam satu kenyataan Jumaat, Massive Equity berkata ini berdasarkan cadangan-cadangan penasihat bagi tawaran itu, yang juga berkata tawaran itu akan membolehkan pemegang saham meraih pulangan daripada pelaburan mereka pada premium yang menarik.

Pemegang-pemegang saham KFCH Holdings (M) Bhd dan QSR Brands Bhd sudah bersedia untuk mengundi bagi tawaran yang dicadangkan oleh TPSB untuk menjadikan syarikat itu hak milik persendirian pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) masing-masing pada 5 Nov dan 6 Nov, 2012.

Maklumat lanjut: BERNAMA

U Mobile Kembang Rangkaian 3G Ke Seluruh Semenanjung

18 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 2 November 2012- U Mobile Sdn Bhd mengembangkan rangkaiannya ke seluruh Semenanjung Malaysia dan kini akan menawarkan liputan 3G dan perkhidmatan internet kelajuan tinggi di setiap negeri di Semenanjung.

Ini susulan pengaktifan Rangkaian Akses Radio 3G yang dikongsi dengan Maxis Bhd (MAXIS), kata syarikat telekomunikasi itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pengembangan rangkaian 3G itu menerusi perkongsian 3G RAN merupakan satu pencapaian utama bagi industri telekomunikasi tempatan dan adalah inisiatif pertama seumpamanya di Asia.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Pemegang MasterCard Malaysia Belanja US$2.1 Bilion Di Jualan Mega

18 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Pemegang kad MasterCard Malaysia berbelanja sebanyak US$2.1 bilion dengan 22 juta urus niaga semasa tempoh jualan Karnival Jualan Mega 1Malaysia (1MMSC) 2012.

Daripada jumlah amaun yang dibelanjakan, US$215 juta disumbang daripada pemegang kad luar negara dalam 1.4 juta urus niaga.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Friday, November 2, 2012

Lebih 50 Peratus Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Dunia Intai KLIA2

17 Zulhijjah 1433

SEPANG, 2 November 2012- Terminal baharu penerbangan tambang rendah (LCCT), klia2, sudah bersedia menarik lebih daripada 50 peratus syarikat penerbangan tambang rendah dunia apabila memulakan operasinya pada Mei 2013.

Pada masa ini terdapat sejumlah 30 hingga 40 syarikat penerbangan tambang rendah dunia berbanding hanya lima syarikat penerbangan sejak lima tahun lepas.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Pelaburan Dalam Sektor Perbankan Malaysia Menarik?

17 Zulhijjah 1433

KUALA LUMPUR, 1 November 2012- Kenanga Research telah mengekalkan saranan 'overweight' pada sektor perbankan kerana ia percaya unjuran pertumbuhan pinjaman industri sebanyak 11 peratus kepada 13 peratus bagi 2012 boleh dicapai.

Ini memandangkan pinjaman korporat mungkin berkembang pada separuh kedua (H2) dengan permulaan projek prasarana Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan pembiayaan dalaman.

Kenanga Research juga percaya kumpulan perbankan tempatan akan terus berkembang dalam sistem perbankan kondusif sekarang.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Untung Nestle Meningkat

17 Zulhijjah 1433

KUALA LUMPUR, 1 November 2012- Nestle (Malaysia) Bhd telah mencatatkan jumlah dagangan RM1.14 bilion dalam suku ketiga berakhir 30 Jun, 2012, naik 7.7 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas dan dirangsang oleh jualan domestik yang kukuh.

Kumpulan itu mendapat manfaat penuh daripada ekonomi domestik yang mantap dengan beberapa kategori produk mencatatkan pertumbuhan dua digit yang menggalakkan, kata Nestle dalam satu kenyataan Khamis.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Berminat Jadi Usahawan Tekno Dengan TM ?

17 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 1 November 2012- Telekom Malaysia Bhd (TM) kini bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan StartupMalaysia.org untuk memperkenalkan program Digital Malaysia Corporate Accelerator pertama yang bertujuan menghasilkan lebih ramai usahawan tekno.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan TM Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa berkata program kerjasama itu sejajar dengan inisiatif Mengambil Peluang Global oleh Digital Malaysia, yang menyasarkan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjadi usahawan digital bertaraf baru.

"Sebagai peneraju pasaran bagi pasaran Perusahaan Kecil dan Sederhana, saya percaya kita boleh memberi nilai yang tinggi kepada lima penyelesaian terbaik yang akan diambil daripada program itu," katanya kepada pemberita selepas pelancarannya oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di sini Khamis.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Thursday, November 1, 2012

Bekalan Daging Halal Dari Sudan Masuk Pasaran RM 16 Sekilo

16 Zulhijjah 1433


KHARTOUM (Sudan), 1 November 2012- Masalah kekurangan daging lembu dalam negara bakal diatasi terutamanya menjelang musim perayaan apabila bekalan daging dari Sudan mula memasuki pasaran tempatan pertengahan bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Buku Hijau Holdings Sdn Bhd Dr Abdul Rashid Tang Abdullah berkata syarikat itu yang kini mempunyai dua pusat penyembelihan di Sudan, bakal mengeksport daging lembu sebanyak 3,000 tan metrik sebulan ke Malaysia.

"Daging lembu ini yang dijenamakan 'Sudan Beef' akan mula dijual melalui pasar raya besar pada harga RM16 sekg.

Maklumat lanjut: BERNAMA


Ar-Rahnu BIMB Ambil Upah Simpan Barang Kemas 60 Sen Sebulan

16 Zulhijjah 1433


KOTA BAHARU, 1 November 2012- Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) melalui anak syarikatnya, Farihan Corporation Sdn Berhad, yang mengendalikan pajak gadai Islam Ar-Rahnu di Kelantan, mengambil upah menyimpan barang-barang kemas sebanyak 60 sen sebulan bagi setiap RM100 nilai pajakan.

 Pegawai Prinsipal Farihan Corporation Sdn Berhad Mahmood Jusoh berkata kadar itu meningkat kepada 70 sen sebulan bagi pajakan yang bernilai lebih RM500 tetapi tidak melebihi RM2,500.

"Jadi bagi pajakan yang bernilai sehingga RM500, upah simpan yang dikenakan ialah 60 sen sebulan setiap RM100 nilai pajakan manakala pajakan RM501 sehingga RM2,500 upah simpan yang dikenakan setiap RM100 ialah 70 sen sebulan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Wang Zakat Perniagaan Ar-Rahnu, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di sini petang Rabu.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Produks Halal Belum Penuhi Keperluan Umat Islam Dunia

16 Zulhijjah 1433


HATYAI (THAILAND), 1 November 2012- Walau pun industri halal semakin berkembang, namun produknya masih belum berupaya menampung keperluan umat Islam seluruh dunia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Halal (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin pada Khamis.

Katanya industri halal mempunyai masa depan yang cemerlang kerana 1.8 bilion penduduk Islam dunia sentiasa mendambakan produk halal.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Fama Selangor Yakin Capai 334 Hektar Ladang Kontrak Dengan Nilai Pengeluaran RM25 Juta

16 Zulhijjah 1433


SHAH ALAM, 1 November 2012- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor yakin mencapai sasaran 334 hektar ladang kontrak membabitkan nilai pengeluaran berjumlah RM25 juta menjelang hujung tahun ini, kata Pengarahnya, Mansor Omar.

Beliau berkata 210 peserta dijangka terlibat DI dalam program ladang kontrak yang diperkenalkan pada 2011, dengan hasil pengeluaran pertanian termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran melebihi 14,000 tan metrik.

"Sehingga September lepas, Fama Selangor telah mencapai keluasan 303 hektar ladang kontrak membabitkan beberapa daerah di negeri itu, termasuk Sabak Bernam, Tanjong Karang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang," katanya kepada Bernama di sini.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Seramai 2,011 Kakitangan Awam Bankrap

16 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 1 November 2012- Dewan Rakyat pada Khamis diberitahu seramai 2,011 penjawat awam telah diisytiharkan bankrap dalam pentadbiran Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) sejak lima tahun lepas sehingga Ogos tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata Ketua Pengarah Insolvensi hanya bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Ketua Jabatan untuk makluman kebankrapan sebaik sahaja seseorang penjawat awam diisytihar bankrap.

"Ini supaya kawal seliaan ke atas kelakuan dan hal ehwal kewangan bankrap tersebut dapat dilakukan dengan baik dan berkesan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...